Episode 9

489 43 0
                                    

Dalam perjalanan pulang ke rumah Baekhyun,mereka bertiga masing-masing mendiamkan diri.Eunji memandang ke luar tingkap tanpa menghiraukan Baekhyun yang berada di sebelahnya.Sehun yang berada di tempat duduk penumpang hadapan membiarkan sahaja mereka berdua di belakang.

"Ermm..Eunji saya ada benda nak tanya awak ni."suara Baekhyun memecahkan kesunyian.

"Apa?"soal Eunji tanpa mengalihkan pandangannya dari tingkap.

"Tadi saya ada nampak gambar keluarga awak.Apa yang dah jadi kat omma dan oppa awak?"soal Baekhyun.

Dia tertarik untuk tahu tentang latar belakang Eunji.Eunji memandang tajam ke arah Baekhyun.Mahu tidaknya,ada pula tengok gambar privasi orang tanpa kebenaran tuan badan.

"Ah miann saya tak bermaksud nak tengok semua gambar tu."suara Baekhyun setelah tahu makna renungan Eunji.

"Huh.."keluh Eunji.Malas nak marah budak sengal ni.

"Saya dah lama berpisah dengan mereka.Ibubapa saya bercerai waktu saya berumur 9 tahun.Waktu tu umur oppa saya baru 13 tahun."jelas Eunji.Dia memain jari jemarinya menahan sebak di hati.

"Ohh..habistu awak tahu mereka kat mana sekarang?"tanya Baekhyun.

"Tak.Saya pon tak tahu kehidupan mereka sekarang.Entah sihat ke sakit,mati ke hidup."kata Eunji.

"Rasa rindu pulak nak bergelak ketawa macam dulu."Eunji menyambung kata-katanya lagi.Baekhyun dan Sehun masing-masing terdiam.

Sebaik sahaja kereta mereka berhenti di perkarangan kediaman Byun,Eunji keluar dari kereta dan terus mengambil bagasinya lalu pergi meninggalkan Sehun dan Baekhyun.

"Hah..tak tahu..hyung dah buat apa sampai Eunji sedih."kritik Sehun.

"Ishh..budak ni diamlah."Baekhyun masuk ke dalam rumah meninggalkan Sehun sendirian.Sehun hanya tersengih.

Di Bilik Eunji...

Eunji membelek gambar keluarganya yang sentiasa dibawa bersamanya.Rasa sebak dan rindu yang dipendam makin membara.Air mata yang ditahan dari mengalir akhirnya mengalir juga.

"Appa,omma,oppa..Eun rindu sangat ngan korang.Wae semua orang tinggalkan Eun sesorang kat sini.Eun sunyi..Eun nak family kita yang dulu.Walaupun appa dah tak de,sekurang-kurangnya omma ngan oppa patut ada ngan Eun sekarang.Hikss~hiks~"akhirnya keluar segala rindu yang dipendam dengan tangisan yang kuat.

Pada masa yang sama,Baekhyun mendengar rintihan dan tangisan Eunji dari luar.Niatnya untuk memujuk Eunji semula terbatal begitu sahaja.Dia terus beredar dari situ.Tidak patut dia merumitkan keadaan lagi.

Keesokan harinya, Eunji bangun awal pagi kerana semalam dia tertidur awal kerana letih menangis.Jarum jam ketika itu menunjukkan pukul 7 pagi.Setelah selesaikan mengemaskan diri Eunji turun ke bawah.

"Selamat pagi Eunji."tegur Tuan Byun sebaik sahaja nampak Eunji yang baru turun dari tangga.

"Ahh,selamat pagi tuan."Eunji yang separuh terkejut terus tunduk hormat.

Tuan Byun tersenyum melihat Eunji yang terkejut.

"Eunji mari sini."panggil Tuan Byun.Eunji akur lalu menuju ke ruang makan yang tidak jauh dari tangga.Dia berdiri betul-betul di sebelah Tuan Byun.

"Awal kamu bangun?"soal Tuan Byun.

"Ahh saya dah biasa lagipun semalam saya tidur awal."terang Eunji.Tuan Byun tersenyum.

"Ermm Baek tak bangun lagi ke."soal Tuan Byun pada pembantu rumah yang sedang menang air ke dalam cawan.

"Rasanya tak lagi kot tuan.Tuan nak saya kejutkan dia ke?"soal pembantu rumah tersebut.

"Ah tak pa.Ermm..Eunji?"panggil Tuan Byun.

"Ne tuan."jawab Eunji.

"Tolong saya kejutkan Baekhyun boleh?"pinta Tuan Byun.

"Ne?Sa saya ke?"Eunji terkejut dengan arahan Tuan Byun itu.

"Ye lah sapa lagi nama Eunji kat sini,awak je kan."perli Tuan Byun.

"Ahh ne saya pergi dulu."Eunji akur.Sebaik sahaja dia berpaling terus dia membuat muka tidak puas hati.

Eunji naik ke tingkat atas semula.Sebaik saja dia berada betul-betul di hadapan pintu bilik Baekhyun,hatinya teragak-agak untuk masuk.Eunji menarik nafas panjang lalu membuka pintu bilik tersebut.

-Bersambung-

My BodyguardWhere stories live. Discover now