Bab 4

244 18 15
                                    

' Okay Hanif it's now or never ' Desis hati Hanif Rafi'e

Dia menghampiri Amaliyana Syairah lalu berkata,

" Boleh tak awak belanja saya makan sebagai tanda terima kasih? " Tanya Hanif.

Amar mula membuat aksi tak percaya lalu tangan dilekatkan ke dahi.

Amaliyana Syairah berasa keberatan untuk menyetujui permintaan lelaki itu. Ye la, takkan berdua kot. Seolah memahami apa yang difikirkan si gadis, Hanif mengutarakan pendapat.

" Dia jadi orang ketiga " Ujar Hanif sambil jari telunjuk diarahkan kepada Amar.

" Boleh tak kalau saya bawak kawan saya sekali? " Tanya Amaliyana Syairah.

" Sure. Saya tunggu awak kat kedai mamak depan tu "

Hanif Rafi'e dan Amar mula menuju ke kedai mamak yang dimaksudkan.

Tangan Amar diraih oleh Hanif lalu digoncang-goncangkan.

" Apa aku nak buat ni?? Nervous gila!! Arghh dah lah ni first time aku ajak perempuan. Tolong akuuu " Adunya sambil membuat muka sedih kepada si sahabat.

Si sahabat hanya menghirup kopinya sambil membuat muka lantak-lah-kau.

Tidak lama selepas itu, Amaliyana Syairah bersama Aimi tiba di meja mereka lalu mereka memesan makanan.

" Eh kau?! " Ujar Aimi kepada Amar.

" Jebon?! " Ujar Amar kembali.

Kedua mereka tampak terkejut bila bertentangan mata.

Kenangan yang lalu kini kembali bermain di minda.

" Weiii lama tak jumpa kau!! Rindu tau! " Ujar Amar.

" Aku pun rindu kau! Dah kurus kau eh! Dulu chubby semacam! " Aimi mula ketawa mengenangkan kisah lalu.

Mereka berbual sehingga tidak menyedari kewujudan Syairah dan Hanif.

" Err terima kasih sebab tolong saya encik " Ujar Syairah berbasa-basi.

" Tak payah lah berencik-encik dengan saya, panggil je saya Hanif " Ujar si jejaka lalu tersenyum.

" Oh macam tu " Si gadis hanya mengangguk tanda mengerti.

" So nama awak Syairah eh? " Tanyanya lagi bila melihat tanda nama si gadis di sebelah kiri bajunya.

" Ya "

Perbualan mereka bersambung hingga tidak menyedari kawasan sekeliling.

" Oh ya. Orang cakap, anak perempuan ni seiras dengan ibu diorang. Boleh awak cerita tentang ibu awak? " Tanya Hanif.

Soalan Hanif membuatkan Syairah terkedu seketika.

Syairah hanya mampu menunduk melihat makanan di hadapannya.

Mee goreng yang dipesan hanya dikuis-kuis sedari tadi. Senyuman yang tadi tidak lekang dari bibirnya kian menghilang.

' Macam mana saya nak cerita kalau saya sendiri tak tahu siapa ibu saya? ' Gerutu hatinya.

Melihat Syairah yang mendiamkan diri, membuatkan Hanif berasa bersalah.

' Soalan aku buat dia tersinggung ke? ' Fikirnya.

" Awak, saya minta maaf sebab melampaui batas " Ujar Hanif.

Syairah hanya tersenyum lalu menggeleng kepalanya.

" Takdelah apa pulak nak minta maaf? " Ujar Syairah sambil senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

' Allahuakbar cantiknya ciptaan tuhan ' Desis hati Hanif Rafi'e

' Astaghfirullahalazim Hanif! Tak boleh lah! Dia bukan mahram! Tak boleh tengok! Nanti ma'siat mata! ' Gerutu hatinya lagi.

Hanif Rafi'e menggeleng-geleng kepalanya membuatkan Amaliyana Syairah tertanya-tanya.

" Awak okay tak ni? " Tanya si gadis, prihatin.

" Huh? Y--ya! Saya okay " Ujar Hanif diiringi dengan ketawa kecil untuk menghilangkan rasa kekok yang menyelubungi diri.

Usai makan, Hanif menghantar Syairah ke kedainya semula memandangkan masa makan tengahari sudah habis.

Aimi pula pergi bersama Amar. Nak sembang lagi katanya.

Rupa-rupanya, Aimi dan Amar merupakan sahabat karib sewaktu mereka di sekolah rendah.

Patut la rapat semacam.

" Esok boleh tak kalau kita jumpa lagi? " Tanya Hanif.

" Kalau bertiga, mungkin saya boleh pertimbangkan " Ujar Syairah.

" Amar akan jadi orang ketiga. Boleh kan awak? " Ujarnya

" By the way, can I have your number? " Tanya Hanif lagi.

Syairah bingkas memberitahu nombornya kepada Hanif yang sedang mendaftar nombornya di dalam telefon bimbitnya.

Si lelaki mendail nombor yang diberi Syairah.

Telefon Syairah mula berdering.

" Tu nombor saya. Bye awak! Asalammualaikum " Ujar Hanif diiringi senyuman.

Kereta nya dipacu laju membelahi jalan raya.

" Waalaikumsalam "

FaithWhere stories live. Discover now