Sejarah mungkin berulang.
"Dia kembali"
"Please come back to us. We need you."
"I'm sorry sweetheart."
Kebahagian Changkyun dan Hyunji hanya sementara apabila 'si dia' kembali memburu. Kuasa jahat mula mengusai 'si dia' membuatkan nyawa si kembar t...
Di sebuah hutan yang tebal. Seorang jejaka meneruskan lariannya tanpa menoleh kebelakang. Dia tidak dapat mengawal dirinya lagi. Dia perlu jauhkan diri daripada orang tersayang. Jika tidak nyawa mereka boleh melayang dengan tangannya sendiri.
"HAHAHA. TAK GUNA KALAU KAU LARI CHANGKYUN. KUASA KAU DAH BERTUKAR DARIPADA KEBAIKAN MENJADI KEJAHATAN. KAU KENA SEDAR ACE BUKAN ANGEL. ACE ADALAH PEMUSNAH." jejaka itu terus berhenti daripada melarikan diri. Ya. Dirinya sekarang dikuasa oleh ACE jahat. Tetapi benda itu muncul disebabkan seseorang yang menggunakan kuasa jahat untuk merampas takhtanya sebagai ketua vampire.
"TAK! AKU TIDAK AKAN DIAMKAN DIRI. AKU TAK BODOH MACAM YANG KAU SANGKAKAN! KAU INGAT DENGAN KUASA JAHAT YANG KAU BELAJAR DAPAT HAPUSKAN KETURUNAN AKU? KAU SALAH JUNGSHIN! KAU SALAH!" bentak Changkyun. Jungshin berdesis apabila Changkyun tetap dengan pendiriannya.
Bertahun - tahun dia mempelajari kuasa jahat untuk menghapuskan Changkyun. Kejadian yang lama membuatkan dendamnya semakin membuak-buak. Setelah dia berjaya menikam Changkyun dia terus menghilangkan diri. Dendamnya semakin menebal apabila mendapat berita bahawa Changkyun berjaya melepasi zon kematian dan berjaya untuk terus hidup.
"Tsk- aku cuma kesiankan kau je. Kenapalah kau perlu hidup dekat dunia ni? Opss salah pula. Sepatutnya Appa kau, Jaehyun tak perlu dilahirkan. Disebabkan appa kau! Aku dihina sebab takde kuasa yang istimewa! Kalau bukan appa kau dapat takhta vampire, appa aku tak perlu tanggung malu!" Jungshin mula merentap rambut Changkyun. Kini pergerakkan Changkyun dikawal sepenuhnya oleh Jungshin.
"Kau bodoh! Macam appa kau! Nak tahu sebab apa? Sebab masing -masing nak bunuh darah daging masing -masing!" Kata Changkyun dengan sinis.
"Kau yang bodoh!" Jungshin mula mencampak Changkyun kasar dengan menggunakan kuasanya sehingga batang pokok patah.
"Kau silap Jungshin. Kau kena sedarkan diri sebelum kau terlambat. Kau masih ada masa untuk kembali kepangkalan jalan. Kau tak boleh salahkan orang. Sepatutnya kau kena sabar untuk mempelajari kuasa keturunan kita." Balas Changkyun mendatar. Dia mula mengesat mulutnya yang keluarkan darah.
Jungshin dan Changkyun mula bertentang mata.
Ye. Kalau bukan sifat kemarahan yang ada pada Mr Jonghyun kemungkinan Jungshin dapat merasa kuasa yang ada pada keluarga keturunan pemimpin. Penjelasan, keluarga Junmyeon iaitu haraboji kepada mereka berdua adalah keluarga vampire yang amat dihormati oleh puak-puak lain kerana sifat kepimpinan yang ada pada mereka. Keturunan mereka juga mempunyai kuasa yang luar jangkaan. Contohnya, kuasa ACE yang ada pada Changkyun. Dan kuasa teleport serta ketangkasan yang ada pada Jaehyun telah diturunkan kepada Shownu dan yang lain.
Sifat hot temper yang ada pada Mr Jonghyun membuatkan dia tidak mempunyai sebarang kuasa. Hanya digelarkan vampire biasa menyebabkan dia sering dihina. Ramai vampire dari puak yang lain menyatakan bahawa Jonghyun tidak layak untuk berada dalam keluarga itu. Jonghyun mula membenci adiknya, Jaehyun setelah takhta ketua vampire diserahkan dan bukan dia. Jonghyun tidak dapat menerima kenyataan membuatkan dia berdendam untuk membunuh Jaehyun.
"TAK! TAK! Aku akan bunuh kau. Eh bukan- aku hanya jadi saksi kematian kau sebab kau sendiri yang akan bunuh diri kau serta orang kesayangan kau." Kata Jungshin dengan penuh sinis.
Changkyun cuba melawan kuasa jahat Jungshin daripasa terus mengawal dirinya. Pisau perak yang sudah dipanaskan dengan api devil sudah berada ditangan Jungshin. Satu persatu langkah Jungshin menghampiri Changkyun.
'Jebal! Aku manusia! Aku manusia.' Kata Changkyun dalam hati. Dia berharap sangat ada suatu kejaiban yang akan berlaku.
"Selamat tinggal Changkyun." Jungshin terus menusuk pisau perak kearah jantung Changkyun. Akan tetapi sesuatu yang tak dijangka berlaku.
Perlahan-lahan Changkyun membuka mata apabila dia tidak rasa apa -apa kesakitan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Ap- Appa." Tikaman itu terkena kepada Eunbyeol iaitu anak sulungnya.
"Yeol!!!" Eunbyeol rebah. Darah mula berbuak-buak keluar dari mulut.
"Yeol jebal!"
"Ap- appa. Mi-mianhae." Eunbyeol memberikan senyuman sebelum menutup mata buat selama - lamanya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.