Bab 5

210 13 14
                                    

Setelah kerap menghabiskan masa bersama, Amaliyana Syairah dan Hanif Rafi'e sudah kenal akan hati budi masing-masing.

Meskipun sudah beberapa bulan memendam rasa, si jejaka tetap setia pada si gadis dan dia tidak mampu untuk melihat perempuan lain selain Syairah.

Hari ini, mereka berjanji untuk berjumpa di kedai aiskrim yang baru sahaja dibuka.

" Saya nak perisa coklat. Awak nak apa? " Beritahu Amaliyana Syairah kepada pelayan kedai itu sekaligus menanya Hanif Rafi'e.

" Saya nak awak, boleh tak? " Tanya Hanif Rafi'e sambil tersenyum nakal.

Pelayan yang melihat adegan mereka mula membuat aksi nak muntah.

" Hanif, awak boleh serius tak? " Tanya si gadis.

" Yela yela saya nak perisa vanilla " Ujar si jejaka kepada pelayan tadi.

Pelayan tadi meninggalkan mereka setelah mencatat apa yang diinginkan oleh mereka.

" Awak okay ke tak ni? Kenapa grumpy semacam ni? Datang bulan eh? " Tanya Hanif lalu menongkat dagu.

Pipi Amaliyana Syairah mula membahang tatkala Hanif Rafi'e membangkitkan isu datang bulan.

" Err ma--manada! "

Si jejaka ketawa kecil melihat pipi si gadis mula memerah. Dah serupa buah tomato dah ni ha.

" Comel " Gumam Hanif Rafi'e perlahan.

" Hm? Awak cakap apa tadi? " Tanya si gadis.

" Mana ada saya cakap apa-apa. Awak tu lah. Tebal sangat ke inner awak tu? "

" Ish dia ni " Amaliyana Syairah menjulingkan bebola matanya, tanda malas nak layan.

Hanif tergelak suka bila dapat mengenakan si gadis.

Tidak lama kemudian, pesanan mereka sudah sampai lalu mereka pergi keluar dari tempat tersebut setelah membayar kerana ingin menghirup udara segar sekaligus merasa aiskrim mereka.

Aku dan Hanif mengambil tempat duduk di atas kerusi panjang yang disediakan di taman yang berhampiran dengan kedai aiskrim tadi.

Setelah berbulan bersahabat dengan Hanif ni, baru aku tahu yang dia ni baik juga orangnya. Tapi tu la, suka sangat buli aku.

Sebenarnya, aku tak kisah pun, luaran je aku marah, tapi dalam hati? Dah berbunga dah. Kadangkala, aku takut kalau-kalau aku jatuh hati kat dia. Aku taknak sakitkan dia bila perkara yang aku takutkan tu akhirnya terjadi nanti.

" Awak " Panggil Hanif.

Aku memusing kepala ku kerana ingin menghadapnya. Akan tetapi, pipi kanan ku jadi sejuk dek aiskrim yang dicalitkan olehnya.

" Hanif!!! " Jeritku lantang. Agaknya, satu bandar boleh dengar kot. Okay dah melebih la pulak.

Hanif hanya ketawa bila dia sekali lagi berjaya mengenakan aku. Kan aku dah kata yang dia suka buli aku.

" Ish! " Aku mendengus geram lantas meninggalkannya sendirian.

" Alaaa jangan la merajuk. Sini, saya lapkan " Hanif menghentikanku lalu mengambil sehelai tisu dari poketnya dan membersihkan pipi ku dengan lembut.

Duhai hati, jangan jatuh please..

Mak aih kenapa dia handsome sangat ni?

" Kenapa tengok saya macam tu? Saya tahu saya handsome " Ujarnya dengan rasa bangga.

Lamunan ku hilang serta-merta bila dia mengungkapkan kata-kata.

Aku bingkas berkata " Ee perasan! "

Dia hanya ketawa geli hati.

Oh my. I'm in a big trouble. Aku rasa..aku dah jatuh hati lah.

Tanpa disedari, ada seseorang yang melihat kemesraan Amaliyana Syairah bersama pujaan hatinya.

Dia menggempal penumbuk dan mengetap rahangnya.

" Hanif Rafi'e aku punya lah bodoh!! "

FaithWhere stories live. Discover now