satu lima

19.7K 323 29
                                    


Hasri

"Ayie...", mukanya pucat tak berdarah. Botol air terlepas dari pegangan, aku sempat sambut.

"Kenapa ni?", seorang perempuan hanya bertuala dari bilik sebelah bertanya, aku rasa dia baru lepas berkhidmat. Ada seorang lelaki warga asing keluar dari bilik itu, sempat lagi berciuman depan pintu sebelum beredar.
"Takde apa kak". Dia menarik tanganku masuk ke bilik.

"Ayie buat apa kat sini?", suaranya mengeletar. Dia berdiri kemudian berjalan ke hulu hilir dalam bilik yang tak sebesar mana, aku duduk di katil yang teruk, terasa spring menolak nolak daging bontot paduku.

"Emilia buat apa kat sini? Cakap kat mak nak balik Parit Buntar, duduk rumah pusaka. Kerja kilang".
Dia memandang ke siling. Aku tau dia serba salah.
"Tolong jangan cakap dengan mak", rayunya.
"Kenapa tak? Mak selalu sebut nama Emilia. Mak rindu."
"Emilia pun rindu mak". Kali ni dia berpaling ke dinding.
"Nanti Ayie hantar Emilia balik kampung, tinggal dengan mak". Dia memandang aku, riak muka menunjukkan keengganannya. Budak ni degil betul.

"Kenapa duduk sini?". Teruk sangat bilik ni.
"Ni je yang termampu".
"Ikut Ayie". Aku mengutip baju dan barang yang ada dan kusumbat ke dalam beg.
"Pergi mana?". Emilia terpinga pinga melihat perbuatan aku.
"Takkan nak tinggal kat tempat macam ni?". Sengaja aku tinggikan suara.

Aku menarik tangannya. Banyak sembang nanti berdolak dalik, langsung tak jadi apa. Dah la esok hari pertama aku kerja di HQ.
"Macam ni?", soalnya. Aku pandang Emilia,  berbaju tidur labuh paras paha tanpa seluar.
"Boleh la".
Aku singgah di kaunter, selesaikan bayaran biliknya berdasarkan sewa hari tak banyak mana pun.

"Ni rumah sapa?", tanyanya.
"Rumah Ayie la. Baru pindah". Begnya aku letakkan di atas meja.
"Lisa?"
"Tak ikut. Kerja"
"Kalau dia datang nanti?"
"Apa masalahnya"
"Emilia kat sini"
"Jangan jauh sangat fikir. Kita fikir untuk malam ni sudah", aku mencantas keraguannya.
"Ni tuala. Tandas dalam bilik". Dia akur, terus masuk ke tandas setelah mengambil sesuatu dari dalam beg, maknanya dia tau apa maksudku. Aku berbaring di atas katil  dan cuba memejamkan mata.

Aku mengajak Lisa mengikut aku ke Penang sementara cutinya masih berbaki, yelah nak tengok rumah kat mana, pejabat aku dan sambung berbulan madu yang hilang madunya. Penang kan syurga pelancongan. Mana mau dia, macam macam alasan dia bagi. Aku pula malas nak layan.
'Ok.. fine. You hidup cara you, I hidup cara I. Call me if emergency only".

Dari kampung, aku singgah di rumah bujang mengambil semua barang aku yang dah siap dimasukkan dalam kotak dan terus bergerak ke Penang. Aku harus segera tiba di sana
sebelum habis waktu pejabat sebab nak ambil kunci rumah yang syarikat berikan.

"Lapar pula perut ni. Ada kedai makan sedap tak kat sini?", tanyaku pada Lim, yang membawa aku ke rumah syarikat. Kondo, bukan rumah. Kondo satu bilik. Cukuplah untuk aku yang baru kawin tapi macam bujang. Tak payah aku kelam kabut nak cari rumah. Lagipun, tau tau la harga rumah di Penang.

"Encik Hasri, I tak dapat join you makan tau, I dah janji dengan wife mau dinner sekali. Just hantar you saja kat kedai". No problem.. aku dah tua, tau la cari jalan balik. Tadi sempat singgah makan di rnr Bukit Gantang, patutnya tak lapar dah sebab aku ni bukan jenis pemakan pun. Entah kenapa tiba tiba lapar lepas angkat beg dan kotak masuk ke rumah baru.

Setelah memesan makanan, aku ke tandas. Memang tabiat aku kalau ke kedai makan akan ke tandas, nak tengok bersih ke tak, sambil tu jengok dapur sekali. Kalau ok, aku makan. Kalau tak, aku bayar dan keluar dengan perut kosong. Bersih bilik airnya, wangi macam baru lepas dicuci. Dibelakang kedai macam ada atap kanvas, aku nak keluar tengok tapi dihalang mamak yang dari tadi dok usha aku. Nampak sangat kot aku orang luar.

Love?? Hakthuiii ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें