lima empat

12.8K 316 73
                                    


Hasri

Hatiku terasa lapang bila nampak muncung keretaku memasuki kawasan yang masih kosong di halaman rumah. Tadi terfikir juga yang bukan bukan terjadi dalam perjalanan pulang mereka. Takut juga kot kot masin lak mulut mak.

Lia nampak segar, tersenyum lebar bila nampak aku memandangnya dari bangsal. Lega aku. Kan betul, dia perlukan masa untuk melegakan ketegangan.

La.. rupanya mak pun ikut Kimi menjemput Lia. Ni mesti ada nak membeli apa apa yang tak cukup untuk majlis pernikahan aku dan Lia lepas Isya' ni. Mak ni lagi kelam kabut dari aku.

"Sayang, ok dah?", sapaku menjengahkan kepala ke dalam bilik pengantin kami. Lia melirikkan senyuman manjanya. Dia di belakang pintu. Butang blaus terbuka mendedahkan sebahagian tubuhnya. Aku mengalihkan pandanganku.

"Lagi 7 jam. Makin berdebar ni", bisiknya menggoda dan teruja.

"Elehhh.. macam dia yang duduk depan tok kadi", bidasku. Mata aku kembali melihat apa yang nampak tadi.

"Bukan debar tu. Debar lain".

Aku ketawa besar. Lia, we have gone thru it. Kita dah rasa. Taķkan nak  nervous lagi?

"Ayie ni mesti fikir lain kan. Tu gelak besar", dia mencubitku.

"Dont worry sayang. Once abang lafaz malam ni, mesti hilang rasa tu".

"Ehemmm... nak bermanja tunggu lepas nikah boleh? Tak lama dah. Ayie, kau jangan nak naik atas dah. Pergi dok bawah. Nampak gelojoh sangat", tegur Kak ngah pula, menuju ke biliknya. Emilia ketawa kecil. Aku termalu, nampak sangat ke?

Aku ibarat tuan mandur. Berjalan sekeliling rumah, singgah sana sini. Pengantin lelaki ni bebas, tak macam pengantin perempuan, kena berkurung je. Jadinya aku menolong apa yang patut. Esok baru jadi King.

Betul kata Lia, sebenarnya aku berdebar juga memikirkan malam ni. Pakcik pakcik ni pun giat sangat mengusik aku. Alahai pakcik, aku dah 32 bukan budak lepasan sekolah. Mungkin sebab pengantin perempuan dan lelaki serumah kot.

Tak nampak bayangan Lisa sejak tengah hari tadi. Dah balik la tu kot. Pagi tadi, ada juga terdengar suara anak dia menangis.

Pasukan mak andam dah tiba dari KL.  Baju melayu untuk aku dibawa sekali. Elok buatannya, kemas. Tak sabar nak tengok Lia malam ni. Baju Lia nampak sangat cantik. Kalau Lia sarungkan mesti lagi cantik.

********

Emilia

Lamanya duduk depan cermin ni, rimas rasanya. Dari awal selepas mukaku dibersihkan, mak andam membentukkan kening. Segala macam ditepekkan ke mukaku. Aku dengan rela, tadah je. Ye la, nak cantik di hari bahagia. Mekap yang aku selalu kenakan dimuka, tak sehebat yang mak andam buat. Hasilnya, walla... membuatkan aku tersenyum lebar. Menepati citarasaku.

Suhaila membuka pintu, saja nak tengok aku katanya. Dan dibawanya botol air beserta straw. Aku mengambil dan letakkan di meja berhampiran tingkap.

Disebabkan pernikahan dilakukan malam, maka lampu limpah dipasang di halaman rumah. Terang benderang jadinya. Aku nampak sesuatu yang membuatkan hatiku yang dah ceria kembali berdebar. Aku duduk di kerusi khas untuk pengantin bersolek dan bersandar.

"Kak, nampak telefon saya tak?", soalku perlahan pada mak andam.

"Jap".

"La.. atas meja ni je. Tak perasan ye?", katanya tersengih, menghulurkan telefon. Aku mengenggam telefon itu. Nombor Ayie aku hubungi. Sekali... dua... tiga. Tak berangkat. Berat dah hati ni berisi air. Tinggal nak keluar je. Kalau tak fikirkan dah bermekap, memang banjir ni.

Aku menelefon Kimi setelah kupandang dari tingkap atas tak nampak bayangnya. Nak turun mencari nanti orang cakap apa pula. Pengantin cari bakak adik ipar, bukannya cari bakal suami.

Setelah dua kali aku menghubunginya, akhirnya diangkat juga.

"Kau kat mana?"
"Belakang. Goreng ayam. Kenapa?"
"Dah solat maghrib?"
"Dah la. Pehal kau tanya?"
"Kau cari Ayie, aku ternampak dia tergesa gesa keluar dan drove off. Aku tak sedap hati sangat ni". Suaraku sebak.

"Dia nak gi mana?"
"Kalau aku tau, tak la aku minta kau carikan".
"Hahaha... chillex emi"
"Kau tak dapat pergi ke? Aku pergi kang"
"Oiiii. Relax la. Aku gi cari dia sekarang".
"Macam mana nak relax.. tak lama dah ni. Boleh pula dia keluar sorang, tergesa gesa".
Degup jantungku makin kencang.

"Pengantin boleh duduk senyap senyap tak? Nanti habis tudung dengan veil tu". Tegur mak andam. Nak marah pun tak boleh, dah tugas dia.

Aku kembali duduk dan aku dengar diluar ada alunan bacaan al quran. Siapa pula yang pasang PA system ni? Elok juga, tenang sikit hati ni. Otak aku dah jem ni.

*******

Hasri

Aku memandang cermin sisi bila motor dibelakang asyik membunyikan hon padaku. Hangin la jugak.

La.. Kimi. Kenapa pula ikut aku. Aku membuka tingkap apabila Kimi menunggang beriringan.

"Stop kat petrol pump depan tu". Kata Kimi kemudian terus memotong aku dan laju ke depan.

Nak apa pula ni. Aku nak cepat ni.

Kimi dah membuka helmet, menyela rambutnya dengan jari. Kacak juga adik aku ni tapi sayang. Dari sudut lain, ok juga. Kalau dia macam aku, memang Emilia akan jadi milik dia.

Aku memakir kereta disebelah motornya.
"Kau nak ke mana? Aku call tak angkat."
Aku menepuk dahi. Baru teringat telefon aku campak atas katil. Punya la nak cepat bersiap dan keluar selepas maghrib tadi.

"Assalamualaikum". Kami berdua menoleh.
"Waalaikumsalam. Eh.. Encik Adri. Kau pun ada Saiful?"
Kami bersalaman.
"Pengantin nak kemana ni? Kami nak ke rumah pengantin ni". Kata Encik Adri menepuk bahuku. Ditangannya ada satu beg plastik berisi roti dan minuman ringan.

"Ada hal emergency ni. Kimi, tadi Lisa call aku. Dia kata badan Syifa panas. Nak bawa ke klinik. Kereta dia tiba tiba tak boleh start", ujarku memberitahu Kimi. Saiful dan Adri turut mendengar. Kimi mengelengkan kepala dan mengeluh.

"Kau balik. Kau nak nikah kejap lagi. Aku pergi tengokkan Lisa dengan Syifa", ujar Kimi tegas.

"Takpe. Kejap je aku pergi. Aku dah janji nak tolong Lisa", jawabku berkeras. Marah pun ada bila dihalang.

"Ayie.. kau tengok jam pukul berapa. Kau nikah pukul berapa? Mana sempat kau nak bawak Syifa ke klinik, nak balik bersiap lagi. Kau ingat tok kadi tu nak tunggu kau ke?". Membebel pula adik aku ni.

"Kau nak naik motor kan, nak bawa Syifa ke klinik macam mana?". Soalanku membuatkan Kimi tegang dan bengang.

Love?? Hakthuiii ✔Där berättelser lever. Upptäck nu