sembilan

19.8K 352 15
                                    

"Emilia sedar tak masa kat rumah ustaz tadi?", soalku malam tu. Usai majlis nikah kami dan jamuan makan kecil untuk yang hadir, kami balik ke rumah. Memang lapang hatiku bila ada ikatan sah begini. Tapi banyak isu yang aku perlu tangani.

Emilia masa tu keluar dari bilik memakai baju tidur gambar kucing yang aku beli tempoh hari. Rambutnya paras dada dibiarkan mengurai. Dia berpaling padaku yang sedang duduk di sofa.

Sejak dari selepas nikah, kami tak berbual pun. Pandangan kami pun tak bertemu. Makan malam pun sendirian berhad. Aku tak lalu nak makan, sebu perut. Emilia pun sama rasanya, dia masuk ke bilik tak keluar keluar. Adalah dua tiga kali aku dengar bunyi pintu biliknya dibuka dan ditutup.

Dia datang padaku. Aku berdebar lain macam malam ni. Padahal selalu je duduk berduaan dalam bilik kaunseling, takde pun jantung ni rasa nak tercabut. Come on Hilmi. Takkan la  dengan budak 17 tahun pun kau nervous.

Emilia duduk dilantai, disebelahku, memegang kepala lutut. "Abah... saya sedar, saya sekarang isteri abah".

"Emilia, abah dah tua. Macam ni la, kita nikah ni untuk halalkan hubungan kan. Kita boleh duduk serumah. Tapi sebenarnya kita masih macam dulu, cikgu dan pelajar. Abah cuma nak jaga dan tolong Emilia. Nanti bila Emilia dah jumpa lelaki yang sesuai, bagitau abah ye. Abah lepaskan Emilia", aku mengusap kepalanya. Air matanya mengalir disudut mata.

Tanganku digapai, dicium dan diletak ke pipinya, "terima kasih abah".

Melantun lantun jiwa lelakiku nak tunjuk hero dengan budak ni.

*****

Emilia

"Abah serius ni?", tanyaku lagi. Entah berapa kali dah soalan yang sama kutanya sejak dari kami keluar tadi. Cikgu Hilmi bawa aku balik kampung sempena cuti sekolah, dia tak nak tinggalkan aku di rumah seorang diri. Bahaya katanya, sekarang banyak kes pecah rumah.

"Kenapa ni Emilia? Takut nak jumpa keluarga saya?", Cikgu Hilmi mengusik. Aku tak mampu nak senyum. Gementar ni. Lepas kertas terakhir tempoh hari, aku mengajak Cikgu Hilmi ke Blok A, ingatkan nak jumpa ibu dan adik adik setelah berbulan tak bersua namun hampa, unit tu telah didiami pasangan lain. Katanya ibu dah lama berpindah, entah ke mana. Aku rindukan mereka. Harapnya adik adik selamat.

Cikgu Hilmi memutar stereng ke kanan setelah memberi signal. Aku nampak sebuah rumah 2 tingkat, separuh papan separuh batu. Keliling rumah banyak pokok koko dan nenas. Di halaman, ada perempuan berumur sedang menyapu sampah. Dibawah anjung ada seorang lelaki muda duduk di kerusi roda. Disitu ada set kerusi kayu dengan kusyen dan pangkin, agaknya tempat keluarga ini melepak dan bersembang. Perempuan tua itu menoleh sebaik Persona masuk ke perkarangan rumah. Dia tersenyum meleret. Pasti ini ibu abah.

Cikgu Hilmi terus menerpa kepada perempuan itu, dipeluk dan dicium pipi sebaik membuka pintu kereta. Aku pun dia tak pernah cium begitu, hihihi. Memang belum bermesra. Dengan perlahan, aku keluar. Cikgu memberi isyarat padaku untuk datang pada mereka.

"Mak, ni student along". Aku memandangnya. Kemudian mencium tangan mak.

Aku menumpang bilik tidur adik bongsu abah yang sebayaku, Suhaila. Dia peramah, cantik, aku suka tengok mata redupnya. Bilik kami di tingkat atas. Ada 3 bilik. Bilik abah pun di atas. Dibawah ada 2 bilik. Bilik mak  dan bilik adik lelaki abah yang retak tulang kaki akibat kemalangan tempoh hari. Tua 3 tahun dari Suhaila.

Aku duduk di pangkin, bawah pokok jambu berhampiran dapur malam tu, selepas selesai makan malam dan mengemas dapur. Sedap mak masak. Terakhir aku makan sesedap tu semasa arwah nenek masih hidup.

"Emilia buat apa kat sini?", terperanjat aku bila ada suara menyapa. Abah rupanya.
"Ambil angin malam. Best angin kampung, nyaman je. Teringat masa duduk dengan arwah nenek".
"Abah nampak Emilia kesat air mata tadi. Kenapa?"
"Abah ni, nampak aje kan", aku ketawa.
"Mestilah", abah mencapai tanganku dan digenggamnya. Aik.. tak pernah ni. Aku layan je, suami kan. Dalam hati, dag dig dug.
"Sedap sangat mak masak. Dah lama tak rasa masakan sesedap tu. Emilia masak tak sedap".
"Nanti belajar dengan mak ye. Boleh masak sedap sedap".
"Ayah abah dah takde?"
"Ada".
"Mana? Tak nampak pun".
"Dia tinggal kat rumah lain".
"Ha??"
"Dia kawin lain. Kamu ni along, cakap tu biar jelas", sampuk mak di belakang kami menatang dulang berisi cawan dan teko. Abah terus melepaskan genggamannya sebelum mak perasan.

"Emilia, mak ayah tau tak kamu ikut Hilmi datang sini?"
Aku memandang abah, meminta dia jawabkan.
"Mak.. dia ni anak yatim".
"Dah tu tinggal mana masa sekolah? Sekolah kamu ada asrama ke long?"
"Tumpang rumah cikgu. Tapi ni cikgu tu pergi bercuti. Jadi along bawa dia balik. Kesian pula nak tinggalkan sorang sorang".
"Ohh gitu... kamu tau Emilia. Hilmi ni memang suka tolong orang. Dia la anak paling berjasa. Banyak pahala dibuatnya". Aku mengerut dahiku.

"Ayahnya membilang kepala bini. Yang dia tak kawin kawin. Bila tanya, along nak bagi adik adik sekolah elok elok. Kalau kawin, susah nak tanggung adik sekolah".
"Ye ke?", terpacul dari mulutku. Terus rasa bersalah sebab aku yang bersetuju nak nikah hari tu sedangkan abah seperti menolak. Terasa seperti aku ni menambahkan beban dia pula.

"Kamu tak cerita?", tanya mak sambil menuang kopi ke dalam cawan. Cikgu terus mencicah biskut keras ke dalamnya.

"Takkan nak cerita mak. Dia ni student along je". Jawapan abah menyakitkan hatiku.

"Cerita je. Tak salah pun. Mak ada 6 anak. Masa mak mengandungkan Suhaila, ayah tinggalkan mak terus, tak cerai pun. Sebelum sebelum ni, memang ayah ada perempuan lain. Kawin cerai tah berapa kali mak tak ingat. Tapi mak tak diceraikan. Kesian Hilmi ni, sebelum pergi sekolah, hantar kuih kat kedai luar sana tu. Balik sekolah, kerja cuci pinggan kat kedai, kerja kat kedai runcit la. Nak cari duit buat belanja sekolah untuk dia dan adik adik. Bila dah kerja, mak rasa macam semua gaji dia bagi pada mak dan adik adik. Tapi tu la, adik adiknya belajar sampai US nun. Australia pun ada. Jawatan besar besar belaka. Nanti kamu dapat jumpa anak anak mak yang lain. Kita nak buat kenduri doa selamat hujung minggu ni".

Aku pandang cikgu yang kononnya tak dengar cerita mak. Bersantaian je, sedang aku ni rasa macam nak peluk dia dan menangis bila dengar cerita mak.

Esoknya, aku ikut Suhaila dan abah keluar, beli kuih untuk sarapan. Abah memilih kuih dan berbual mesra dengan penjual kuih tu. Suhaila berbisik padaku, "Emilia, perempuan tu dulu pernah jadi makwe  along masa sekolah. Su tak tau, kaklang yang cerita. Sebab kaklang jadi posmen", beritahunya sambil tergelak gelak. Kami sekadar berdiri di tepi kedai sebab ramai yang memilih kuih.

Aku tersenyum, tak mampu nak gelak bila tengok abah melayan bekas kekasihnya, berbual mesra. Sesekali tangan perempuan itu memukul lembut bahu abah. "Dia tak kawin lagi  ke?", tanyaku.
"Dah 2 kali. Tak kekal pun. Sebab dia mandul. Kesian tau".

"Lamanya beli kuih. Mak dah siap goreng mee dan goreng nasi ni", bebel mak bila kami bertiga masuk dapur.

"Along la.. jumpa makwe lama, bukan main lagi gatal. Meluat orang", adu Suhaila.

"Bukan selalu mak. Dah lama tak jumpa dan borak dengan dia", abah membela diri. Aku hanya mendengar sambil mengambil piring untuk isi kuih tadi.

"Ye la tu. Seronok la kan kena pegang dengan janda tu. Gesel gesel", tambah Suhaila.

'Gesel? Aku tak nampak pun. Gesel apa?'. Tetiba cemburu melanda. Emilia, kau tu student. Ingat, diperkenalkan sebagai student bukan isteri- jangan nak over react.

"Dah bergesel pula? Kamu nak kawin dengan dia tak? Dah jadi janda tu. Mak boleh pinangkan. Kamu dah nak masuk 40 tak lama lagi", mak bersuara.

Aku memandang abah, pandangan kami bertemu. Rupanya abah dah pandang aku dulu. Aku melarikan pandangan.

"Tak nak lah. Dah gatal semacam along tengok dia tu", ayat penamat isu dari abah.

"Along, apsal along makin hensem sekarang? Berseri seri", tanya Hakimi, adik abah yang berkerusi roda. Aku nak tergelak bila abah tersembur air teh dari mulutnya.

"Along ni tak senonoh", rungut Suhaila yang basah terkena semburan abah. Mujur aku duduk sebelah mak, tapi berhadapan dengan Hakimi yang dari semalam asyik pandang aku. Tak selesa tau.

Love?? Hakthuiii ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن