Episode 12

499 42 5
                                    

"Hah hah hah.. "Eunji tercungap-cungap kerana dia berlari sebab ingin mengejar masa.
Baekhyun,Sehun dan Naeun sudah menunggu Eunji di hadapan pintu masuk kafe.

"Apa yang awak buat lama sangat kat tandas tu? " marah Baekhyun.

"Ishh.. Saya terlanggar orang la waktu nak datang sini." lawan Eunji.

"Dah.. Sekarang ni lebih baik kita masuk kelas sebelum prof masuk.Nah beg awak."Naeun menyuakan Eunji begnya.Eunji mengambil dan mereka berempat terus menuju ke kelas.

Akhirnya kelas terakhir sudah tamat.Eunji merenggangkan badannya yang lenguh.Kemudian dia terus mengemas beg dan bersedia untuk pulang.

"Jom Eunji."ajak Sehun.Eunji senyum dan menganggukkan kepalanya.

"Sehun ahh.. Aku ikut korang boleh tak? Aku malaslah nak balik rumah awal2. "suara Naeun yang duduk bersebelahan Eunji.

"Ermm boleh je.Jom lah."kata Sehun.

"Jomlah cepat.Huwahh.. "Baekhyun merenggangkan badannya sambil berjalan keluar dari dewan kuliah.Sehun,Naeun dan Eunji mengikutinya dari belakang.

Sampai sahaja di rumah, Baekhyun terus masuk ke bilik.Dalam fikirannya hanya mahu tidur.
Naeun mengambil tempat di sofa.

"Wahh.. Rindunya kat rumah ni.Dah lama tak datang sini."Naeun merenggangkan badanya.Eunji hanya tersenyum kemudian dia ingin naik ke atas.

"Yah Eun awak nak pergi mana?"soal Naeun.

"Nak masuk bilik,tukar baju."jawab Eunji ringkas.

"Nak ikut... "
"Suka hatilah."kata Eunji kemudian terus berjalan masuk ke biliknya diikuti Naeun.

"Wow!! Cantik bilik awak Eun."puji Naeun sambil melihat sekeliling bilik itu.

"Ni bukan bilik saya.Saya cuma menumpang je."suara Eunji kedengaran dari bilik persalinan.Naeun terus duduk dan baring di atas katil.

"Humm.. Bila fikir balik macam mana kau boleh kenal dengan family Baek ehh?"soal Naeun.

"Awak nak tahu ke?"tanya Eunji semula.Naeun menganggukkan kepalanya.

"Ehh jap.Before that boleh tak kau gunakan panggilan 'kau aku' dengan aku. Aku tak selesa lah berawak saya ni."suara Naeun panjang lebar.

Eunji ketawa kecil."Arasseo.. Ok aku mulakan cerita aku ok."kata Eunji.Kemudian dia memulakan ceritanya Naeun pula hanya fokus mendengar.

Puas bercerita sampai masing2 tak sedar hari sudah makin gelap.Naeun dan Eunji keluar dari bilik dan mereka lihat Baekhyun dan Sehun sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Hai baru tahu nak keluar dari bilik ke?Korang buat apa kat dalam tu? "soal Baekhyun yang sedar akan kehadiran mereka berdua.

"Ishh sibuk je kau ni Baek.Kitaorang borak hal yeoja,namja mana boleh tahu."kata Naeun sambil berjalan menuju ke arah Baek dan Sehun.

"Ye lah tu."Baekhyun kembali menonton televisyen.

"Naeun,kau tak nak balik lagi ke?Dah malam ni? "soal Eunji.

"Memang nak balik tapi tak tau nak balik ngan sapa.Driver hantar ayah pergi meeting pula.Haihh.. "keluh Naeun.

"Biar saya tolong hantarkan? "suara Sehun.

"Eh tak pa ke? Tak susahkan awak ke?"soal Naeun.

"Tak.Kajja kita pergi."Sehun pantas mengambil beg Naeun dan terus menarik tangan Naeun.

"Ehhh... Jakkam,Anyeong Eunji.. "Naeun sempat melambaikan tangannya.Eunji menyambut dengan senyuman.

Setelah Naeun dan Sehun keluar,tinggal lah Eunji dan Baekhyun berduaan di rumah itu.Tuan Byun masih belum pulang kerana menghadiri meeting yang penting.

"..... "masing-masing mendiamkan diri.Baekhyun asyik menonton television.Eunji pula dengan telefonnya tapi dia merasa sedikit kekok dengan suasana yang sunyi itu.

Tetapi Baekhyun sesekali memandang ke arah Eunji.Eunji tidak perasan akan perbuatan Baekhyun itu.

"Eunji,saya nak tanya awak satu soalan boleh tak? "soal Baekhyun.

"Tanyalah.. "jawab Eunji tanpa memandang ke arah Baekhyun.

"Kenapa awak selamatkan saya?"soal Baekhyun lagi.

"Dah tanggungjawab saya untuk pastikan awak selamat. "jawab Eunji selamba.

"Ye ke tanggungjawab ataupun sebab awak suka kan saya? "gurau Baekhyun.Tetapi gurauan Baekhyun tadi membuat Eunji tergamam.

"Kenapa diam? Diam maknanya betul la tu."Baekhyun mula tersenyum.

"Ishh... Saya tak sukalah kat awak.Dah betul ianya tanggungjawab saya.Dah lah malas saya nak layan awak."Eunji bangun dari sofa ingin pergi dari situ.Tetapi ketika dia lalu di hadapan Baekhyun dia merasa lengannya digenggam erat.Dia memandang ke arah Baekhyun dan melihat Baekhyun yang senyum ke arahnya.

Kemudian Baekhyun menarik lengan Eunji dengan kuat dan menyebabkan Eunji jatuh ke atasnya.Inilah kali kedua muka mereka berada pada jarak yang sangat dekat.

"Awak nak pergi mana?Urusan saya dengan awak masih belum selesai."kata Baekhyun separuh berbisik.

Ketika inilah Eunji merasa jangtungnya seperti nak meletup.Mukanya pula terasa panas.Setelah lama diam dan kaku di posisinya barulah dia sedar dan terus berdiri.Kemudian dengan sekuatnya dia menendang kaki Baekhyun.

"Ahh!! YAH!! Auchh.. "Baekhyun menggosok kakinya yang sakit.

"Huh..padan muka.Sekali lagi awak buat macam tu,saya tak akan segan nak patahkan kaki awak."Eunji terus beredar masuk ke biliknya.

"Hehe.. Gelabah jugak rupanya.. Aduh sakitnya.. Kenapalah kuat sangat dia ni."Baekhyun puas kerana dapat mengenakan Eunji.

Eunji menutup pintu bilik dan terus duduk di birai katil.Dia memegang dadanya yang masih berdegup kencang.

"Kenapa dengan aku ni.Ishh... "Eunji baring di atas katil dan menghentak-hentakkan kakinya.

-Bersambung-

My BodyguardWhere stories live. Discover now