Abang Saiful agak kaget bila melihat adegan ni. Disebelahnya Cikgu Hilmi bersama kak Ayu, mengandung lagi.
"Abang, perkenalkan ni mak angkat Emi. Yang sebelah abang tu, cikgu sekolah Emi dulu".

Kami mendapat layanan istimewa. Bukan makan di khemah tapi di bawah rumah.  Port melepak aku, Kimi dan Suhaila. Dihidang lauk dalam dulang macam kenduri dulu dulu. Selesai menjamu selera, aku naik ke atas mencari pengantin.

"Suhaila, kau ingat aku lagi?", tanyaku saat berdiri dibelakangnya ketika mak andam sibuk menyolek.
"Emiliaaaa... ", jeritnya.
"Jangan nangis. Nanti mekap rosak", kata mak andam memberi amaran. Kami tergelak.
"Mana kau pergi? Kami semua cari kau".
"Nanti aku cerita. Bestnya. Akhirnya kau kawin dengan cinta hati sekolah". Cantik bilik ni bila dihias untuk raja sehari bertemakan merah jambu dan biru muda.
"Kau pun dah kawin kan. Siap ada baby ni". Dicuitnya pipi kembung Hana. Aku hanya mampu tersenyum.

"Lia" aku menoleh ke arah suara itu sebaik keluar dari bilik pengantin.
"Miss you", dalam keriuhan aku masih boleh dengar bisikannya. Aku rasa nak rebah tergolek, pertama kali aku dengar kata kata itu ditujukan padaku dari dia.

"Mama...", aku toleh ke sisi berlawanan. Aryan di kepala tangga berlari ke arahku. Abang Saiful berada di kaki tangga memandang kami.

Abang Saiful naik menyertai kami. Aku kekok sangat bila mereka berbual di depan aku, aku pula konon konon melihat pelamin rekaan terkini di ruang tamu. Masih terbayang saat aku dan Ayie sama sama bergurau senda membersihkan rumah sebelum raya, disini. Aduhai hati, jangan bikin kacau.

Mak beriya sungguh minta aku dan abang Saiful menunggu hingga habis majlis. Abang Saiful tak keberatan, mungkin dia faham keadaan ibu. Aryan dah mesra dengan Haydan bermain bersama. Hana, aku tidurkan di bilik mak sementara menunggu majlis tamat.

Kimi masuk menjengah, sekadar bertanya khabar kerana sibuk menguruskan kenduri.

"Kenapa abang tak cakap kenduri di rumah Hasri?", aku memulakan perbualan setelah abang Saiful membawa masuk Aryan yang tertidur keletihan. Tu pun sebab jatuh tergolek ketika mengejar ayam jantan jiran sebelah. Terlepas agaknya tu.

"Abang tak bagitau ye?". Aku menjawab dengan gelengan kepala.

"Tak sangka Emi kenal keluarga ni. Terkejut abang tadi". Aku tertawa perlahan.

"Dua dua kat sini rupanya. Mak ingat dah balik senyap senyap", kata mak sebaik menyelak langsir bilik. Mak masuk duduk di sebelah abang Saiful.

"Terima kasih sebab bawa Emilia. Dah lama mak tak jumpa dia. Ada 3 tahun kan? Sebab dah 3 kali raya Emilia tak balik sini", luah mak kembali menangis, mengenggam tangan Saiful.

"Saya pun tak sangka mak. Cuma masa Hasri bagi kad jemputan tu, dia cakap bawa sekali Emilia dan anak anak", balas abang. Aku turun dari katil dan duduk disebelah mak. Tangan mak kuraih.

"Maafkan Emilia mak". Tangannya aku cium.

"Mak, adik beradik mak cari. Diorang nak balik", kata kaklang disebalik langsir. Mak mengesat air matanya dan keluar.

"Tidur sini malam ni ye", pesannya sebelum keluar.

"Emi tak bawa baju lebih pun bang. Baju anak anak je yang ada ni", ujarku sebaik mak keluar. Abang Saiful terdiam seolah berfikir sesuatu.

******

Hasri

Kimi datang padaku yang baru nak bersiap, tadi sibuk menguruskan banyak perkara sebelum majlis bermula.

"Aku nampak Lia kat luar tadi".
Aku bersyukur sangat Saiful sudi datang ke kenduri kawin adikku, bukannya aku. Aku mengangguk.

"Kau ajak dia? Macam mana kau dapat cari dia?". Soalan demi soalan. "Nanti aku jawab la", balasku.

Aku mengintai dari tingkap. Bahagianya mereka sekeluarga. Lia mengendong bayi perempuan berjalan menuju ke bawah rumah. Saiful beriringan dengan Lia, sesekali membantu Lia bila Lia agak kurang stabil ketika berjalan dengan Aryan memegang kainnya. Boleh ke aku jadi suami seideal itu? Aku jadi cemburu bila Aryan manja dengan Saiful.

Walaupun aku sibuk dengan kerja kenduri, aku sempat intai Lia sekeluarga. Hati aku disiat siat bila Saiful rapat dengan Lia dan Aryan. Menangkap Aryan dari jatuh, dapat mencium pipi gebu Aryan dan bayi perempuan itu... hati aku terluka parah.

Aku nampak kelibat Lia masuk ke bilik Suhaila, aku tunggu dia disitu. Memang kebiasaan perempuan, mesti nak tengok pelamin dan bilik pengantin masa kenduri. Aku rasa seperti nak peluk Lia, cium Lia macam dulu dulu bila dia melangkah keluar bilik Suhaila. Macam macam nak kukatakan tapi suara Aryan menghentikannya. Apatah lagi, Saiful turut ada. Lia melintasi aku tatkala dia ke ruangan pelamin bersama kedua anaknya. Harum rambutnya masih sama, membuatkan hatiku tak keruan.

Mak memeluk aku seeratnya ketika aku menyertainya untuk menyambut tetamu. Aku tau kenapa kerana setiap kali Haydan dan Aryan berlari ke khemah kami, mak akan memeluk dan mencium Aryan. Aryan pun mudah mesra dengan aku, bila aku memangkunya yang kepenatan berlari dengan Haydan, aku nampak mak mengesat air matanya.

Aku sentiasa mencari ruang dan peluang untuk bercakap berdua dengan Lia tapi hampa. Tiap kali bertembung atau mata kami bertemu, Lia pasti akan melarikan diri atau tunduk dan memandang ke arah lain.

Aku masuk ke dapur, penat dah. Lagipun majlis hampir tamat. Lia keluar dari bilik air mendukung bayi perempuan yang baru dimandikan.

"Sayang...", panggilku. Lia terhenti kemudian dia terus berjalan ke bilik mak tanpa memandangku. Pilunya aku.

Lewat petang, lagi drama air mata berlaku. Lia dan Saiful ingin pulang, katanya susu Hana dan Aryan dibawa untuk sehari saja. Begitu juga kelengkapan lain. Mau tak mau, mak izinkan mereka balik dengan syarat mereka akan datang lagi dan tidur di sini.

Aku masih belum sempat berbicara dengan Lia. Lambaianku khas untuknya dipandang sepi. Kenapa Lia?? Benci sangat kau pada aku? Aku tau aku berdosa. Maafkan aku sayang...

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now