CHAPTER 2

2.1K 81 1
                                    

"ABANG!!!!"

"APA......!!!!"

Terkocoh-kocoh Firdaus masuk ke dalam bilik air melihat isterinya yang menjerit sambil memanggil namanya.

Sejurus sahaja dia masuk ke dalam bilik air, terlihat Ayu sedang menangis sambil memejam matanya.

"Kenapa?!" Firdaus memegang bahu isterinya. Melingas matanya melihat tubuh badan isterinya yang menggigil ketakutan.

"Cuba beritahu abang, kenapa sayang menjerit?!"

"Tu, tu, ada hantu kat dalam cermin!"

Dengan matanya yang masih tertutup Ayu menunjukkan ke arah cermin singki itu dengan tangan yang mengeletar.

Firdaus terus memandang ke arah cermin itu sebaik sahaja Ayu menunding ke arah itu. Firdaus menapak sedikit ke hadapan untuk melihat dengan lebih jelas ke dalam cermin singki itu. Cermin itu dipegangnya. Tiada apa yang pelik pada cermin yang berada dihadapannya. Firdaus menggeleng kepala. Hairan melihat kelakuan isterinya.

"Tak ada apa-apa pun sayang. Ok je cermin tu!" Firdaus merangkul tubuh isterinya.

"Bukan cermin tu, tapi ada hantu dalam cermin tu...." dengan mata yang masih tertutup Ayu tetap pertahankan pendiriannya. Sememangnya dia jelas dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

"Tak ada! Bukalah mata tu! Tengok sendiri!" Firdaus cuba meyakinkan isterinya.

Lalu, dengan perlahan Ayu membuka matanya. Kemudian menoleh kebelakang dengan perasaan ragu-ragu. Ayu menarik nafas lega. Cermin yang baru dilihatnya sebentar tadi, yang menampakkan imej arwah Elinna yang kelihatan pucat dan terdapat darah kering di wajah Elinna sedang merenung tajam ke arahnya, kini tidak lagi kelihatan. Hanya seperti cermin-cermin yang lain.

"Perasaan sayang je tu. Tak apalah, kita keluar dari bilik air ni." Firdaus meminpin tangan isterinya yang masih dalam keadaan terkejut.

Elisha yang juga turut terdengar jeritan ibu tirinya itu, hanya memandang dari luar bilik. Dia hanya mencebik. Malas hendak melayan karenah ibu tirinya yang dianggap mengada-ngada.

"Meluat!!" Gumamnya dalam hati.

Setelah puas melihat senario di dalam bilik ayahnya, Elisha terus melangkah menuju ke biliknya. Daun pintu segera ditutup kembali.

Lalu terus sahaja dia melabuhkan punggung di atas kerusi sambil menyambung kembali perbualan Skype bersama dengan Danish yang terhenti sebentar tadi gara-gara terdengar jeritan ibu tirinya itu.

"Kenapa tu? Kecoh je saya dengar tadi!" Danish mula bertanya perihal kejadian yang baru berlaku sebentar tadi. Sungguhpun dia tidak berada di dalam rumah Elisha, namun apabila melihat Elisha yang terus bangun kerana terkejut di dalam screen laptopnya, membuatkan Danish mula tertanya-tanya perkara apa yang berlaku di sebalik screen laptopnya itu.

"Entahlah, mak tiri saya menjerit. Dia kata nampak hantu! Dah balik tengah-tengah malam, tentulah ada benda yang mengikut!" Jawab Elisha bersahaja.

"Dah tu, kenapa balik lewat malam? Mak tiri awak lemah semangat kut...."

"Ayah saya la, dia yang nak balik lambat sikit. Nenek tak bagi, tapi ayah degil. Katanya, dia suka balik waktu malam...." jelas Elisha lagi.

"Oh! Ayah awak kan memang macam tu. Awak anaknya, pasti awak lebih kenal sifatnya macam mana. Lagipun, sekarang ni mesti awak dan ayah awak rindu sangat dengan arwah Elinna kan...?" Sungguh pun Danish hanya orang luar, tetapi persahabatan yang sudah lama terjalin antaranya dengan Elisha dan arwah Elinna sejak dari tingkatan satu lagi membuatkan dia amat mengenali personaliti bapa Elisha dan Elinna itu. Setiap kata-katanya adalah keputusan muktamad! Firdaus tidak mahu mendengar sebarang bangkangan dari sesiapa waima dari isterinya sendiri.

EllishaWhere stories live. Discover now