PART 4

40 7 17
                                        

"Kalau aku tak nak bayar macam mana? " Baekhyun berpeluk tubuh sambil memandang aku. Aku betulkan rambut aku dan memandangnya dengan tajam. Aku buat penat penat dia tak nak bayar!

"Mana boleh macam tu. Pandai sangat order lepastu tak nak bayar? Kata kaya takkanlah tak boleh nak bayar? Pengantin ape macam ni?!" Aku rasa dia lah yang kahwin hari ni sebab aku tengok dia pakai macam pakaian orang kahwin. Dengan baju kemeja dan kot yang bewarna hitam. Tadi pun aku nampak dia ada disebelah pengantin perempuan. Jadi betullah kan? Walaupun pada hakikat sebenarnya aku tak nampak pun muka dia cuma dari segi pakaian dia tu yang membuatkan aku berasa curiga.

"Siapa pulak pengantinnya? Hey. Aku bukan pengantin untuk hari ni. Aku ni masih muda lagi. Yang kahwin tu kakak aku Bae Hana. Dia berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya Bae Jinyoung. " Dia berjalan satu langkah ke hadapan untuk menghampiri aku. Dia ingat aku takut ke?

"Ishh. Tak kesah lah siapa yang kahwin hari ni . Bukan masalah saya pun untuk tahu benda tu. Yang penting sekarang ni awak kena bayar sekarang. Saya dah tak ada masa sekarang ni. Saya hanya ada masa 10 minit sahaja untuk selesaikan masalah ni dengan awak. Kalau saya lambat kawan kawan saya akan tinggalkan keseorangan disini. Awak faham?!" Aku betul betul geram dengan dia ni. Masalah apa entah tak nak bayar. Dahlah banyak aku buat.

"Okey. Lagi 10 minit aku bagi duit ni dekat kau. " Dia terus berjalan ke arah dalam dewan dan meninggalkan aku keseorangan disini . Aku jadinya terpinga pinga. Selepas beberapa saat , baru aku ingat yang duit tu dia tak bagi lagi . Jadi aku terus berlari mengejarnya. Dengan kasut tumit tinggi, dress berwarna merah jambu paras lutut yang berkembang di bahagian pinggang dan ke lutut. Aku mengejarnya. Sehingga lah aku menemuinya dan aku terus memegang bahunya.

"Hahh dapat pun. Nak lari ke mana hah? " Baru aku sedar yang sekarang ni Baekhyun tengah berbual dengan beberapa orang dalam pertengahan umur. Semuanya terpinga pinga dengan reaksi aku.

"Oppss. Salah orang lah pulak. Heheh. Ermm maafkan saya." Aku berkata dengan kekoknya. Baru sahaja aku nak melangkah Baekhyun memanggil aku. Takut gileer weyh. Aku takut dia marahkan aku je.

"Sayang. Nak pergi mana tu? "Tetiba sahaja dia memeluk pinggang aku. Apa ni main sentuh sentuh ni. Aku melihat orang tua yang berada di hadapan aku dan Baekhyun. Aku rasa yang diorang ni omma dan appa Baekhyun. Diorang tersenyum ke arah aku. Manis je muka 'omma' Baekhyun ni.

"Omma, appa. Kenalkan ni lah teman wanita Baekhyun. Park Chaeyeon. Omma dengan appa dia sekarang ada dekat London sebab nak uruskan kerja diorang. Lebih kurang 2 tahun dah tinggal dekat sana. Chae ni ada bakery sendiri. Tak silap nama bakery tu Chaeyeony rainbow bakery. Umur dia 24 tahun. Yang omma dengan appa puji cupcakes yang sedap tu , ni lah dia orang yang buatnya. Chae ni pandai masak. Lebih kurang beberapa bulan lagi kitorang nak tamatkan zaman bujang ni dengan berkahwin. Omma setuju tak? "Terkejut aku ayat Baekhyun ni. Macam mana dia boleh tahu pasal omma dengan appa aku ni? Lepastu dia kata aku ni teman wanita dia dan beberapa bulan lagi aku dengan dia akan kahwin? Dia giler ke? Aku pandang wajah dia. Dia kenyitkan mata sekejap dan pandang omma dengan appanya.

"Wahh. Omma setuju je. Lagi cepat lagi bagus. Pandai jugak kamu cari calon ye? Dah lah cantik, pandai masak, siap ada bakery sendiri lagi. Omma suka. Jadi ni lah ye yang dah pikat hati kamu 2 tahun yang lepas? " 2 tahun yang lepas? Aku tersenyum apabila ommanya memuji aku.

"Haah omma. " Baekhyun mengetatkan lagi pelukan. Apa sebenarnya masalah dia ni?

"Nanti jemputlah datang ke rumah ye. Appa dengan Omma pergi dulu ye. Appa nak kena uruskan kereta kejap. Kita jumpa lagi ye. " appa dan ommanya pergi meninggalkan kami. Aku terus memandang Baekhyun dan mencubit di bahagian pinggang nya. Baekhyun ketawa kecil sambil mengusap pinggangnya. Perlahan lahan dia meleraikan pelukan.

"Awak ni kenapa pulak tetiba je cakap macam tu dekat omma dan appa awak? Apa kaitannya dengan 2 thun yang lepas hah?"

"Sebab kau tu milik aku lah sayang. Dari 2 tahun yang lepas sejak pertama kali kita jumpa."

$$$

Byun Baekhyun memang gile! Dah lah tak bayar lepastu lengahkan masa aku sampai aku tak ingat nak call  Hyuna dengan Joy supaya tak tinggalkan aku sorang sorang dekat sini. Pfft dah lah jauh jarak dari sini ke bakery aku tuh. Jadi aku kena jalan kaki sorang sorang. Wahh betapa beruntungnya aku kan? Korang nak join tak. Dengan kasut tumit tinggi ni mesti lenguh kaki aku nanti. Kesian.

Aku berjalan keluar dari dewan dengan langkah yang sederhana perlahan. Memang sakit hati betullah. Aku call hyuna dia tak angkat. Aku call Joy dengan Chin , telefon dia off. See? Jahatkan. Dah lah tinggalkan aku. 

Aku pandang ke kanan dan kiri melihat orang makin ramai memasuki perut dewan. Aku ambil cermin mata hitam dan pakai. Nak suruh nampak bergaya sikit. Aku lihat jam yang aku beli di Paris yang bewarna merah jambu ni, hurmm pukul 3 petang. Nasib baik cuaca mendung. Takde lah terbakar sangat kulit aku nanti.

Aku pandang belakang dan lihat ada sebuah kereta hitam yang berada tak jauh dari aku ni asyik ikut aku. Bila aku berhenti, dia berhenti. Bila aku jalan balik, dia jalan ikut aku. Rasa risau mula menusuk jiwa. Fikiran aku sudah memikirkan perkara negatif seperti dia nak culik aku, nak bunuh aku dan nak langgar aku. Tetapi cepat aku abaikannya. Aku perlahan dengan pantas sebab aku nampak ada kafe yang tak berapa jauh dari kedudukan aku sekarang ni. Jadi aku fikir aku nak masuk dalam kafe tu untuk menyelamatkan diri aku sendiri.

Cepat tangan aku memegang  pintu tersebut , tetapi ada tangan yang lagi cepat dari aku dengan memegang tangan aku dan menghalang aku untuk membukanya. Aku memandang orang tersebut.

"Awak lagi. Dah kenapa awak nak halang saya daripada buka pintu kafe ni? Apa masalah awak sebenarnya hah?" Aku menarik tangan aku daripada memegang pintu tersebut . Cermin mata hitam aku buka nak masukkan ke dalam handbag aku. Aku pandang Baekhyun balik dengan wajah yang merah sebab menahan marah daripada meledak disini. Baekhyun hanya buat muka sepuluh sen yang tak laku sahaja di hadapan aku.

"Ikut aku sekarang." Baekhyun terus menarik tangan aku dan membawaku ke keretanya. Laah rupanya dia yang ikut aku tadi, memang sengaja nak takutkan aku ke? Pintu kereta dibuka dan dipaksa aku untuk masuk ke dalam keretanya. 

Aku kena....... culik ke?

●●●●●●●●●

Tbc.............



SELAMAT HARI RAYA YE SEMUA. KORANG DAH BUAT PERSIAPAN RAYA KE?❤💕






Expressions Of Love ● BBH ●Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum