Chapter 42: Pendapat Dan Perancangan

3.2K 251 4
                                    

HAZEN POV

Aku tiba di Pekan Auntumn. Keadaan pekan itu sama waktu kali pertama aku tiba. Penduduk yang riuh berborak, kanak-kanak riang bermain, dan peniaga yang sibuk berurusan jual dan beli kepada pelanggan. Aku tersenyum melihat suasana itu.

Alangkah bagusnya kalau Elkia seperti ini. Makmur dan sejahtera.

Aku segera menuju ke akademi. Tujuan aku hanya satu, iaitu bilik aku.

Aku tiba di biliknya setelah 10 minit berjalan. Pintu bilik dibuka lalu ditutup. Kot kulit berwarna hitam digantung di tempat yang disediakan.

Kemudian aku duduk di kerusi yang berdekatan dengan beranda bilik. Fikiranku mula melayang.

Sisi aku yang lagi satu.

Visi tentang Celestia.

Sumpahan yang ada pada aku.

Dan tentang iris mata kanan aku.

Itulah yang berada di fikiranku. Aku serius memikirkan empat perkara itu.

Hatiku kini berbelah bahagi untuk memburu sisi aku yang lagi satu. Kalau aku buru, aku akan terpaksa meminta bantuan Bahamuth sekali lagi.

Sebenarnya tidak susah bagi aku untuk menjejak sisi aku yang lagi satu. Aku tahu di mana dia sekarang.

Temple of Survilian. Di situlah tempat sisi aku yang lagi satu bersembunyi. Menyembuhkan diri daripada pentempuran yang berlaku antara aku dan dia 300 tahun lalu.

Sampai bila kau nak bersembunyi Dark? I hope you become the diffrent Dark Hazen I know.

I hope you'll change yourself. To become better. But, I have to kill you. If not, my curse...

Haih...

Aku ingin mengubah sisi aku yang lagi satu. Tetapi aku juga harus membunuhnya demi menghilangkan sumpahan yang ada pada diriku.

Why this shit happened to me? Haih...

"Celestia will fight you. I don't know the reason but my vision is 90% true."

Sekali lagi aku mengeluh. Visi tentang Celestia. Aku tahu waktu Bahamuth memberitahu akan perkara itu kepadaku, perkara itu akan terjadi.

Sejujurnya aku tidak bersedia untuk menghadapi perkara itu. I'm an immortal? Don't make me laugh.

Tak semestinya aku ni immortal aku tak ada hati dan perasaan. I'm just a little creature in this world.

Celestia...

Haih...

Aku mengusap rambutku ke belakang. Awan yang berarak perlahan aku pandang.

Kalau betul perkara ni berlaku, aku tak jamin apa yang akan jadi pada diriku.

Sedih?

Marah?

Gembira?

I don't know. Aku cuma berharap bahawa visi Bahamuth tentang Celestia itu salah.

Ah! Aku lupa. Aku kena belanja Cath makan. Tak apalah. Besok saja aku belanja dia makan. Kena ajak Aveline ni. Kalau tak nanti kena tuduh curang. Teruk padahnya.

Aku bangun lalu meregangkan otot-otot badan. Aku menuju ke dapur untuk memasak. Bahan-bahan memasak aku keluarkan. Masa untuk masak!

Berapa minit kemudian, masakan sudah terhidang di atas meja. Piring juga tinggal menunggu untuk diisi dengan makanan.

"Saya makan dul-"

TOK! TOK!

Shit! Siapalah yang ketuk waktu aku nak menjamu selera ni!?

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now