Lama kami berpelukan, Abi membisikkan kalimah yang aku tak fahami, tangannya memegang tengkukku dan dilurut hingga ke pinggang sebelum dilepaskan aku.

"Masih rasa pijar pijar di bahu,  tengkuk dan pinggangmu, nak Hasri?", soalnya perlahan seolah tidak mahu sesiapa mendengar.
Aku menggeleng, betul dah hilang semua itu. Sejak balik baru ni, badan aku memang rasa agak panas dan sakit satu badan macam nak demam tapi tak kulayankan. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Ye lah.. mana ada wedding planner.

"Fikiranmu? Usah fikir yang lain. Tenang saja. Istighfar". Aku menelan air liur, Abi tau apa yang didalam fikiranku - Syifa. Aku tak tau kenapa aku tertarik sangat dengan Syifa sejak kali pertama berjumpa. Padahal, secara lojik sepatutnya aku benci. Itu anak lelaki yang merampas Lisa dari aku.

Abi memegang bahuku dan kami berzikir bersama sama, perlahan. Kelembutan alunan suara Abi masih seperti dulu.

Apabila mak naik ke atas melalui tangga dari dapur, Abi berjalan menuju ke bilik Lia. Mak membuka pintu bilik dan menyelak langsir pintu, Abi berdiri di situ lama, memandang ke dalam dan mulutnya terkumat kamit. Hatiku mula berdebar kembali, ada apa ni.

Lia keluar dari bilik setelah jurunikah tiba dan dia diiringi Abi. Sesuatu yang tiada dalam aturan pernikahan yang telah kami rancang. Mataku tak berkelip memandang mereka berdua, seakan ada aura disekeliling. Kelihatan menawan, serba putih dan bercahaya.

Lia duduk di belakang aku bersama mak manakala Abi disisiku. Kehadiran Abi menghilang gementarku saat itu, lancar terus lafaz nikah keluar dari mulutku.

"Alhamdullillah, nak Hasri udah selamat. Jaga isteri sebaiknya. Bimbing dia mengenali Islam. Insya Allah, dia jadi isteri yang solehah. Abi doakan yang baik baik untuk kalian. Moga dapat keturunan yang soleh dan solehah. Bayi sulung nanti, bawa jumpa Abi ya".

"Terima kasih Abi. Insya Allah. Jika ada rezki zuriat dikurniakan pada kami, pasti Hasri bawa jumpa Abi". Kataku memberi senyuman seikhlasnya walaupun yang benarnya pahit.

"Usah gusar ujian Allah. Isteri kamu tu udah sedia jadi ibu. Abi pamit duluan ya".

Kami bersalaman dan berpelukan. Tapi bisikan Abi tadi buat aku terkesima. Senyumannya penuh bermakna.

*******

Emilia

Berderau darah aku bila Suhaila datang berbisik padaku saat aku menanti Ayie bersiap dan juru nikah tiba. Jarum jam di dinding seolah tak bergerak.

Aku merentap tangan Suhaila. "Betul ni? Baru kejap tadi, Ayie yang keluar". Berkerut dahiku.

"Haah, aku pun nampak Ayie keluar. Macam mengejar sesuatu. Siap langgar aku lagi kat bawah tadi. Jalan macam tak nampak orang. Lepas tu dia balik dengan lelaki yang aku ingat suami kau dulu tu".

Oh... Saiful. Dia datang juga. Aku tersenyum namun debaran masih kuat.

"Mak suruh aku temankan kau dalam bilik sampai dia suruh buka. Orang lain tak boleh masuk dan kau tak boleh bersendirian. Tah kenapa tah. Masa aku kawin hari tu, tak de pun macam ni". Aku sekadar mengangguk.

Hati aku berdetik, siapa gerangan lelaki berjubah putih siap berlilit serban yang berdiri disebelah mak, merenung aku dari muka pintu. Bilik yang aku rasa panas walau dua kipas dibuka sehabis laju dari tadi, terasa nyaman. Tak sejuk tak panas. Senyuman lelaki itu menghilangkan rasa debar dihati.

"Nak Lia, Abi doakan kebahagiaan sama Hasri ya. Usah main main lagi. Kesian sama suaminya". Lembut tutur kata lelaki yang memanggil dirinya Abi, sebelum dia turun menjamu selera. Aku mengetap bibir, buntang mataku.

Ayie dari tadi memujukku. Sakit hati ni tau kalau mengenangkan apa dibuat tadi. Nyaris nyaris kami tak bernikah.

"Sayang, abang jadi kelam kabut bila lisa call dan bagitau Syifa demam panas. Tu je. Bukan sebab Lisa, abang tergesa gesa ke sana".

Aku menundukkan kepala, "Ayie, kalau betul Syifa sakit, kenapa dia tak telefon kak Ayu dan along minta tolong. Why must you?"

Ayie menepuk dahi, "Allahu Akbar... Ayie tak terfikir pun pasal tu. Padahal masa keluar rumah, bertembung dengan along dan Haydan. Tapi tu la, terbayang muka Syifa je lepas Lisa call. Memang tak fikir lain".

Aku mengeluh, "habis, Kimi macam mana ni?". Kesal aku bila mendengarkan tentang apa yang berlaku pada Kimi.

"Dia ada kat bawah dengan Azam dan isteri. Kimi kata everything is fine. Nothing to worry".

"Alhamdullillah. Jom turun. Lia nak jumpa wife Azam, kak Shila, Saiful, isteri dia, Hana.. oh i miss my little baby. Aryan... mesti hensem anak bujang Lia tu". Ayie terkejut dengan perubahan mendadakku. Haaa baru tau aku ni kepochi tau. Nak tengok madu Kimi tu yang paling penting.

"Kejap la", Ayie menarik aku kedalam pelukannya.

"Rindu. Lega sangat dah selesai", bisiknya mencium pipiku.

"Ayie, jangan la. Habis veil Lia". Aku bangun membetulkan tudung dan veil di depan cermin.

"Eiii... sibukkan nak melawa je. Abang ni macam mana?". Eh.. pandai marah pula bila dapat title suami ye.

"Awal lagi la. Jom kita turun dulu". Pujukku mengambil tangan Ayie yang masih duduk di katil dan kuletakkan ke puncak dadaku. Dia tersenyum lebar.

Orang pertama aku cari tentulah Aryan dan Hana. Rindunya mama. Aryan masih mesra seperti dulu. Hana enggan denganku. Mungkin sebab lama tak jumpa. Sedih sangat bila Hana tak mahu dicium.

Isteri Saiful tinggi lampai dan manis rupa paras, sesuai dengannya. Lega hatiku bila Hana serasi dan manja dengannya.

Aku bersalaman dengan isteri Azam, Nurul. Kecik molek orangnya, bertudung labuh. Pilihan orang tua Azam, mestilah gadis yang baik. Sebak hati ni, aku terus memeluknya. Sabar ye Nurul. Semoga Azam berubah.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now