CHAPTER 7

1.3K 85 1
                                    

Ayu yang baru selesai mandi, terus keluar dari bilik air. Kemudian terus sahaja mencapai baju dan seluar di dalam almari. Cukuplah bersiap hanya ala kadar sahaja.

Rambutnya yang ditarik dengan kasar di dalam bilik air sebentar tadi, masih lagi bersisa sakitnya.

Entah kenapa degup jantungnya berombak kencang! Cuba mencari punca, dari mana datangnya bunyi kaca pecah itu? Tiba-tiba pintu bilik tidurnya dikuak kasar oleh Elisha. Elisha terua meluru, lalu memeluknya. Ayu yang melihat Elisha berkeadaan begitu mula terpinga-pinga.

"Makcik, ada orang pecahkan cermin tingkap tadi! Lepas tu, Elisha nampak orang tu nak panjat naik atas bilik Elisha! Cepat makcik, kita kena larikan diri....!!" pujuk Elisha dengan linangan air mata.

Wajahnya kelihatan pucat dan benar-benar dalam ketakutan. Ayu cuba mententeramkan Elisha, agar tidak panik. Lantas Ayu membawa Elisha keluar dari bilik dengan berhati-hati, agar penceroboh yang masuk ke dalam rumahnya tidak menyedari tindakan mereka.

Kemudian Ayu dan Elisha berjalan ke bilik paling hujung. Bilik yang telah dibuat stor oleh Firdaus. Pintu stor itu terus dikuak dengan perlahan. Lalu Ayu menyuruh Elisha masuk dan menyorok sahaja di dalam stor sehingga keadaan benar-benar selamat.

Pada mulanya Elisha enggan tetapi setelah puas dipaksa ibu tirinya supaya diam dan duduk sahaja di dalam stor, itu adalah cadangan yang terbaik untuk Elisha setakat ini. Akhirnya Elisha mengalah dan pasrah demi keselamatannya dan ibu tirinya. Buat pertama kali juga, dia mendengar kata dari ibu tirinya.

Pintu bilik stor yang menempatkan anak tirinya itu terus ditutup rapat, namun dalam keadaan perlahan. Justeru itu sempat matanya melirik jam yang tergantung di dinding. Hampir ke pukul 9.00 malam. Ayu menyeka air matanya yang mula mengalir deras. Saat ini dia benar-benar buntu! Pada siapa untuknya meminta bantuan disaat suaminya bekerja di luar kawasan. Sedangkan ada manusia yang tidak diundang mula berlegar-legar di dalam rumahnya.

Dalam pada itu kakinya menapak perlahan-lahan menuju ke setiap bilik. Cuba untuk mencari kelibat penceroboh yang telah memecahkan cermin tingkap bilik Elisha lalu menceroboh ke bilik Elisha. Mujur Elisha sempat melarikan diri sejurus ternampak kelibat penceroboh yang cuba untuk menyelinap masuk ke dalam bilik tidurnya. Sepantas itu juga dia berlari keluar dan masuk ke dalam bilik tidur ibu tirinya. Kebetulan Ayu baru sahaja selesai mandi. Terperanjat Ayu apabila melihat Elisha terkocoh-kocoh masuk ke dalam biliknya.

Dalam pada itu sekilas itu juga Ayu teringatkan pisau di dapur. Semuanya demi untuk melindungi dirinya sendiri dan juga anak tirinya itu. Tetapi untuk menuju ke dapur terasa jauh baginya kerana terletak di tingkat bawah sedangkan dia perlu melindungi Elisha. Ketika di dalam biliknya tadi, dia dapat melihat ketakutan yang terpamer pada wajah Elisha. Ya, Elisha benar-benar dalam ketakutan! Saat ini hatinya mula berbolak balik. Sama ada ingin turun ke tingkat bawah untuk mengambil pisau di dapur ataupun tetap berdiri dan menyorok di tingkat atas bersama dengan Elisha.

Jantungnya mula berdegup laju. Ayu terasa dadanya mulai sempit dan terasa sukar untuknya bernafas dalam situasi genting ini!

"Kenapa sekarang?!" Gerutunya dalam hati.

Terasa bagaikan tidak cukup untuknya bernafas. Dia cuba untuk bertenang. Kemudian menarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan, lalu dihembus melalui mulutnya. Cara begitu dilakukannya berulang kali. Agar dadanya yang terasa sesak itu dapat di neutralkan. Lantas dengan kekuatan yang masih berbaki, Ayu terus berlari anak sambil menuruni anak tangga. Cuba untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa kepada si penceroboh itu. Saat dia berlari menuju ke arah dapur, hampir sahaja dia hendak terjatuh di atas lantai kerana terpijakkan sesuatu cecair likat yang berada di atas lantai tersebut.

EllishaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang