BAB 5 - TETAMU TAK DIUNDANG ?!

Start from the beginning
                                    

"Rudy , mana Ali ?"

"errr... Ali tak sihat. dia demam sejak malam tadi. haa"

"ohh. kesian Ali"

Rudy berlalu pergi meninggalkan Khai .

"kau nak pergi mana tu Rudy ?"

"pergi jumpa ejen Geetha" kata Rudy tanpa menoleh dan dia terus menuju ke bilik ejen Geetha dan beritahu kepadanya tentang Ali. Ejen Geetha hanya berkata 'okey' sahaja.

Sementara itu di bilik Ali

Kelihatan Ali sedang enak dibuai mimpi di atas katil didalam biliknya dan tanpa dia sedari , sepasang mata telah memerhatikan Ali dari luar tingkap dengan pandangan yang paling menakutkan.

"hehh , inilah masa yang paling sesuai untuk aku ganggu dia memandangkan mereka yang lain sedang sibuk menjalankan latihan 😈 hmmm." kata seseorang yang berada diluar tingkap tersebut sambil menyeringai dan memasuki bilik tersebut melalui tingkap. Dengan perlahan dia mendekati Ali yang sedang tidur dan menggoncangkan tubuh Ali dengan kuat.

"ishh Rudy , jangan lah kacau. aku tengah tidur ni." kata Ali sambil menutup mata.

"RUDY KEPALA HOTAK KAU ! KAU TAK INGAT KE SIAPA AKU ?"

Ali yang mendengar sergahan itu terkejut dan terus membuka matanya apabila dia mendengar suara itu bukan suara Rudy. Sebaik sahaja dia membuka matanya , terus membuntang matanya melihat lelaki bertopeng yang tak dikenali ada di hadapannya.

"Siapa kau ? ape kau nak dengan aku ? tunjuk kan diri kau yang sebenar kalau kau berani"

"HEHH 😏 KAU TAK PERLU TAHU SIAPA AKU WAHAI ALI SAYANG~ AKU DATANG NI CUMA MELAWAT KAU JE 😈" Kata lelaki tersebut.

"macam mana kau tahu nama aku ? siapa sebenarnya kau ni?" Ali dah mula menggigil ketakutan.

"MACAM MANA AKU TAHU NAMA KAU ? HAHAHAHAHA DASAR LEMBAP ! KAU DAH TOLAK CINTA AKU PADA KAU . KAU PENIPU. AKU AKAN SEKSA HIDUP KAU PENIPU"

[C] Psiko Ejen Ali VersionWhere stories live. Discover now