Part 2

41 6 1
                                        


Lelaki yang Chinyoung langgar tu dah dihantar ke hospital. Sekejap lagi aku akan ke hospital untuk minta maaf dan bayar bil hospital. Aku tak tahu lah kalau kalau dia nak dakwa Chin dekat mahkamah ke , lantak ah😂. Sekarang ni kereta Chin pun dah dibawa ke bengkel. Rosak teruk weh. Aku tak tahulah macam mana dia bawa kereta ni sampai pergi langgar orang.

Aku berjalan perlahan mendekati Chin. Muka Chin nampak sedih. Dia duduk bersandar di tepi kereta aku.

"Chin, jom ikut Yeon pergi hospital. " aku terus masuk ke dalam kereta tanpa memandangnya. Aku masih marah. Mesti aku kena bayar semua bil ni kan? Kalau aku bagitau omma dengan appa , memang kena marah dulu lah jawabnya. Dahlah aku kena uruskan bakery tu lagi. Aishh banyak betul masalahnya.

Aku pandang Chinyoung sekilas. Nampaknya dia masih lagi dengan posisi tadi. Muka dia tu tak payah cakap ahh memang monyok aje. Aku keluar dari kereta dan berdiri betul betul dihadapannya. Tangannya aku raih perlahan.

"Chinyoung sayang , janganlah macam ni. Jom kita ke sana. " Lembut sahaja suara yang aku gunakan. Memang macam ni lah perangai adik aku sorang ni. Kalau aku pujuk macam tu dia okay ah. Tak perlu beli coklat banyak banyak lepastu bagi dekat dia. Memang tak berkesan pun cara tu.

"Chin takut. Chin takut. " Akhirnya keluar juga air mata kelelakian dia tu. Aku tak tahu macam mana dia boleh jadi manja macam ni. Aku terus peluk dia sambil belakang badan dia aku usap perlahan. Dia juga membalas pelukan tersebut dan menangis dibahu aku. Perkara biasa je ni. Sebab dia memang suka kalau aku peluk dia. Terus sejuk hati.

"Tak de apa yang akan berlaku. Jangan lah macam ni Chin. Chin kena kuat macam Yeon. Nanti Chin tolong Yeon jaga bakery tu erh. Kesian dekat Yeon kena jaga sorang sorang." Terus dia tolak badan aku. Marah sangat ke kalau aku ckap pasal bakery ni?

"Tak nak. Chin tak nak jaga."

"Kalau tak nak jaga , Yeon nak balik dulu lah. Chin uruskan lah masalah Chin ni sendiri . " Aku berjalan beberapa langkah menuju ke kereta. Tu je cara untuk dia bersetuju untuk jaga bakery tu dengan aku. Beberapa saat nanti pasti dia akan menjerit memanggilku.

1 saat

2 saat

3 saat

4 sa--

"YEON!"

Kan dah kata. Hahaha

♡●☆●♡

Tingkat 4 . Wad no 32.

So sekarang ni aku kena pergi jumpa dengan lelaki tu. Chin dari tadi lagi takut. Sekarang ni aku lah yang kena jumpa dengan lelaki tu sebab Chin kata dia nak ke tandas . Aku dah bagi amaran kalau dia tak sampai dalam masa 30 minit , aku tak nak bayar kos kereta dia. Hahaha. Jahatkan aku.

Akhirnya aku dah sampai depan pintu wad no 32 ni. Bapak weh , wad vvip. Mampuslah aku nak bayar semua ni. Pehal weh dia nak guna wad ni? Lepas tu dia nak suruh aku bayar ke? Aduihlah sakit hati pulak aku dekat mamat ni. Aku tumbuk kang baru tahu. Aku kumpulkan sepenuh keberanian untuk ketuk pintu ni. Rambut yang panjang aku betulkan. Begitu juga dengan bewarna merah jambu paras lutut yang aku pakai. Selepas 3 kali aku ketuk pintu tu, aku terus masuk.

Aku berjalan menuju ke lelaki yang terbaring dekat atas katil tu. Aku tak tahulah umur lelaki ni berapa sebenarnya. Yang penting aku nak selesaikan masalah ni secepat mungkin. Wuish handsome betul mamat ni. Tidur pulak tu. Aku tak sanggup nak kacau dia jadi aku terus berjalan keluar.

" Kau nak pergi mana? " Tetiba ada suara garau yang menegur aku. Terus aku pandang ke belakang dan nampak dia sandarkan belakang badan dia dikepala katil . Tadi aku rasa dia tidur , cepat betul dia bangun.

"Maafkan saya. Saya ingatkan awak tidur tadi. Jadi saya tak sampai hati nak kejutkan awak. " Aku tunduk 90° . Tanpa minta maaf. Betapa handsomenya dia. Dahlah rambut hadapan menutupi dahi dan mata. So hotttttttt!!!

"Kau siapa dan nak apa?" Perlahan lahan aku mendekati dia balik. Nama dia Byun Baekhyun sebab aku nampak nama tu dihadapan pintu tadi. Nampaknya tak de lah teruk sangat dia ni. Cuma kepala dia tu berbalut sedikit. Tangan pun ada jugak. Maknanya patah tangan lah tu. Perlahan lahan aku mengatur langkah mendekatinya.

"Ouhh saya Park Chaeyeon. Saya datang sini cuma nak minta maaf atas kesalahan adik saya sebab dia dah langgar awak tadi. Tapi saya bersyukur sebab awak tak apa apa. Saya rasa awak dah kaya kot sebab tu duduk dalam wad vip ni kan. Jadi saya rasa saya tak perlu bayar ganti rugi tu. Ermm itu sahaja daripada saya . Sekian terima kasih. Dan kalau dah tak de yang nak dibincangkan saya pergi dulu." Baru saja kaki aku nak melangkah dan berpusing kebelakang adik aku muncul. Pehal weyh dia baru sampai ni? Aku ni dah lah nak balik ni. Kalau dia datang mesti panjang lagi hal yang nak dibincangkan. Perhh. Menyampah


TBC

Expressions Of Love ● BBH ●Where stories live. Discover now