Extra 2.7

10.3K 441 22
                                    

"Papa! Papa! Papa!" Jerit Aiman memanggil Hakimi . Setiap sudut rumah di cari kelibat Hakimi . Di dapur dia cari, di dalam peti ais dia cari, di sangka popo dia cari, di bawah meja makan dia cari dan di dalam tong sampah pun dia cari . Tapi masih tak jumpa Hakimi .

"Ish benci lah dengan papa ni . Main sorok sorok tapi sorok dekat tempat susah Aiman nak cari" Rungut Aiman . Kakinya di hentak hentakkan di atas permukaan lantai itu .

"Papa Aiman dah tak nak main" jerit Aiman menyerah kalah.

Kemudian dia menuju ke arah ruang tamu . Remote televisyen di capai dan di onkan televisyen . Saluran kartun di tekan .

"Aik? Anak papa ni kata nak main sorok sorok . Kenapa tengok televisyen pulak?" Tanya Hakimi . Tempat duduk di sebelah anaknya dia duduk .

"Malas" jawab Aiman ringkas .

Sebenarnya dia merajuk . Sebab tak dapat jumpa papanya . Papanya itu suka sorok tempat yang susah di cari bila main . I hate you papa!! But i love you so much!!

"Merajuk ke anak lelaki papa sorang ni?" Hakimi berpaling mengadap Aiman . Kepala Aiman di usap perlahan .

"Dah tahu kenapa perlu tanya" Aiman memucungkan bibirnya dan kemudian kedua tangannya di simpulkan ke dada .

"Eleleh, Dia merajuk pulak . Okay okay papa mintak maaf eh? Nanti papa belanja Aiman toys car baru"

Dengan sahaja perkataan 'toys car' Aiman terus berpaling mengadap papanya . Senyuman lebar terus terukir di bibir kecil itu .

"Betul ke papa?" Tanya Aiman dengan matanya bagaikan ada kilauan yang menyinar .

"Betul lah"

"Yeah!!"

"Bila sebut nak belanja toys car je terus suka eh"

"Ofcos lah papa . Aiman nak buat koleksi toys car banyak banyak" kata Aiman sampai tangannya membuat bentuk bulat bertanda banyak .

Hakimi ketawa kecil . Ada ada sahaja tau anaknya sorang ni . Tiba tiba dia teringatkan seseorang . Seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya .

Isya, amanah yang sayang bagi untuk abang . Abang dah laksanakan . Amanah untuk jagakan Aiman . Anak lelaki sulung kita . Sememangnya, pada awalnya abang susah nak jaga Aiman sebab Aiman terlalu kecil untuk abang jaga . Tapi abang berjaya sayang . Abang berjaya . Sekarang sayang tengok anak kita dah membesar dengan sihat . Dan muka anak kita sebiji macam sayang . Comel! Dan hensem seperti papanya . Abang janji abang akan jaga anak kita untuk selama lamanya . InsyaAllah kalau umur abang panjang . Dan kita akan bertemu di syurga nanti . Amin . Al fatihah . Titip doa Hakimi .

Sesungguhnya dia terlalu rindu pada arwah isterinya. Rindu dengan bauan badan, masakan, belaian dan semuanya tentang arwah isterinya .

***

"Papa nak aiskrim tu papa" ujar Aiman . Jari telunjuknya menunjukkan aiskrim coklat itu .

"Ye kejap eh . Aiman tunggu sekejap . Jangan pergi mana mana" pesan Hakimi . Dia melepaskan pegangan pada tangan Aiman .

Aiman mengangguk faham .

"Dik bagi abang aiskrim coklat tu satu" kata Hakimi pada pekerja itu .

Aiman yang lama menunggu papanya . Ambik keputusan untuk jalan jalan sekejap . Setiap kedai di situ di perhati . Patung patung model itu di usik .

Orang ramai lalu alang di situ dipandang pelik . Kenapa ramai sangat orang dekat sini . Kemudian dia berpaling kiri dan kanan untuk mencari kelibat papanya .

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now