"See.. abang nak Emi sebab nafsu dan Hana semata mata kan? Bukan sayang dan cintakan Emi sepenuh hati", kataku sinis. Dia tergamam. Segala apa yang dilakukan terhenti. Dia duduk disebelahku.

"Tapi kalau seks yang abang inginkan. Itu yang buat abang resah setiap kali berdua dengan Emi...". Aku berdiri di depannya. Satu persatu pakaian yang menutupi tubuhku tadi aku lucutkan.

Aku berbogel didepannya buat pertama kali "silakan".

"Emi!!!!...".

Suara abang Saiful keras seolah marah padaku. Dia turun ke tingkat bawah, aku dengar hempasan pintu bilik di bawah. Aku menyarung kembali pakaian dan tidur disisi Aryan.

"Korang gaduh semalam?", tanya Kak Shila mendukung Hana sementara aku membasuh pinggan yang kami gunakan untuk makan tengah hari tadi. Kak Shila tinggal di KL sementara waktu, Odu masih ada rawatan susulan. Tapi dah tak lama, mereka akan pulang ke KK.

Adryan berlari di porch, ditemani papa dan daddy. Bising menjerit jerit. Hana dah boleh terima tahap bisingnya suara Adryan.

Aku menghela nafas panjang,  mengangkat bahu tanda tak tahu.

"Apa abang bagitau?", tanyaku
"Emilia tolak dia mentah mentah dan minta dia kawin baru. Betul?", soal kak Shila.

Aku mengangguk perlahan, "Emi masih belum boleh terima dia. Masih terngiang ngiang suara arwah kakak".

Kak Shila diam, "tapi kan dia dah meninggal. Dah 8 bulan pun. Hana pun dah serasi dengan Emilia. Emilia yang jaga dia sejak hari pertama. Emilia yang susukan dia. Emilia sendiri sanggup ambil hormon untuk hasilkan susu".

"Hanya untuk Hana. Hana perlukan susu ibu, sedangkan ibu dia dah tiada. Emi nak Hana terus hidup. Dia satu satunya peninggalan arwah kakak untuk abang Saiful. Anggaplah itu seperti Emi membalas jasa keluarga Kak Shila membantu Emi semasa dalam kesusahan di sana. Emi tolong bukan dengan niat untuk dapatkan abang".
Aku berhenti dari meneruskan kerjaku. Kak Shila merangkul bahuku.

"Tapi kalau isteri baru abang tak dapat terima Hana, Emi boleh jaga", kataku mengambil Hana dari dukungan Kak Shila. Aku cium pipi montelnya.

"Takkan Saiful nak lepaskan Hana pada Emilia? Come on Emi, terimalah Saiful sepenuh jiwa, kalau betul sayangkan Hana. Move on. Korang binalah hidup baru bersama. Lupakan yang lalu", pujuk Kak Shila.

"Kak, sepanjang kami duduk bersama, abang memang baik. Lelaki yang baik, sesiapa pun boleh jatuh hati padanya. Tapi dalam hati abang tak pernah ada saya, cuma ada arwah kakak", luahku.

"Sabarlah. It takes time to forget the past".

"I live in the present. I try not to look at the past because it hurts. Sweet yet painful".

*******

Hasri

Aku menoleh sekali lagi. Eh.. betul la Saiful. Dengan perempuan yang sama. Ini kali ke empat aku terserempak dengan mereka dalam masa 2 minggu. Kemesraan terpancar diwajah mereka.

Aku kesal tak ambil nombor telefon Lia tempoh hari. Dah sebulan berlalu, mak sibuk bertanyakan bila Lia dan anak anaknya nak datang lagi. Rindu katanya.

"You pandang siapa?", tanya teman sepejabatku yang keluar makan tengah hari bersama.

"My friend. Dengan siapa tah", jawabku acuh tak acuh.
"Ohh... dia kerja area sini?", soalnya. Sibuk betul.
"Haah. Dengan Korean company".

Pagi Ahad, sengaja aku berjalan jauh sikit. Cyberjaya membosankan kalau hujung minggu, sunyi sepi. Aku memilih untuk berjogging di taman tasik kawasan perumahan Saiful. Tak jauh pun 20 minit memandu dari kondo kediaman aku jika hujung minggu.

Tak berapa ramai orang berjogging pagi ni. Mungkin sebab cuti sekolah, maka ramai yang pulang ke kampung. Setelah melakukan aktiviti pemanasan, aku berlari mengelilingi tasik. Setelah cukup 3 pusingan, aku berehat sebentar sambil berjalan perlahan lahan di kawasan letak kereta, aku perasan kereta Lia. Hati aku berdegup kencang. Mungkin Lia atau mungkin juga Saiful, menggunakan kereta Lia.

Aku masuk kembali ke kawasan riadah. Mataku tertarik pada kawasan permainan kanak kanak, aku nampak Aryan berdiri menanti giliran untuk bermain gelongsor. Aku perhatikan sekeliling. Lia, rambut diikat kuda, berbaju t shirt dan seluar track. Hana ada dalam stoller.

Aku kuatkan hati menghampirinya, "Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam", Lia menoleh, nampak riak terkejut.
"Mana Saiful?", tanyaku sambil memerhati sekeliling.
"Outstation", sepatah jawabnya dan dingin. Pandangan beralih pada Aryan.
"Lia dengan anak anak je?", tanyaku cuba bersahaja. Dia mengangguk.

Kami terdiam, memerhatikan Adryan. Aku mencongak tempoh perpisahan kami dan kubandingkan dengan usia Aryan yang aku agak, sah lebih kurang saja. Lasaknya anak aku ni, kesian Lia. Macam mana dia besarkan Aryan, anak selasak ni tanpa aku.

"Sejak bila Saiful pergi outstation?"
"Dah 9 hari", jawabnya selepas mengira hari dengan jari.
Demmm... aku baru jumpa dia 2 hari sudah dengan perempuan lain.
"Ke mana?"
"Indonesia katanya".
Aku terdiam.

Aryan berlari pada Lia, lencun berpeluh. "Mama, water".

Aku mengesat peluh Aryan dengan tapak tangan, dia tersengih. Mungkin dia masih mengenali aku. "Ni tuala untuk lap peluh. Kotor tangan tu nanti", ujar Lia memberi tuala kecil padaku. Aku tersipu, ala... maklumlah takde pengalaman.

"Aryan lapar tak?", tanyaku memangkunya. Dia mengangguk.

"Jom, kita pergi makan", pelawaku sambil mencium pipinya, berbunga dihati, terubat rindu.

"Tak pelah Encik Hasri. Saya ada bawa bekal ni". Lia menolak ajakanku. Dia memberikan sekeping biskut kepada Aryan. Tapi aku.. Encik Hasri??? Lia!! Aku menenangkan diri.

"Saiful selalu outstation?", soalku setelah Aryan sambung bermain.

"Selalu juga tapi ni paling lama".

"Dia tak call?", tanyaku cuba mencuri pandang wajahnya yang asyik memerhatikan Aryan.

"Hmmm.. kali ni tak pula. Sibuk kot".

"Lia tak call dia?". Sibuknya aku ni nak tau.

Lia menggelengkan kepala, "Tak la. Dia dah pesan jangan call. Banyak urusan dan meeting. Mesej je. Nanti dia call".

Aku tak mampu meneruskan perbualan dengan Lia, aku minta diri untuk pulang. Dalam kereta, aku meratap sepuas puasnya. Lia ditipu hidup hidup. Dia tak bahagia. Perkahwinan mereka tak seindah dipamerkan.

Apa lagi yang tak cukup Saiful? Lia dibiarkan dengan anak anak yang sedang membesar dan lasak, sedang kau berkasih sayang dengan perempuan lain. 9 hari... bagaimana Lia menguruskan semua itu.

Seandainya aku tidak memberi pilihan pada Lia dulu, bersikap lebih matang, tak terburu buru mengikut hati muda dan menerima hakikat takdirku seadanya, pasti kami dah hidup bersama dan aku yakin Lia lebih bahagia.

Perut aku mula berkeroncong tapi aku malas nak masak. Hilang keinginan untuk memasak. Aku berjalan kaki saja ke area Prima 5. Banyak pilihan tempat makan disitu. Sambil berjalan, aku leka melayari internet di telefon.

"Sorry bro", kata seorang lelaki yang melanggar bahuku.
"It is ok. My fault too", balasku.
"Saiful", kataku. Kami sama sama terkejut. Aku pandang disebelahnya. Perempuan yang sama. Harap je pakaian bersopan tapi pengacau rumahtangga orang.

Buk! Buk!
Tumbukan padu aku lepaskan padanya. Muka perut, kat mana yang sempat. Saiful tak membalas, malahan terkejut.

"Kau kenapa?", jeritnya yang dah jatuh terduduk.
"Kau tanya diri sendiri", balasku.
"Apa aku dah buat?"
"Kenapa kau buat Lia macam ni? Aku tak sangka ini perangai kau sebenarnya. Rupa je baik".

"Lia? Emilia?" Soal Saiful kebingungan.
"Kenapa kau tipu dia? Kau biarkan dia dengan anak anak sedang kau berseronok dengan betina lain".
"Ni isteri aku", ujar Saiful. Aku terpana, spontan tumbukan lebih padu di mukanya.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now