CHAPTER 8 (LAST)

2.2K 109 37
                                    

"Aku benci dia!!!!"

Hantarkan aku ketempat asal ku! Hantarkan! Kalau tidak nyawa gadis yang aku pinjam tubuhnya, akan jadi galang gantinya...!!!"

Mata Elisha mencerlung tepat pada tubuh si penceroboh yang masih tidak sedarkan diri itu. Sesekali matanya beralih memandang Ayu yang masih berdiri beberapa langkah dihadapannya.

"Kenapa kau pandang dia? Kau kenal dia? Siapa dia?" soal Ayu keras.

"Aku tak kenal. Tapi sebab dia, aku berada di sini!" Elisha mendengus marah.

Namun, kelihatan dirinya seakan tidak keruan. Matanya meliar memandang sekeliling. Dia mula tercari-cari arah, seolah-olah ada sesuatu yang membuat dirinya hilang punca. Dirinya terasa panas! Seperti sedang dibakar!

Ayu yang melihat keadaan Elisha yang semakin tidak keruan itu, mula berasa pelik. Kenapa Elisha bersikap sedemikian? Kenapa mahkluk yang sedang berada dalam tubuh Elisha itu kelihatan panas?

"Kau kenapa?" soal Ayu pada mahkluk yang berada di dalam tubuh Elisha itu.

"Aku panas! Aku diserang! Ada orang serang aku!!!" jerit Elisha sambil matanya meliar memandang sekeliling. Masih lagi tercari-cari sesuatu yang membuatnya jadi begitu.

"Mungkin kau di serang dengan ayat-ayat suci Allah! Aku pasti!" Ayu tersenyum sinis pada mahkluk yang berada di dalam tubuh Elisha.

Tiba-tiba ada pergerakkan pada tubuh si penceroboh itu. Seakan mula tersedar dari pengsannya. Lalu kepalanya yang masih terasa sakit, di usap perlahan. Sisa kesakitan itu masih ada, walaupun sudah setengah jam dia terbaring di situ.

"Sial! Siapa yang baling kayu kat aku, hah?" penceroboh itu mula bersuara. Lalu terus bangun dan berdiri sambil tangannya masih lagi mengusap-ngusap kepalanya yang masih terasa sakit.

Ayu berundur setapak lagi ke belakang. Tiba-tiba matanya terlihat ada sebiji garfu betul-betul terletak di atas kabinet bersebelahan dengannya. Lantas tangan kanannya yang berhampiran dengan kabinet itu mula mencapai garfu dengan berhati-hati. Sebaik sahaja garfu sudah berada di genggaman, garfu segera di sorokkan ke belakang badannya. Mujur si penceroboh dan Elisha tidak perasan dengan tindakannya sebentar tadi.

Kemudian penceroboh itu terkejut apabila melihat Elisha berada di belakangnya. Terdengar nafasnya mendengus kencang sambil merenung tajam ke arahnya.

"Elisha!"

Spontan itu juga penceroboh itu menyebut nama Elisha, sehingga menyebabkan Ayu tersentak apabila terdengar nama Elisha disebut penceroboh itu.

"Kau siapa?! Macam mana kau kenal dia?" sederas itu juga Ayu bertanya. Terasa ketidakpuasan dihatinya. Dia mula tertanya-tanya, siapa penceroboh itu? Bagaimana dia mengetahui nama Elisha.

"Aku tanya kau siapa?!!" jerit Ayu bertanya lagi pada penceroboh itu dalam nada yang lebih tinggi.

"Penting ke kau nak tahu aku siapa?!!" bentak penceroboh itu menengking Ayu kembali.

"Aku hanya nak tahu, kau siapa?! Itu sahaja!!" jerit Ayu lagi. Dia mula mengesyaki sesuatu. Mahu menduga tingkah penceroboh itu.

"Diam!!!" penceroboh itu menjerit kembali.

Fikirannya saat ini mahu sahaja menghunjam pisau yang berada di tangannya ke jantung Ayu. Dia mula terbayang-bayangkan situasi itu.

Elisha yang seakan tidak "sedar" itu, mula ketawa. Mengekek-ngekek tawanya melihat gelagat Ayu dan penceroboh itu bertikam lidah. Kemudian dia bertepuk tangan, seakan terhibur lagaknya.

"Elisha! Bawa mengucap Elisha....!!" pujuk Ayu.

"Aku bukan Elisha! Kau pekak ke? Dia yang bawa aku ke sini!" jerit Elisha pada Ayu, namun matanya tetap tajam memandang penceroboh itu.

EllishaWhere stories live. Discover now