3

2.9K 363 28
                                    


○○○○○○

Beria Puan Amira mengajak Kamilah dan keluarganya makan tengahari bersama. Umi dan abah Kamilah tidak dapat pergi kerana ada program lain. Hanya Kamilah sahaja yang turut serta. Kamilah sebenarnya berat hati nak pergi. Pasti Asha dan Farid ada. Tapi dia tetap pergi juga.

Benar sekali telahannya bila ternampak kereta Farid di situ. Dia cuba tabahkan hati. Sejak Farid berkahwin dengan Asha, dia tidak pernah terserempak lagi dengan lelaki itu kerana Asha tidak balik ke rumah keluarga.

"Assalamualaikum." Kamilah memberikan salam.

"Waalaikumsalam. Milah! Masuklah." Puan Amira menyambut Kamilah.

"Umi dan abah tak dapat datang ye?"

Kamilah menganggukkan kepala. Sempat dia memandang ke arah ruang tamu. Ada Asha dan Farid di situ. Terasa ingin menangis namun dia tahan.

"Milah duduk dekat ruang tamu dulu ya." Tubuh Kamilah ditarik ke bahagian ruang tamu. Dia duduk bertentangan dengan Asha dan Farid. Langsung tidak memandang mereka berdua.

Asha mengusap perutnya yang masih kempis.

"Hurm, tak lama dah nak dapat baby kan abang. Lengkaplah keluarga kita." Asha tersenyum manis.

"Abang pun tak sabar sangat nak dapat anak. 5 tahun hidup abang dibazirkan. Kalau abang kahwin dengan Asha dulu pasti kita dah ada 2 3 orang anak kan sayang." Balas Farid tanpa menghiraukan perasaan Kamilah.

"Asha cintakan abang sangat-sangat. Asha harap kita bahagia sampai ke jannah dan tak ada banyak dugaan. Harap-harap perempuan mandul dekat depan kita ni tak rampas abang. Abang dah tak cintakan dia kan."

"Mestilah abang cintakan Asha. Abang pun harap macam tu juga. Ish apa yang Asha cakapkan ni. Abang tak mungkin curang. Sekali abang dah buang selamanya abang tak akan kutip lagi."

Air mata Kamilah mulai bergenang. Kamilah pegang dadanya.

Sabar ya Milah. Kau kuat kan. Tengok sekarang kau berani berhadapan mereka.

"Asha dan pregnant? Tahniah ye." Ucap Kamilah. Senyuman mania terukir di bibirnya. Mereka berdua memandang.

Terasa ada getaran dalam hati Farid. Senyuman Kamilah cukup menawan. Bekas isterinya mempunyai lesung pipit yang agak dalam di kedua belah pipi. Kerana senyuman itulah, dia jatuh hati pada Kamilah. Sesiapa yang melihat, pasti tertawan. Sewaktu menjadi suami Kamilah, dia jarang bawa Kamilah keluar. Takut kalau Kamilah diambil orang bila melihat senyuman manis isterinya. Tapi dia pula yang beralih arah. Asha tiada lesung pipit walaupun dia lebih cantik dari Kamilah. Farid cepat-cepat pandang ke arah lain. Takut kalau dia terjatuh hati semula pada Kamilah. Dia sudah menjadi suami Asha sekarang.

"Terima kasih. Best kak ada baby dalam perut. Sayangnya akak tak dapat merasa." Sindir Asha.

"Takpe. Akak tak kisah pun Asha. Mungkin kalau akak kahwin dengan lelaki lain tiba-tiba akak mengandung. ALLAH je yang tahu."

Asha agak terkejut mendengar kata-kata Kamilah. Kakaknya itu mana pernah membidas kata-kata dia. Hari ni berani pula.

"Kita tak boleh pandang rendah pada orang. Mana tahu akak kahwin dengan lelaki kacak dan kaya. Baik pulak tu. Hari ni mungkin akak menderita, esok-esok akaklah orang yang paling bahagia sekali."

Berubah air muka Asha dan Farid. Setepek kena atas muka.

"Eh marilah kita makan."

"Mak..err..auntie, ada apa-apa yang boleh Milah tolong?"

"Auntie apanya. Maklah. Tak payah tolong-tolong. Dah siap semuanya. Kamu tu tetamu. Mehlah kita makan sekarang." Pelawa Puan Amira.

Mereka bertiga bangun menuju meja makan.

Sambil makan mereka berborak.

"Milah dah ada calon suami baru?" Soal Encik Hilman.

"Belum lagi. Tak lama nanti adalah." Dengan penuh yakin dan pasti Kamilah mengucapkan itu.

Semua sekali memandang seakan tidak percaya.

"Wah Milah. Baguslah. Harap-harap Milah bahagia. Tak payah tunggu orang yang kita cinta. Cari orang yang cintakan kita." Kata Puan Amira pula. Sebenarnya nak tuju ke anak dia.

Wajah Asha kegeraman kerana semua tertumpu pada Kamilah. Dia ambil satu senduk gulai nenas. Konon-konon nak makan. Baru nak suap dekat mulut, dia dihalang.

"Eh Asha tak boleh makan nenas!" Tegah Puan Amira.

"Tak boleh? Ala baru nak makan teringin sangat." Rengek Asha.

"Tak boleh sayang. Asha baru mengandung."

"Abang, Asha nak nenas." Lengan Farid digoncangkan.

"Mak kata tak boleh. Makan lauk lain ye. Kenapa mak masak gulai nenas? Asha kan pregnant?" Soal Farid tidak puas hati.

"Bukan Farid ke yang teringin nak makan gulai nenas? Mak masaklah." Soalan dituju kepada Farid semula.

"Tak nak makanlah! Rasa Nak muntah!" Asha bangun meninggalkan meja makan. Farid turut bangun mengikuti isterinya.

"Milah, makan banyak sikit. Biar jelah diorang tu." Ucap Puan Amira. Kamilah hanya tersenyum lalu menyambung makan.

DIA BUKAN WANITA BIASA(AKAN DIBUKUKAN -NAK SEMANGAT DON'T JUDGE)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें