Ayshara senyum sinis. "Tipu." Kata Ayshara sebelum dia masuk ke dalam chalet. Tepat masa pulak Dayan keluar waktu itu. Terus Ayshara masuk dan tak endahkan Zakwan mahupun Dayan.

Dayan pandang pintu, kemudian pandang Zakwan yang sudah berdiri di hadapannya.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Dayan. Atas bawah, atas bawah dia pandang Zakwan. Teringat peristiwa malam semalam. Lelaki ini dengan Qizwin, makan berdua. Heh.

"Aku pergi tandas. Err, aku nak tanya something boleh?"

"Apa dia?"

"Ayshara mood dia okey ke?"

Dayan peluk tubuh. "She's pretending to be okay. Kau tahu tak apa salah kau?" Dayan geram pula. Ayshara tak hambur, biar dia yang hambur.

Zakwan garu kepala. "Err... I guess?"

"Apa?"

"Qizwin?"

Dayan angguk kuat-kuat. Tak kesah dengan tudung yang dipakainya.

"Tahu pun! Bukan main seronok kau denga dia ek? Makan berdua, gelak berdua, jalan berdua. Lupa dah ada isteri?" Marah Dayan. Makin geram pulak dia dengan Zakwan. Kalau yang kat depan ni laki dia, dah lama telinga kena piat. Menggatal!

Zakwan terkejut. "Wait. Bila masa aku berdua dengan dia?"

Dayan menggeleng. "Yang kat---"

Kata-kata Dayan terhenti apabila pintu chalet terbuka. Ayshara dah habis qada' hajat. Dia pandang Dayan sahaja, tak pandang Zakwan. Huh!

"Jom, Yan." Ajak Ayshara. Tangan Dan terus ditarik pergi tanpa sempat Zakwan nak menghalang.

Zakwan hanya pandang mereka berdua. Sempat pula dia garu kepala bila lihat Dayan yang menjelirkan lidah padanya. Sambil tu buat thumbs up tanda padan muka.

"Ish. Macam mana Qizwin boleh masuk dalam hidup kami ni? Yang Ays pun, nak marah sangat kenapa? Nak kata suka... dia dah suka betul-betul kat aku ke?" Zakwan bertanya pada diri sendiri. Langit yang masih gelap dipandang.

Haih.

SAMPAI sahaja di khemah, Ayshara tak sambung tidur. Tak boleh nak tidur pun. Dia cuma berbaring sahaja sambil pandang khemah. Dayan, perempuan tu dapat aje bantal terus berdengkur kecil. Untunglah boleh tidur.

Ayshara mengeluh kecil. Teringat kembali Zakwan dan Qizwin dari dulu. Mula-mula gadis itu minta ajarkan sahaja sebab katanya cikgu yang suruh tanya. Yalah, Zakwan kan hebat. Tak belajar pun cepat aje faham. Ramai juga pelajar yang minta Zakwan kongsi ilmu dengan mereka, baik lelaki mahupun perempuan. Kalau lelaki, biasalah. Takkan dia nak rasa sesuatu pulak kan? Tapi kalau perempuan, yang sangat-sangat buat dia tidak selesa ialah Qizwin.

Qizwin pelajar kelas 5-2. Selalu bertandang ke kelas untuk minta bantuan Zakwan. Tapi, dia perasan lenggok badan dan suara Qizwin yang lain macam bila dia dengan Zakwan. Berbeza dengan pelajar lelaki lain. Berbeza juga dengan pelajar-pelajar perempuan yang minta bantuan Zakwan. Qizwin, bahasa tubuhnya ketara sangat. Dia tak tahulah Zakwan perasan ataupun tidak. Tapi, dia yang perempuan ini fahamlah macam mana gaya seorang perempuan bila dekat dengan orang yang disukai.

Dan kerap kali juga dia nampak Qizwin rehat sekali dengan Zakwan. Lebih-lebih lagi bila Zakwan banyak terima confession. Qizwin aje ada. Dan bila Zakwan tolak confession pelajar-pelajar yang lain, Qizwin pasti tersenyum suka. Dia perasan semua tu. Dia nampak. Tapi dia buat diam sahaja.

Masih dia ingat waktu Qizwin kata hendak datang belajar di rumah Zakwan pada hujung minggu.

"Terima kasih, Zakwan." Ucap Qizwin. Buku latih tubi Addmath dibawa rapat ke dada.

Zakwan hanya mengangguk.

"Emm, kalau saya nak minta tolong sikit boleh?" Tanya Qizwin.

Zakwan jongket kening sebagai tanda bertanya apa. Ayshara yang baru sampai Zakwan pandang tapi Ayshara tak pandang dia pun. Hanya senyum pada Qizwin yang melambai ke arahnya. Zakwan nampak Ayshara keluarkan buku teks Sejarah, sebab lepas ni kelas Sejarah.

"Kalau..." Zakwan pandang Qizwin. Lupa pula gadis ini tengah minta bantuan darinya.

"Saya datang rumah awak hujung minggu ni boleh? Kita study sama-sama." Kata Qizwin dengan senyumannya.

Ayshara berhenti dari membaca namun dia masih menundukkan kepala, tunjuk dia tak dengar perbualan di antara Qizwin dan Zakwan.

Zakwan terdiam. Dia pandang Ayshara.

Kriiiingggg!!!

"Eh, loceng dah bunyi. Saya balik kelas dulu lah! By the way, nanti awak bagi jawapan ek? Ni nombor saya." Qizwin berkata pantas. Sempat dia catat nombornya di cebisan kertas sebelum dia hulurkan pada Zakwan.

Ayshara pandang sahaja Qizwin dengan hujung mata.

"Uuu, Zakwan. Dapat nombor aweks!" Ujar Farid.

Ayshara lepaskan nafas. Dia tak tahulah mereka berbalas mesej atau tidak. Haih. Susahlah bila suka orang dalam senyap ni.

C | 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋Where stories live. Discover now