Chapter 69: The Last War Of Us!

2.9K 269 22
                                    

"Tuanku! Musuh sedang dalam perjalanan ke sini! Patik baru sahaja pulang dari meninjau di Pergunungan Gaia!"

Jeneral Alceos datang menghadap King Ashen dengan termengah-mengah.

"Pergunungan Gaia? Its still far, my knight." Balas King Ashen dengan lembut.

"Patik tahu. Masalahnya, jumlah musuh kita diluar jangkaan!"

"Berapa ratus ribu orang musuh kita?" Soal King Ashen yang mula serius.

"Bukan dalam ratusan ribu, tuanku. Tetapi jutaan! Musuh kita lebih ramai dari tentera kita! Dan kita belum lagi lakukan pemindahan penduduk!"

"Baiklah! Cari Jeneral Howith dan Jeneral Risa. Suruh mereka pimpin tentera untuk membantu penduduk berpindah ke halaman istana." Arah King Ashen.

"Baiklah, tuanku!" Jeneral Alceos segera berlari keluar.

"Arnera, bunyikan 'semboyan' kita. Biar tentera dan penduduk tahu kita dalam kancah perperangan." Arah King Ashen kepada pembantunya, Arnera.

"Baiklah, tuanku." Balas Arnera lalu keluar.

Tak lama kemudian bunyi semboyan kedengaran. King Ashen menghela nafas.

"I hope, this war is the last war for this kingdom.." Kata King Ashen sendirian.

Di bilik Hazen, lelaki itu hanya memandang jauh ketika semboyan dibunyikan.

"Perang dah bermula.." Kata lelaki itu sendirian.

Dia segera memakai kot hitamnya lalu dadanya dipasang plat armor berwarna putih. Dari hujung jari kirinya hingga ke pangkal lengan dipasang armor berwarna putih. Xavion muncul di genggaman tangan kanan dan disisip di pinggang. Eleneora pula disisip di belakang.

"Hazen, ayah awak cari aw-"

Aveline yang tetiba datang ke bilik Hazen terkejut kerana Hazen sudah bersiap untuk berperang.

"Aveline, ikut saya..." Kata Hazen lalu satu portal muncul di depan Hazen.

"Kita nak ke mana ni?" Soal Aveline pelik.

Hazen tidak menjawab sebaliknya memasuki portal itu dan diikuti oleh Aveline.

"Woah..Tempat apa ni?" Soal Aveline terkejut. Tempat itu ialah sebuah tanah tandus yang berpasir dan dipenuhi oleh pelbagai pedang yang tidak terkira jumlahnya.

"Welcome to Sword Dimension. The dimension made for the sword of fallen warrior." Kata Hazen.

"Fallen warrior?" Soal Aveline.

"Ini adalah perang pertama yang awak ikut. Jadi saya nak awak jangan pakai pedang awak." Arah Hazen tanpa menjawab soalan Hazen.

"Eh? Kenapa pula?" Soal Aveline pelik.

"Saya tak nak awak stamina awak terhakis dengan cepat. Memandangkan perang ni mungkin perang yang paling panjang dalam sejarah awak." Balas Hazen.

"Hah..Ok. Tapi saya nak pakai apa? Belati tak berkesan sangat dalam peperangan." Soal Aveline.

Hazen mandiamkan dirinya dan menuju ke arah sebuah pedang yang agak besar dan berwarna merah. Dia kemudian melempar pedang itu ke arah Aveline.

"This will be your sword." Kata Hazen.

Aveline mengangkat pedang itu dengan sebelah tangan. Dihayun pedang itu beberapa kali.

"Hmmm...Pedang ni besar tetapi agak ringan dari Eleneora milik awak. Apa nama pedang ni? Siapa nama pemilik pedang ni?" Soal Aveline lagi. Hazen mengeluh.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now