Extra 3.2

9.4K 448 20
                                    

Merissa mengerang kesakitan bila terasa sakit di ari ari nya . Rasa dah nak bersalin .

Arghhh!!

"Abang!!!" Jerit Merissa . Dia berpaut pada birai katil itu . Sakit makin mencengkam .

"Abang!!!!" Jerit Merissa makin kuat . Nak bangun tapi tak boleh . Terlalu berat rasanya perut ini .

"Ya Allah Rissa!!" Puan Sri Aida terus memegang lengan Merissa .

Katil sudah basah dengan air ketuban Merissa . Puan Sri Aida makin panik . Macam dia pulak yang nak bersalin .

"Danial!! Danial!!" Jerit Puan Sri Aida pula memanggil Danial .

"Ye maa" sahut Danial . Tersekat sekat nafasnya . Mana taknya dia pergi lari maraton bila dengar namanya di panggil .

"Ni Rissa dah nak terberanak ni . Tolong papah cepat . Bawak pergi hospital"

"Dah nak bersalin ke ma?"

"Dah tu tak akan nak berjoget pulak . Cepat papah Merissa" marah Puan Sri Aida . Geram pulak dengan anak lelakinya itu . Dah nampak lagi nak bertanya .

"Okay okay . Mama tolong ambik beg Merissa dalam almari tu ye" arah Danial pada mamanya .

Danial mengangkat lengan Merissa dan di letakkan di atas bahunya . Payah jugak nak papah Merissa ni .

"Cepat lah abang!! Orang tengah sakit ni!!" Marah Merissa pula . Orang dah nak terberanak lagi dia lambat lambat .

Kang ada jugak dalam sijil lahir anak aku, lahir dekat rumah atas katil . Haru dunia .

Ada lagi haru dari masalah di atas tak?

"Sabar lah . Sayang tu bukan ringan ringan . Dah lah berat"

Merissa memukul kuat bahu Danial . Dia sempat nak mengutuk kita pulak . Dia tak tahu yang kita tengah bawak anak dia .

"Sayang ni lambat lah jalan . Biar abang je lah dukung" Putus Danial . Kalau nak papah Merissa, jawabnya lahir dekat tangga lah anak anak dia .

Danial mencempung tubuh Merissa . Aku rasa cara ni lagi berat daripada papah . Rasa nak patah tulang belakang hah . Tak apa lah anak anak daddy dah nak lahir . Apa salahnya daddy berkorban sikit .

***

Dato Ahmad Danial jalan ke hulur ke hilir . Sesekali dia meramas tangan antara satu sama lain . Resah di hati tak terkata .

Kenapa dia rasa debar di dada lain macam? Bukan macam sebelum sebelumnya bila Merissa nak bersalin .

Mungkin dia takut, ialah Merissa nak bersalin melahirkan tiga orang anaknya sekali gus .

Tak putus putus doa Danial di dalam hati . Peluh membasahi dahi . Hailah rasa macam aku pulak yang tengah bertarung melahirkan anak .

"Ya Allah budak ni, Danial duduk lah . Yang duk ke hulur ke hilir tu kenapa? Pening mama ni tengok Danial" bebel Puan Sri Aida .

Cuba lah duduk, lepas tu berdoa supaya semua urusan di permudahkan . Ini tidak, dah macam orang tak betul duk ke hulur ke hilir .

"Maa .. Danial takut ni . Danial rasa macam tak sedap hati je . Danial rasa sesuatu yang tak diingini akan berlaku . Danial takut maa" Dato Ahmad Danial duduk di sebelah mamanya. Tangan mamanya itu di ambil dan di gengam kuat .

"Cuba istighfar . Doa banyak banyak . Jangan nak fikirkan perkara buruk yang akan terjadi . Kita berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan" Puan Sri Aida juga turut mengengam kedua tangan milik Danial . Dia mahu memberi sedikit kekuatan untuk Danial .

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now