Episode 23

207 22 6
                                    

Eunji masih lagi cuba untuk membuka ikatan di tangannya. Tangannya dah calar kerana terlalu memaksa sekaligus disebabkan ikatannya sangat kuat.

Tiba-tiba pintu dibuka. Namja itu masuk dan menuju ke arah Eunji.

"Aku ada sesuatu nak tunjuk kat kau. Bawa dia!!" kata namja itu dan menyuruh anak buahnya membawa Eunji.

--------------------------------------------------

Baekhyun dah sampai di tempat yang diberitahu kepadanya. Dia melihat keliling tempat itu. Sunyi. Terdapat sebuah bangunan yang sudah lama ditinggalkan di situ. Baekhyun masuk ke dalam.

Sebaik saja dia masuk dia terkejut melihat Eunji yang telah diikat di sebuah kerusi.

"Eunji!!! " jerit Baekhyun.

Dia berlari menuju ke arah Eunji. Eunji yang memandang ke arah Baekhyun. Terkejut. Dia tak tahu macam mana Baekhyun boleh muncul kat situ.

"Awak okay?" soal Baekhyun. Risau.

"Apa awak buat kat sini? Pergi. Sini bahaya. " Eunji tidak menjawab sebaliknya menyuruh Baekyun pergi dari situ.

Eunji tahu namja itu ada muslihat di sebalik semua ni.

"Saya tak kan pergi tanpa awak."Baekhyun cuba untuk membuka tali itu tapi gagal.

"Saya kata pergi. Tinggalkan saya. " marah Eunji. Dia dapat rasa ada benda yang tak kena kat situ.

"No. Not without you Eunji. "

Pak pak pak pak

Bunyi seseorang menepuk tangan. Seperti baru melihat satu persembahan yang hebat.

"Wow. Great drama. I'm touching. " namja itu keluar di sebalik kegelapan. Terdapat beberapa konconya mengikutnya dari belakang.

Baekhyun memandang ke arah namja itu. Dia terkejut.

"S-Seosanim?" itu saja yang keluar dari mulut Baekhyun.

Ya. Namja yang berada di hadapannya sekarang ialah gurunya sendiri. Woonbin.

"Haha.Hello Byun Baekhyun. Tuan muda Keluarga Byun. Oh.. Apa khabar bapak kau sekarang? Mesti dia seronok kan lepas musnahkan seluruh hidup aku. " kata Woonbin.

Dia bertambah geram bila teringat kisah silamnya dulu.

"Jangan main dengan nama bapak aku tak guna!!! " kemarahan Baekhyun meletus.

"Aku tak guna? Hahahaha.. Mari kita tengok sapa yang tak guna sekarang ni. Pergi. " Woobin memberi arahan kepada konco-konconya.

Tiga orang dari mereka mendapatkan Baekhyun dan terus memukulnya berkali-kali.
Baekhyun mengerang kesakitan. Dia tidak dapat membalas kerana tangannya dikunci oleh salah sorang dari mereka.

"Hentikan!!! " jerit Eunji.

Dia tak sanggup lihat Baekhyun dipukul lagi. Woobin memberi isyarat untuk anak buahnya berhenti. Mereka melepaskan Baekhyun.

Baekhyun rebah. Darah mengalir keluar dari mulutnya. Dia merasa kesakitan di seluruh badannya. Eunji menutup matanya. Dia tak sanggup melihat keadaan Baekhyun.

"Wae? Tak sanggup nak tengok namjachingu kau kena pukul?" sinis Woobin yang melihat riak muka Eunji yang mula berubah.

"Kau.. Kau tak guna!! " Eunji bangun dan terus menumbuk muka Woobin.

Woobin terkejut. Darah mengalir keluar dari bibirnya. Dia langsung tak perasan ikatan dia tangan Eunji telah terbuka.

Eunji sebenarnya mengambil kesempatan untuk membuka talinya ketika semua fokus kat Baekhyun tadi. Cubaan Baekhyun untuk membuka tali itu tadi membuatkan tali itu longgar dan menyenangkan kerja Eunji.

Eunji cuba untuk memukul Woobin lagi tapi dihalang oleh konconya. Humm... Tak pasal-pasal Eunji kena fight ngan hampir 10 orang konco Woobin di situ.

Eunji berjaya menumpaskan sorang demi sorang konco Woobin yang menyerangnya. Sehinggalah yang terakhir tumpas di tangan Eunji.

Eunji mara ke arah Woobin. Tapi langkahnya terhenti saat Woobin menghalakan pistol ke arahnya.

"Huh. Thanks untuk persembahan kau. Tapi sampai sini saja, aku dah tak perlukan kau lagi. " kata Woobin dengan sinisnya dan...

Bang Bang

Eunji terkejut saat Baekhyun memeluknya. Dan.. Tembakan tadi kena tepat di belakang Baekhyun. Baekhyun rebah dalam pangkuan Eunji.

Pada masa yang sama juga Woobin rebah. Satu tembakan kena tepat di dadanya. Sehun dan bodyguard yang lain masuk ke dalam.

Eunji menangis. Dia tak tahan melihat Baekhyun yang berlumuran darah macam tu.

"Y-Yah... U-Uljima Eunji-ahh. " suara Baekhyun dengan lemah.

"Shhh..awak jangan banyak cakap. Awak kena bertahan. Awak.. Hiks.. tak boleh tinggalkan saya.. " Air mata Eunji mengalir deras.

Saat ini Eunji takut. Takut kehilangan cintanya. Dia masih belum sempat membalas cinta Baekhyun kepadanya.

Baekhyun tersenyum. Air matanya mengalir keluar. Sakit hatinya melihat Eunji menangis. Sehun menghampiri mereka berdua.

"Hyung, bertahan. Bantuan akan sampai kejap lagi. " kata Sehun cuba beri semangat kepada Baekhyun.

Baekhyun menatap wajah Eunji. Dia memegang tangan Eunji. Eunji dapat rasa tangan Baekhyun yang makin sejuk.

"Eunji-ahh.. S-Saranghae. " hanya itu yang keluar dari mulut Baekhyun.

Eunji mengangguk. Dia mengenggam erat tangan Baekhyun.

Baekhyun tersenyum. Dan dengan senyuman itu dia menutup matanya.


-Bersambung-

(Tolong komen ya 😉 )





My BodyguardWhere stories live. Discover now