2

3.4K 479 87
                                    

Sudah seminggu Asha dan Farid berkahwin. Mereka tinggal di rumah yang dibeli Farid. Itulah rumah yang menjadi tempat tinggal Kamilah sewaktu menjadi isteri Farid. Kini tidak lagi. Asha pula yang tinggal di sana. Kamilah pula tinggal di rumah keluarganya.

"Milah, umi yakin dan pasti ada kebahagiaan untuk Milah nanti. Milah lupakan jelah Farid." Pujuk puan Fatimah. Selama seminggu ini dia perasan Kamilah banyak termenung.

Pintu rumah diketuk agak kuat. Puan Fatimah segera membuka pintu. Kelihatan Asha sedang berdiri di hadapan rumah. Riak wajah anaknya itu kelihatan selamba.

"Buat apa balik sini? Nak menyakitkan hati Kak Milah? Pergilah duduk rumah suami kesayangan kamu tu!" Marah Puan Fatimah.

"Suka hati Asha lah. Umi ni bising je!" Marah Asha kembali. Dia masuk ke dalam rumah.

"Kak Milah, Asha datang nak bawa Kak Milah ke rumah. Abang Farid teringin nak makan gulai ketam tapi Asha tak pandai masak. So, Asha nak akak masakkan. Lepas masak, Asha hantar akak balik." Ujarnya kepada Kamilah.

"Eh suka hati kamu je! Dahlah rampas suami Kak Milah. Lepas tu nak suruh dia masak pulak. Siapa suruh kamu menggatal dengan suami orang. Pergilah masak sendiri. Tak payah suruh-suruh kak Milah! Umi tak izinkan Kak Milah jejakkan kaki dekat rumah tu lagi!"

"Orang tua ni menyibuk je tahu! Nama umi Kamilah ke? Asha cakap dekat Kak Milah bukan umi! Kak Milah tak cakap apa-apa lagi, umi menyampuk pulak!" Sindir Asha.

Puan Fatimah mengetap bibir. Asha memang melampau.

"Perempuan yang kamu panggil orang tua ni umi kamu! Seorang umi yang telah mengandungkan kamu selama 9 bulan dan besarkan kamu! Ini yang kamu balas pada umi? Anak derhaka! Perkahwinan kamu dengan Farid tak akan bahagia Asha! Umi sumpah kamu tak akan bahagia! Kamu lukakan hati Kak Milah! Kamu lukakan hati umi dan abah! Dah berambus!"

"Eleh kecoh. Emak yang baik tak akan doakan yang buruk-buruk pada anak dialah! Doa jelah yang baik-baik. Entah pape. Dahla. Asha pun tak ingin balik dekat sini! Huh! Umi dan abah tunggu jelah si mandul ni bagi cucu! Sampai mati tak akan dapat! Kalau Asha mengandung nanti, Asha tak akan bawa dekat sini! Kita nak bagi dia cucu tapi ini layanan yang kita dapat. Sakitkan hati orang je tahu! " Tengking Asha kembali. Selepas itu dia keluar dari rumah. Pintu dihempas kuat. Puan Fatimah pegang dadanya. Terasa sangat sesak.

"Umi tak apa-apa?" Soal Kamilah sedikit cemas.

"Umi okay Milah. Kenapa dengan adik kamu tu? Apa salah umi sampai dapat anak macam tu?"

"Mungkin Asha period kot sebab tu emosi tak stabil." Tangan Puan Fatimah digenggam.

Puan Fatimah memandang wajah Kamilah. Wajah itu nampak tenang sahaja. Tidak seperti orang yang ada masalah.

Mungkin anak aku ni redha dengan apa yang berlaku agaknya sebab tu wajahnya tak nampak kusut pun.

"Milah tak marah dekat Asha dengan Farid?" Soal Puan Fatimah.

"Tak umi. Kenapa Milah nak marah? Biarlah mereka."

"Milah, umi tahu Milah tak mandul. Mungkin bukan rezeki Milah dan Farid lagi. Tapi Farid tak sabar."

Kamilah hanya tersenyum. Malas nak berbicara soal itu. Memang dia masih cintakan Farid tapi Farid sudah menjadi suami adiknya. Cinta yang masih menebal dalam hati sudah tidak berguna. Farid tidak cintakan dia dan bukan miliknya lagi.

DIA BUKAN WANITA BIASA(AKAN DIBUKUKAN -NAK SEMANGAT DON'T JUDGE)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن