Chapter 49: She Become Immortal

3K 248 16
                                    

Aveline POV

Angin lembut terasa. Aku mula membuka mata perlahan-lahan.

Eh?

Aku terkesima melihat apa yang ada di depan mataku. Langit biru dengan awan yang berarak perlahan dan cermin tempat aku berdiri.

For real? Tempat apa ni?

"Aveline Morgiana." Seseorang memanggil namaku dari belakang.

Aku segera menoleh ke arah suara itu berada. Aku terkejut kerana seorang wanita berambut blonde berdiri di hadapanku sambil tersenyum.

"Err...Who are you?" Soalku ragu-ragu.

"I'm Celestia. Nice to meet you." Wanita itu memperkenalkan dirinya.

Celestia? Macam pernah dengar...

Ah!

"Celestia? That mean.."

"Ya. Saya ialah isteri Hazen."

Aku terkedu tak terkata. Jadi, inilah Celestia yang Hazen sangat rindukan tu? Teramat cantik orangnya. Aku langsung tiada tandingan.

"Tolong jangan fikir bukan-bukan ya? Awak bertuah kerana Hazen pilih awak untuk jadi pasangannya."

"Tapi dia pilih awak dulu."

"But I'm already dead."

Aku sekali lagi terdiam. Celestia hanya memandangku dengan senyuman.

"You know? You can live with him forever. Since your body are not human anymore." Kata Celestia.

Aku terkejut. Badanku bukan lagi manusia?

Takkanlah..

Aku segera memeriksa badanku. Celestia ketawa kecil.

"Don't worry, Aveline. I mean your body is immortal now. Thanks to Hazen. If not, you already die long time ago."

"What? But..How?"

"Ketepikan yang itu dulu. Sekarang saya nak tanya awak." Wajah Celestia berubah serius. Aku meneguk air liur.

"A-apa dia?"

"Apa sebab yang membuatkan awak tertarik kat Hazen?"

Sebab aku tertarik? Aku tersenyum.

"Simple. Sebab dia selalu jaga saya. Selalu tolong saya. Lagi satu, dia selamatkan saya dua kali."

"Okay. Last question."

Kawasan sekeliling mula berubah. Separuh langit masih lagi sama dan separuh lagi berubah kepada mendung dan hujan.

Aku melihat ke depan. Ada dua Hazen. Satu berada di tempat cerah, satu lagi berada di tempat gelap.

Hazen yang berada di tempat cerah memakai armor berwarna perak dan emas. Di pinggangnya terdapat sebilah pedang yang aku tidak pernah nampak. Kelihatan Hazen itu tersenyum.

Manakala Hazen yang berada di tempat gelap itu memakai armor berwarna hitam dan merah. Kawasan sekeliling Hazen dipenuhi dengan mayat tentera. Pandangan Hazen teramat dingin.

Apa yang Celestia cuba sampaikan kepada aku sekarang ni?

"Ini adalah sisi Hazen. The light and the dark. I ask you. Which Hazen you will choose?" Soal Celestia.

Aku terdiam sekejap. Fikiran tentang Hazen mula melayang di fikiranku. Senyumannya, gelak tawanya, perangainya yang kuat menyakat...

Semua itu membuatkan aku hendak memilih sisi Hazen yang berada di tempat terang itu. Tetapi...

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα