Bab 4

22.1K 651 15
                                    

Iman melihat ke bawah. Dia tersenyum. Dilihatnya along sedang duduk berehat bersama isteri dan anaknya di taman. Dilihatnya Ikram yang mengusap-usap perut isterinya yang sudah hamil 6 bulan.

Tersentuh hatinya melihat. Dia pegang perut sendiri. Ntah bila lah nak macam tu. Kemudian,matanya beralih pada Ilham. Ilham sedang basuh kereta. Dalam masa sama,dia menyiram anak dan isterinya. Berkejaran mereka sekeluarga di laman itu.

Senyuman yang tadinya manis bertukar suram. Dia..dia teringin. Teringin memiliki keluarga kecil begitu. Bahagia. Ada anak. Ada suami. Ada kasih dlm keluarga itu.

Tangannya digenggam erat. Nafas dihembus kasar. Cuba bertenang. Perlahan dia berpusing ingin masuk ke dalam. Meninggalkan balkoni biliknya. Namun langkahnya terhenti.

Matanya bersabung dengan si pemilik mata cantik itu. Affan melihatnya dengan dahi yang berkerut.

"Why?"

"Nothing" jawabnya sedatar. Tidak mahu tunjuk apa yang ada di hati.

"Iman.."

Langkahnya terhenti apabila Affan menariknya ke balkoni kembali. Tubuhnya dipusing menghadap hadapan. Perlahan terasa pelukan di pinggangnya.

"Cemburu kan tgk dorg?" Affan mula bersuara. Ubun-ubun Iman dikucupnya. Iman memegang lengan Affan yang berlingkar di perutnya.

"So?"

"Why not kite pun berusaha utk mcm dorang?"
Iman diam. Cuba utk sembunyi rasa hati. Mmg dia teringin. Tapi utk masa sekarang mustahil baginya.

"Belum masanya lagi.."

"Kenapa pula?" Soal Affan tidak puas hati. Namun pelukan makin dieratkan sehingga belakang bdn Iman betul-betul terkena dadanya. Iman pula berdebar apabila terasa belakangnya makin dekat dengan Affan malah terasa degupan jantung Affan.

"Kita baru kawin kan?"

"So?" Iman jeling Affan. Eh eh..

"Apa? Salah ke kalau Kita nak bahagia?" Soal Affan lagi.

"Bahagia ke kalau hati tanpa sayang?" Bidas Iman.

"Kalau tak de sayang..kita tanam la..pastu bajakan dia..nanti makin lama makin berkembang sayang tu kat hati Iman ni..." jawabnya petah. Perlahan pipi Iman dikucupnya lembut. Iman diam. Mencerna kata-kata Affan.

"Tapi.."

"Iman..." Tubuh Iman dipusingkan menghadapnya. Wajah mulus itu diusap. Mata mereka bersabung.

"Bagi peluang pada diri kita.."

"I..I don't know.."

"Please..kita sama-sama bina rumah tangga kita..Kita sama-sama berusaha untuk bahagia..kita cuba..boleh kan?"

"I..I nak pegi tandas.." Pantas tubuh Affan dihadapannya ditolak namun Affan tidak berganjak. Sana lah! Hati aku berdebar bagai nak gile ni!

"Jgn nak lari Iman.." Lengan Iman digenggam. Aisey..tahu plak dia..

"Mana ade!"

"Betul?" Sinis wajahnya menatap Iman. Iman alihkan matanya ke arah lain.

"Betul lah..."

"Ye?" Perlahan die menapak mendekati Iman. Dagu Iman ditolaknya ke atas. Wajah itu mula kemerahan. Matanya turun menatap bibir merah itu. Jemarinya mengusap pinggir bibir itu lembut.

Perlahan wajahnya mendekati wajah Iman. Dahi mereka bertemu. Dengan lembut bibir Iman dipagutnya . Iman terkaku. Namun dia seperti digam tidak boleh bergerak. Hendak ditolak namun hati tidak mahu. Dibiarkan Affan mengucup bibirnya. Matanya mula memberat dan perlahan membalas kucupan itu.

IMANAFFAN💞 [COMPLETED]Kde žijí příběhy. Začni objevovat