Bab 2

326 18 16
                                    

Memandangkan hari ini hari sabtu, jadi aku dan Aimi berhajat untuk meluangkan masa di pusat membeli belah.

Tiba di Pavilion, Kami menuju beberapa kedai. Habis penuh tangan kami dek beg kertas dari pelbagai kedai berjenama.

" Irah " Panggil Aimi.

Aku menyahutnya.

" Aku nak pergi tandas jap. Kau tunggu kat sini tau? Jangan pergi mana-mana. Tunggu aku " Ujar Aimi lalu meloloskan diri ke dalam tandas.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi panjang yang disediakan di pusat membeli belah tersebut sambil menunggu Aimi.

Setelah selesai menggunakan tandas, Aimi mengorak langkah menuju sahabatnya, Syairah.

Di dalam perjalanan, dia terserempak dengan seorang lelaki.

" Aimi! " Panggil lelaki itu.

Namun, Aimi menghiraukannya dan kembali mengatur langkah tapi ditahan oleh lelaki tadi.

" Apa lagi kau nak zaki?! " Tengking Aimi.

Bengang mungkin?

" Aimi, aku mohon sangat-sangat. Bagi aku jumpa dia? Aku ikhlas nak minta maaf. Aku nak tebus kesalahan aku " Ujar Zaki sambil tidak putus-putus merayu.

" Sudah lah Zaki. Syairah dah bahagia sekarang. Tolong lah jangan muncul depan dia lagi " Pinta Aimi lalu meninggalkan Zaki keseorangan di situ dengan perasaan bersalah yang menyelubungi diri.

' Sudah bertahun aku memendam rasa bersalah. Adakah ini balasan atas khilafku? Aku tahu aku salah. Syairah, where are you? ' Detik hatinya.

Aimi mengorak langkah menuju sahabatnya. Muka yang kian merah cuba ditahan sebaik mungkin.

Aku melihat Aimi yang datang dari arah bertentangan. Senyuman ikhlas aku hadiahkan kepadanya.

Baru sahaja aku ingin berdiri, tiba-tiba kepala ku terasa berpinar. Aku cuba mengawal pendirian ku namun gagal. Tekak ku mula terasa loya.

Aimi segera datang memapahku.

" Wei kau okay tak ni Irah? " Tanyanya bernada cemas.

" Aku pening la aimi. Lepastu aku rasa lemah sangat " Aduku kepadanya.

" Jomlah kita balik. Kau kena rehat ni " Ujar Aimi.

Aku hanya menurutinya. Aimi memapahku hingga ke kereta.

Tiba di rumah, aku berbaring di atas katil. Tuala yang basah, diperah oleh Aimi lalu diletakkan di atas dahiku.

" Dahi kau panas sangat. Sebab tu aku letak tuala ni. Esok tak payah pergi kerja tahu? Rehat je kat rumah. Biar aku settle kerja " Ujar Aimi lalu mengusap kepalaku.

Dengan keadaan ku yang lemah, aku hanya mampu tersenyum hambar. Tidak lama kemudian, aku tidur hanyut dibuai mimpi.

' Tak hairan lah benda tu dia punya ' Zaki tersenyum sinis melihat Syairah yang menangis akibat perbuatannya.

" Argh! " Amaliyana Syairah terkejut dari lenanya. Dahinya berpeluh disebabkan mimpi tadi.

" Hei hei kau kenapa ni? " Tanya Aimi.

" Ak--aku mimpi peristiwa tu lagi " Ujar ku sambil menahan bibir yang terketar-ketar.

Aimi bingkas memeluk sahabatnya, memberi kekuatan kepadanya.

" Aku benci dia " Ujar Syairah.

" Shh dah dah la tu " Aimi terus-terusan mengusap belakang sahabatnya itu.

Bahu Syairah terhinjut-hinjut menahan sendu.

Disebabkan dia, aku hilang kawan.

Disebabkan dia, aku hilang segalanya.

Korang rasa patut ke aku maafkan dia?

Memang tak lah!

FaithWhere stories live. Discover now