"Err... saya minta maaf."

Makin malu Qizwin. Ya! Luahannya sedang ditolak.

"Saya tak boleh nak halang perasaan awak, Tapi saya juga tak boleh tahan perasaan saya dekat.. kekasih saya."

Bum!

Macam petir Qizwin rasa bila dengar perkataan 'kekasih' daripada Zakwan.

"A-awa-awak ada ke-kek-kasih?" Tergagap Qizwin bertanya. Malu. Malu. Malu! Dia suka dekat pakwe orang lah ni?!

Zakwan angguk. Dia pandang Ayshara di sana.

"Saya minta maaf. Saya tak nak keruhkan hubungan saya dengan kekasih saya. Jadi, saya minta awak jauhkan diri daripada saya. Saya hargai awak sebagai salah seorang kawan saya. Tapi, saya harap kita tak terlalu rapat." Kata Zakwan. Dia rasa kata-katanya Agak pedih untuk diterima, Tapi ini sahaja cara yang boleh buatkan Qizwin jauh daripadanya, lalu dia dan Ayshara takde sengketa lagi. Tapi, kat sana tu... macam akan mula sengketa baru pula nanti.

Qizwin terdiam. Berkecai hati dia rasa.

"Saya minta maaf sekali lagi." Kata Zakwan buat kali terakhir sebelum dia melangkah pergi, meninggalkan Qizwin yang terkaku di situ. Nak cepat-cepat pergi sebab tak nak Ayshara fikir lebih jauh lagi. Cepat sahaja tangan Arif ditarik bersama.

Qizwin hanya kaku di situ.

"Aku direject..."


ALIF dipandang. Tapi sesekali, dia pandang juga Zakwan dan Qizwin di sana. Macam perbincangan serius aje. Qizwin luahkan perasaan ke macam mana?

"Ays?" Tersentak Ayshara.

"Ha? Eh, awak nak cakap apa? Saya nak kena cepat ni." Kata Ayshara. Tak selesa dengan keadaan mereka sekarang. Tambah lagi dengan badannya yang sudah rasa melekit dek aktiviti lasak tadi.

Alif senyum sambil gosok belakang lehernya.

"Saya nak bagitahu awak perkara yang saya rasa awak dah tahu dah." Kata Alif. Hanani hanya tarik senyum sinis manakala Ayshara berkerut. Perkara yang dia tahu nak bagitahu buat apa?

"Apa yang saya dah tahu?"

Alif senyum. "Awak tahu kan yang saya dah lama suka kan awak."

Mata Ayshara membulat. Jantungnya  berdegup kencang. jadi, betullah tekaan dia yang Alif nak luahkan perasaan? Adoi, macam mana nak reject ni?

"Err..."

Alif pandang Ayshara. "Saya suka awak sejak kita di Tingkatan 3 lagi. Saya tak tahu kenapa masa tu baru saya suka awak sedangkan kita dah sama kelas dari Tingkatan  1 lagi." Alif teruskan berbicara. Dia tak dapat nak baca ketidak selesaan Ayshara. Fokus hanya luahkan perasaan. Dia nak hari Isnin nanti, dia dan Ayshara dah ada something sebab dia memang dah tak boleh kawal dah perasaan dia.

Dua hari di kem ini, dia banyak perhatikan Ayshara, dan gadis ini makin menambat hatinya. Buatkan dia tak senang duduk!

Ayshara diam. Kepala digaru. Hanani nak tahan gelak. Kelakarlah luah-luah perasaan ni.

"Saya dah tak boleh dah nak pendam perasaan ni. Saya nak juga cakap dengan awak." Tambah Alif. Dengan senyuman lembutnya, dia pandang Ayshara.

"Err... Alif."

"Boleh tak saya nak jadi boyfriend awak?" Tanya Alif terus. Wajah Ayshara dia pandang. Sedikit pun matanya tak lepas daripada memandang wajah crushnya. Mungkin akan jadi girlfriend. He he he.

Ayshara terkejut. Wow! Pertama kali dia kena macam ni. Direct!

"Errr..."

"Takpe. Saya boleh bagi masa untuk awak berfikir kalau awak nak."

Ayshara pantas menggeleng. Tak payah bagi masa, sebab jawapan dia sama aje. Tak boleh! Gila ke apa nak bercinta dengan Alif sedangkan dia ni isteri kepada Mamat galah tu?

Ayshara pandang belakang. Baru dia perasan Zakwan dah takde. Hanya tinggal Qizwin sahaja. Eh, mamat tu pergi mana?

"Ayshara?"

Ayshara pandang Alif semula.

"Err... Alif. Saya minta maaf."

Muka Alif dah keruh dengar perkataan maaf tu.

"Saya rasa awak pun dah tahu prinsip saya. Saya datang sekolah nak belajar, bukan untuk benda-benda macam ni." Ayshara mula berbicara. Sebaik mungkin dia menyusun kata agar tidak menyakiti lelaki ini.

"Awak baik, awak pandai, awak hensem dan saya tak sangkal benda tu." Ayat sedapkan hati. Alif terdiam. Oh, makin dia jatuh dengan Ayshara. Dalam nak reject ni pun, gadis ini masih mahu menyedapkan hatinya.

"Tapi, prinsip saya, tetap prinsip saya. Saya takkan langgar sampai bila-bila. Dan, kalaulah ada pelajar lelaki lain yang berani macam awak pun, saya tetap takkan terima." Kata Ayshara.

Alif terdiam.

"Dan sebenarnya, saya sukakan seseorang." Ayshara pandang Hanani. Dan Hanani seperti terkejut. Ayshara nak bagitahu ke siapa? Jangan! Please jangan!

Alif pandang Hanani. Matanya membulat. Terkejut. Dua perkara. Satu, Ayshara suka sesorang. Dua, Ayshara pandang Hanani masa dia cakap tu. Diorang...?

"Tapi, saya tetap dengan prinsip saya!" Kata Ayshara masih memandang Hanani. Dan Hanani lega. Baguslah. Kalau diberitahu juga, mahu bergaduh dua orang kawan tu.

Alif makin terkejut. Reaksi Hanani yang bagai lega bila Ayshara tak beritahu siapa yang dia suka. Dan Ayshara pun, tak lepas daripada memandang Hanani. Oh, no! Apa yang dia fikir betul!

"Jadi, sekali lagi saya minta maaf." Kata Ayshara. Dia pandang Alif semula.

Alif bila Ayshara pandang dia, dah seram sejuk.

"Err... okey. Saya pergi dulu lah ya? Bye!" Kata Alif. Tergopoh-gapah dia berlari dari situ. Kena bagitahu geng!

Ayshara dan Hanani memandang Alif yang sedang berlari ke kawasan perkhemahan dengan pandangan yang pelik.

"Apahal mamat tu?" Tanya Hanani. Dia menghampiri Ayshara dan tangannya diletakkan pada bahu Ayshara.

"Entah. Eh, dah lah jom. Badan aku dah melekit ni." Kata Ayshara. Dia tarik Hanani pergi. Tapi, sempat juga sia memandang ke tempat Zakwan dan Qizwin tadi. Qizwin takde. Agaknya, apalah yang mereka bincangkan tadi?

C | 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋Where stories live. Discover now