Chapter 42: Pendapat Dan Perancangan

Start from the beginning
                                    

"Hah! Ada apa!? Eh?"

Aku terkejut apabila Edwin berdiri di hadapanku sambil tersengih.

"Hah. Kau rupanya si mata empat. Apa yang kau nak?" Soalku dingin.

"Boleh tak kau share masakan kau? Aku lapar ni.." Pinta Edwin.

"Tak boleh." Jawabku pantas.

"Tolonglah! Aku dah satu hari satu malam ni tak makan. Bolehlah, Hazen. Kau je harapan aku!"

"Haih...Marilah masuk." Aku memberi ruang untuk Edwin masuk. Dia segera menuju ke dapur. Lauk yang sudah masak dikaut lalu diletakkan di atas piring.

Aku menutup pintu lalu menuju ke dapur. Kami berdua makan tanpa sebarang bicara.

"Thanks, Hazen. You're my hero." Ucap Edwin.

"Its okay. Kau kenapa tak makan satu hari satu malam ni?" Soalku.

"Ah. Sebab tu...Hehehehe.."

Eh? Boleh pula tersengih si mata empat ni? Ada yang kena tampar ni.

"Hehehehe...Cepatlah jawab."

"Pasal tu..Duit gaji aku dah habis. Sebab tu lah aku tak makan." Jawab Edwin dengan perlahan. Aku mengangkat kening sebelah.

Duit gaji habis? Dude...Dia ni guna duit untuk beli barang keperluan ke atau dia guna duit tu sebagai air mandian dia? Tak pun dia ni kaki judi.

"Patutlah habis. Kau ni pun satu. Boros sangat guna duit gaji tu. Cuba kau berjimat sikit." Nasihatku.

"Hmmm..Yelah.." Jawab Edwin perlahan.

"Hazen.." Panggil Edwin.

"Hmmm?"

"Aku nak tanya pendapat kau boleh?"

"Tanyalah. Apa dia?"

"Waktu aku jalan-jalan kat pasar, aku ada ternampak seorang penjual. Perempuan."

"Okay? And then?"

"Aku suka kat dia."

Eh? Dia suka kat seseorang? Hahahaha!! Man, aku ingat dia ni seorang yang obses dengan sihir je. Well, good for you Edwin.

"Kau betul-betul suka kat dia?" Soalku serius.

"Aku rasa?"

BAKK!!

"Adoi!" Edwin terjatuh dari kerusi apabila penumbuk aku sampai kat pipinya.

"The hell, Hazen!? Why you punch me!?" Soal Edwin marah. Aku hanya memandangnya dengan selamba.

"Sebab kau bodoh."

"Kenapa pula!?" Dia mencekak bajuku.

"Kau suka dia. Bila aku tanya kau rasa kau suka kat dia? Mana satu yang betul ni?" Soalku serius. Dia perlahan-lahan melepaskan bajuku.

"I'm sorry, Hazen."

"Its okay. So, Mr Edwin Esrian.."

"Hmmm?"

"You want me to help you?" Tawarku tersengih. Dia terus memandangku dengan pandangan bersinar-sinar.

"Really!?" Soalnya teruja.

"Yup. Tapi kau kena tolong aku juga..."

"Apa dia?"

"Temankan aku selepas ni jumpa Pengetua Holten."

"Boleh! Tiada masalah!"

Heh. Aku pun teruja juga nak tengok perempuan yang Edwin suka. Mana tau dia sangkut kat aku. Ceh, Hazen.

Seketika kemudian, kami berdua keluar dari bilik. Edwin hanya tersenyum dari tadi. Aku hanya menggelengkan kepala. Haih...Teruja kau ye, Edwin.

Kami tiba di hadapan pintu bilik Pengetua Holten. Kelihatan Pengetua Holten sedang membaca sesuatu.

"Pengetua.." Tegurku.

"Ah. Hazen, Edwin. Duduklah." Jemput Pengetua Holten.

"Ada apa jumpa saya ni?" Soal Pengetua Holten.

"Saya nak minta cuti." Jawabku. Pengetua Holten mengusap janggut panjangnya.

"Okay. Tapi bila awak akan mula cuti?"

"Lusa. Saya ambil cuti selama seminggu." Pengetua Holten kelihatan terkejut.

"Seminggu? Lama tu. Boleh terangkan sebab kamu mengambil cuti seminggu?"

"Sorry to say but its private."

"Haih. Baiklah. Saya luluskan permohonan cuti kamu." Pengetua Holten akhirnya memberi keputusan. Aku segera tersenyum.

"Terima kasih pengetua." Ucapku lalu keluar dari bilik diikuti Edwin.

"Edwin, besok lepas je habis waktu mengajar, kau tunggu aku kat pintu pagar akademi."

"Okay!" Jawab Edwin lalu berjalan pergi meninggalkan aku.

Sekarang, masa untuk ajak dua orang tu makan.

**************************

Yo! Macam mana dengan chapter ni? Okay or meh? Hahaha! So, comment if i do wrong.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now