Rumit?
Ya, memang pun .
Latar belakang yang tak jelas. Asal usul yang kelam. Kau rasa?
Sejak kecil aku dibesarkan dengan seorang budak lelaki. Sebaya. Sukar nak percaya yang aku dengan dia adalah kembar.
Mungkinkah?
Tak, mustahil .
Masakan aku tak ingat walau sebesar zarah pun memori aku dengan dia. Keluarga dia, keluarga aku. Siapa dia? Dan siapa aku ?
Sehingga kini, aku masih tertanya- tanya status diriku. Dah hampir sepuluh tahun aku di besarkan di rumah agam ni sedikit pun mama dan papa tak pernah buka cerita tentang diriku dan Afiq.
Muhd Afiq Hakimi .
Kulitnya putih, bermata biru dan mempunyai alis yang lebat. Langsung tidak sama dengan diriku yang berkulit sawo matang dan bermata coklat gelap.
Aneh kan? Sepasang kembar yang mempunyai ciri fizikal yang berbeza. Takkan tak boleh fikir. Budak tadika pun boleh tahu lah !
Lagi aneh, ujian DNA aku dengan dia menunjukkan yang kita orang ni adik beradik. Ada pertalian darah.
So, percaya atau tak, yes or no aku kena terima. Maka, bersyukurlah Hanna kau dikurniakan kembar yang hensem. Orang tak ada kau ada. Kan?
--
Hanna Alisya Binti Zaidi
Tahun ni genap umurku yang ke 20 tahun.
Tahun dimana semua rahsia bakal terbongkar. Tahun dimana semua musuh akan keluar. Tahun dimana ajal semakin dekat. Jodoh pun kian menapak.
Ceh, merepek !
Sila abaikan. Semua tu hanya andaian aku yang aku rasa akan berlaku sepanjang tahun ini.
Sebab, genap umur aku dan Afiq 20 tahun, wasiat arwah ibu dan abah akan dibacakan. Termasuklah pembahagiaan harta. Jadi tak mustahilkan semua tu berlaku?
~~~~~~
Sepucuk surat bersama sebutir peluru di dalamnya. Hadiah daripada Afiq sebelum dia menghilangkan diri.
Cut, jangan nak pelik sangat sebab walaupun aku dan dia kembar tapi hubungan kita orang macam musuh. Seorang gelak seorang menangis. Tu sudah tentu. Nak amankan kita orang senang je, gunalah suara veto mama. Tak sampai sesaat senyap terus. Tak percaya? Terpulang..
Aku mencebik. Tahap gila budak ni makin menjadi-jadi. Nak beri hadiah biarlah yang memberi manfaat. Nak hilang pun ucaplah selamat tinggal. Nasib aku ni kembar kau kalau isteri kau confirm aku tuntut cerai ! Terus talak tiga, biar padan dengan muka. Kah !
Surat kepada Hanna Alisya, kembar hatiku. Belahan jiwa dan ragaku. Choihh meluat gila aku baca.
Wei!!,
Selamat hari tua untuk kau dan selamat hari muda untuk aku. Hahaha.. Dah 20 tahun kita bersama weyy. Dah 20 tahun jugalah aku jaga kau. Tengok perangai kau dengan muka kau yang tak berapa nak lawa tu. Naik muak, naik menyampah kau tau? Tapi demi amanah, kerana terpaksa aku relakan. Hah !
Hanna ninooo
Ingat tak aku pernah cakap dengan kau bila Masa aku dah sampai. Aku kena pergi dari sini. Pergi tak bermaksud aku tinggalkan kau selamanya. Pergi tak bermakna aku lupakan kau. Tak. Kau kembar aku. Kau musuh aku. Dan yang paling penting kau keluarga aku. Satu-satunya keluarga kandung aku yang masih hidup.
Beb,
Aku tahu kau dah besar. Cukup kuat untuk hadapi dugaan hidup. Cukup bijak untuk menyelesaikan masalah. Jadi apapun yang berlaku aku nak kau hadap benda tu. Terima kenyataan tu. Walaupun aku tak ada, jangan lupa doa aku sentiasa bersama.
Ok done ! Banyak sangat yang aku tulis ni. Dah gaya macam tulis wasiat kan? Hurm apa pun jaga diri kau. Jaga iman kau. Dan. Tolong jaga mama dan papa untuk aku. Kalau aku tahu kau gagal jaga dia orang, aku kerat badan kau jadi 18 sebelum aku campak dekat lubuk buaya. Yes, I mean it !
Aku akan kembali bila tiba waktunya. Sekian ~
- AHZ -
Air mataku gugur setitis demi setitis. Bukan sedih, sebab dia pergi tapi sebab aku memang nak nangis. Sangat. Tak tahu kenapa mungkin sebab ayatnya yang skema?
Sesaat kemudian, iPhone ku bergetar menandakan ada chat masuk. Seperti yang dijangka, Afiq !
Kantoi wey kau meleleh.
- AHZ -
Terkejut aku dibuatnya. Macam mana dia tahu? Sah ada CCTV dekat sini. Kena kau kejap lagi.
Kau kalau dh blah, blah jelah. Sibuk nk tau aku meleleh ke melalak ke. Kau pasang CCTV kat bilik aku ke? Dasar pervert !
- HAZ -
Halo?! Bila dan dimana aku pasang CCTV kat bilik kau? Fitnah woi.
- AHZ -
Dah tu macam mana kau tahu aku nangis?
- HAZ -
So betullah kau nangis. Hahaha.. Lawak wey. Ayat aku bukannya syahdu sangat sampai kau boleh nangis. Well who know kau cengeng rupanya.
-AHZ-
Huaaa, nak nangis lagi. Tak sangka dia perangkap aku. Benggang wey. Tak sabar nak tunggu kau balik. Lumat kau aku kerjakan. Mu tunggu !
Prangg..
Aku tersentak. Bunyi apakah itu? Macam Bunyi kaca pecah. Dan bunyi tembakan. Ah sudah siapa yang main game dekat rumah aku ni?
Nak jerit pun tak guna sebab mama dengan papa outstation. Cuma ada aku je dalam rumah ini. Aduihh, patutkah aku nangis?
Perlahan-lahan kakiku diatur mendekati tingkap kaca yang sudah retak seribu. Sempat juga aku membuat hide and seek disitu. Peluru yang berterabur di atas lantai ku capai dengan berhati-hati.
Apa yang berlaku? Kenapa pelurunya sama dengan hadiah Afiq tu? Afiq ke yang shot? Okey ini tak lawak ya? Sumpah tak!
Seminit kemudian, lampu bilikku terpadam dengan sendirinya. Pada saat itu juga aku terdengar bunyi derapan kaki seseorang menuju ke bilikku. Wait ! Bukan seseorang tapi ramai.
Dan aku rasa nak jerit sekarang ni..
" MAMA !!! "
Serta merta mulutku ditutup. Nafasku terhenti. Inikah pengakhirannya?
------------
New account, new story. Vote and comment to show your support on me. thanks 😘
VOUS LISEZ
Dua Dimensi
Action" Engkau menghampiri saat aku mengundur diri " Luaran tidak mencerminkan dalaman. Hanna Alisya, gadis malang yang terpaksa melupakan kisah silam, identiti dan status dirinya untuk tujuan keselamatan. Bukan mudah untuknya berada dibawah lingkungan pe...
