Chapter 61: The True Enemy Appear

Start from the beginning
                                    

"Lycra adalah adik Hazen. Puteri pertama di kerajaan ini. Hazen tidak boleh biarkan dia terus ditelan kegelapan, ayah. Biar Hazen menderita asalkan adik-adik Hazen bahagia semuanya."

Perbualan aku dengan ayah tetiba muncul di kepala.

Biarkan aku menderita asalkan adik aku bahagia...Aku segera tersenyum.

Libasan pedang Lycra aku tahan dengan tangan kosong! Aku mula bangkit perlahan-lahan.

BAAAAAKKKKK!!!

Lycra terbuang ke belakang akibat tumbukan aku! Dia segera mengimbangkan badan.

"Sorry, Lycra. This way will hurt you..." Kataku sendirian.

Xavion muncul di tanganku. Aku segera meluru ke arah Lycra!!

TAAAANNGGGG!!!

Bunyi besi berlaga kedengaran!! Aku dan Lycra berbalas tetakan! Berbalas libasan!!

TAAANNNNGGGG!!!!

TTIIIIIINNNNNGGGG!!!

KKKTTTAAAANNNGGG!!!

Kawasan sekeliling hancur akibat pertembungan bilah pedang kami berdua!! Lycra mengetap giginya menahan geram. Mungkin dia terkejut dan geram kenapa aku tetiba melawannya.

"You should die in my hand!!"

"You can try me..."

Aku tersenyum memandang Lycra. Senyuman aku dibalas oleh pandangan bengis dari Lycra.

"I'm your older brother, Lycra! You have me! You have family! A one big family!" Kataku dengan yakin. Lycra semakin menjadi marah!

"Shut up!! I don't have family!!" Balas Lycra dengan marah! Aku hanya berdiam diri. Senyuman tidak pudar di wajahku.

"Oh yeah?! You don't trust me as your older brother?" Soal aku tersenyum. Xavion aku lenyapkan dari tangan lalu aku membuat gaya seperti hendak memeluk orang.

Tenang Hazen....Kau kena pujuk dia elok-elok. Kau kena yakin dengan diri kau sendiri.

Aku semakin maju membuatkan Lycra berundur. Satu serangan sihir dilancarkan dan mengenai badanku!! Segera aku termuntah darah! Namun, senyuman aku masih juga sama.

"You made me sick..." Kata Lycra. Aura kehitaman keluar dari badannya. Aku terkejut melihat aura itu!

Pedang di hunus ke atas! Satu tiang gelap muncul dari pedang itu, menuju ke langit!

"The rage and sorrow. The loneliness of mine. With this power, I shall turn you into ashes...." Aura gelap Lycra meningkat dengan mendadak!!

Aku segera membaca satu sihir purba! Iris mata kanan aku mula bersinar kebiruan lalu muncul satu bulatan dengan corak sihir berwarna biru di tempat aku berdiri!

"The power from the light. The wings of fallen angel. I shall summon you. The shield that can protect anything. Hear my call..."

Tiang gelap itu semakin menguat!! Lycra menarik nafasnya dan menghembuskannya kembali.

"ATARAXIA IKARLLA!!!"

"ETERNEULLE SHIELDE!!!"

Satu libasan maha besar bertembung dengan sebuah pelindung berwarna emas menyebabkan kawah yang sedia dalam bertambah dalam!!

Cahaya terang menyilaukan pandangan!! Aku hampir menyalurkan keseluruhan tenaga aku bagi memastikan pelindung ini bertahan.

SHHHRRRRAAAKKKK!!!

Aku terkejut! Lycra sendiri menikam aku di bahagian tengah dada aku!! Segera aku termuntah darah yang amat banyak!! Serangan kami berdua segera terbatal!

"Die.." Kata Lycra perlahan.

Aku mengetap gigi. Sedikit demi sedikit aku memajukan diriku! Luka yang dialami semakin besar!! Lycra kelihatan terkejut melihat aku masih lagi ada tenaga.

"Abang...Takkan mengalah!!"

Tubuh Lycra berjaya aku peluk. Seraya dengan itu, satu bulatan sihir berwarna emas muncul tempat kami berdua. Lycra cuba untuk melepaskan dirinya! Aku hanya mampu tersenyum kelat.

"Lepaskan aku!!"

"Abang takkan biarkan Lycra menderita lagi. Biarlah derita Lycra, abang yang tanggung. Abang sanggup menderita asalkan abang boleh lihat kamu tersenyum lagi."

Lycra bagaikan terhenti pergerakannya. Sejujurnya aku tidak pernah lakukan sihir ni.

"Bring out all of the darkness in this innocent body. Let the darkness come in my body.."

Lycra menjerit kesakitan kerana aku telah menyerap sedikit demi sedikit kegelapan dari badannya.

Aku juga menahan kesakitan kerana kegelapan memasuki badanku! Pelbagai perubahan terasa namun aku cuba untuk mengawal kesedaran diri agar tidak hilang keseimbangan!

Seketika kemudian, semua kegelapan dalam badan Lycra aku berjaya keluarkan. Aku melihat badanku. Separuh badanku menjadi gelap! Aku tercungap-cungap kerana tidak pernah menerima kuasa sebegini gelap!!

Tubuh Lycra yang tidak bermaya sempat aku sambut sebelum jatuh.

"Welcome back, Lycra..." Kata aku sendirian.

SSSSRRRRRRHHHHHAAAASKKKKK!!

Satu pedang besar menembusi badanku. Aku terkedu kerana langsung tidak sedar serangan itu! Aku tumbang mencium bumi!

Pandangan aku mula kabur. Luka akibat serangan itu tidak boleh aku sembuhkan dengan sendiri! Darah merah mangalir dengan banyak!

Apa yang aku nampak ialah seseorang berjalan mendekati aku dan tetiba seorang perempuan dengan rambut putih tetiba menyerang orang itu. Pandangan aku kabur dan akhirnya aku pengsan tidak sedarkan diri.

*************************

Haip! Cukup untuk hari ini. Jadi, amacam untuk bab ni? Epic? Atau kurang scene berlawan? Hehehe..memang bab ni kurang scene berlawan sebab aku lebih pentingkan bagaimana hazen pujuk balik adiknya tanpa gunakan kekerasan. Jadi, korang bolehlah bab ni sambil dengar lagu yang disediakan. Mana tahu kot-kot lagu tu mengena dengan bab ni..hehehe. so, kalau ada apa kesalahan sila komen dan kalau rasa menarik sila vote, okay? Chow!

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now