Extra 2.5

11.7K 456 28
                                    

Promote time ;
Luahan hati by adraniaa

Support my friend guys . Dia baru nak berjinak dalam penulisan . 😂

"Anak anak mummy bangun" Merissa menepuk punggung anak anaknya .

Semalam dia tidur bersama anak anaknya di bilik Danny . Nak tidur bersama Danial? Rasa janggal menyerang . Bukan dia tak nak, tapi mungkin nanti dia akan bersikap kurang ajar dengan Danial . Ialah dia masih terasa hati dengan Danial .

"Danny, Mel, Danish bangun sayang . Jom kita solat subuh berjemaah" Merissa mengusap rambut anak anaknya . Merissa tersenyum nipis melihat wajah wajah anaknya yang tenang itu .

Maafkan mummy kalau mummy tak kuat nak hadap semuanya . Mummy dah cuba yang terbaik . Kalau daddy nak kahwin lain pun, mummy tak akan risau sebab mummy ada anak anak mummy. Yang boleh bahagiakan mummy dunia dan akhirat bisik hati Merissa .

"Bangun lah sayang sayang mummy" kali ini Merissa menegaskan sedikit suaranya . Liat betul anak anak aku ni bangun .

"My, give me five minutes please" ujar Danish dan dia mengeliat kecil .

"Morning mummy" ujar Danny dengan senyuman di bibir . Matanya hanya sedikit sahaja buka melihat mummy yang duduk bersila di hadapan mereka .

"Morning sayang" balas Merissa . Dia mengusap lembut pipi gebu milik Danny .

"Danish bangun lah sayang . Solat dulu baru Danish sambung tidur ye . Cepat wake up!! Mel wake up sayang . Danny pergi mandi dulu ye sayang"

Danny mengangguk kecil . Pipi Merissa di cium sekilas sebelum bangun untuk ke bilik air .

Merissa geram bila dua orang anaknya lagi tak mahu bangun . Merissa tersenyum lebar bila dia dapat idea untuk kejutkan mereka .

Merissa menggeletek pinggang Melina dan Danny . Apa lagi, mereka mengeliat kegelian .

"Hahaha my geli lah" Danish menangkap tangan mummy nya .

"My jangan lah Hahaha" Melina terus terbangun dari baringnya . Tangan mummy nya di capai dan di cium . Kemudian pipi milik Merissa pula di kucup .

Merissa senang dengan perbuatan Melina tadi . Pipi Melina juga di cium . Pinggang Danish masih di geletek sebab tak reti nak bangun anak bujang aku sorang ni .

"Bangun cepat Danish"

"Yeye Danish nak bangun ni" Danish bangun . Tak tahan kena geletek lagi .

"Dah pergi mandi cepat lepas tu jangan lupa ambik air sembahyang sekali . Go go go faster"

Melina dan Danish bangun . Danish mengucup pipi Merissa sebelum ke bilik air . Itu memang dah habit anak anaknya bila bangun pagi .

Merissa mengeleng dengan senyuman di bibir . Macam macam ragam anak anaknya yang sukar dan jangka . Nasib semuanya berperangai baik .

"Dia dah bangun belum ye? Baik aku pergi tengok"

***

Merissa berdiri di hadapan pintu biliknya dan Danial . Hatinya ragu ragu untuk masuk ke dalam . Jari jemari di ramas sesama sendiri . Rasa macam nak ambik result SPM je .

Baru sahaja Merissa ingin memegang tombol pintu, pintu sudah di buka dari dalam . Merissa terdiri tegak bila wajah Danial menyapa matanya .

Danial sudah bersongok dan berkain pelekat . Hensem nya tak pernah berkurang malah makin bertambah . Dengan kulit putih semula jadinya, dengan ketinggian 179, mempunyai kening yang tebal, warna mata yang cantik dan bibirnya yang kemerahan . Dah lama tak rasa bibir tu sejak dia lari beberapa minggu lepas .

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now