"Babah tolong la faham.." Ilham mengeluh. Tak suka. Biar lah Iman uruskan. Iman ada saham dalam syarikat tu. Dia tiada apa. So buat apa buang masa dekat syarikat itu?

"Babah harap Ilham pikir lah pasal tu. Angah dah jadi isteri orang. Takkan sampai dia dah beranak pinak still nak handle syarikat tu? Babah bagi masa sampai angah mengandung tak pun bersalin. Ham tak ambil alih syarikat Ham tahu kan apa akibatnya?"

Terpaksa dia mengugut anak bongsunya itu. Kalau tidak memang takkan jalan.

"Suka hati babah lah.." terdengar Ilham merengus. Pantas dia bangkit dan tinggalkan ruang tamu.

"Maafkan Ilham ye bah..Nanti Qasya tolong pujuk dia ya?" Ujar Qasya,adik ipar Iman yakni isteri Ilham.

"Tolong ya Qasya? Dia lah pewaris terakhir yang babah ada.."

"Hurm..Qasya naik dulu.." Perlahan tubuhnya bangkit bersama anak di dalam kendongan.

"Hurm..angah babah nak pasti kan satu je.."

"Ape bah?"

"Cepat-cepat mengandung. Babah nak Ilham ambik alih syarikat."

"Ee babah ni..kenapa letak syarat Iman kena mengandung pula?" Iman mencebik. Bengang pun ada.

"Affan..usaha keras sikit. Babah nak angah cepat-cepat mengandung. Kalau nak tips boleh mintak babah tak pun along.."

"Babah!"

"Ape?" Wajah puterinya itu ditatap tanpa bersalah. Merah menyala muka Iman. Along dah sedap bantai gelak. Affan sengih nakal. Gedik!

"Along ok je Fan..pape roger.."

"Eee...bencilah!" Iman pantas bangun dan menghentak-hentak kakinya. Mula berlalu meninggalkan ruang tamu. Bahang muka dia duduk lama-lama kat bawah tu.

💝💞💝💞💝💕💝💕

"Abang..janganlah marah babah..babah nak abang ambik alih syarikat sebab Abang satu-satunya pewaris yang ada.."

"Abang tahu lah Sya.."

"Dah tu kenapa abang tak nak terima?"

"Angah yang usahakan..buat apa abang nak masuk campur? Tadi pun dia diam je kan? Means dia masih nak jawatan tu lagi. Abang tak nak berebut lah dengan adik beradik. Lagi- lagi pasal pangkat dan harta. Tak bawa mati pun lah.."

"Kenapa cara abang cakap macam ada cemburu?"

"Ape benda awak merepek ni Sya?"

"Betul kan?"

Ilham diam tidak bersuara. Iman menutup mulutnya rapat. What? Betul ke apa yang aku dengar ni?

Rasa macam tak percaya. Selama ni Ilham selalu menolak bukan kerana tidak berminat. Tapi..sebab dia? Tapi kenapa Ilham perlu cemburu dengan dia? Dia tak faham.

Perlahan kakinya melangkah ke bilik tidurnya. Mindanya seperti tidak dapat menerima kenyataan tadi.

Wajahnya diangkat menghadap langit. Tubuhnya dipeluk. Duduk di balkoni waktu malam memang sejuk. Bintang-bintang yang berkelipan ditatapnya dengan senyuman. Cuba membuang rasa resah yang hadir sebentar tadi. Namun hadir pula kenangan lama yang sudah lama tidak menjengah di hati.

"Iman.."

"Ye.."

"Kalau kau rindu aku..tataplah bintang..cari bintang yang paling terang. Anggaplah itu aku. Anggap lah bintang tu cuba sampaikan rindu aku pada kau.."

IMANAFFAN💞 [COMPLETED]Where stories live. Discover now