"Stay dengan daddy la. Daddy ada dengan Odu tu", aku menunjukkan ke arah bilik Odu.

"No no. Nak papa", bentaknya. Aku pun menyarungkan kasutnya dan menghantar pada Abang Saiful. Abang Saiful menyambut dukunganku.

"Sibuklah nak papa. Papa janji nak jaga Eyan. Mama belum siap menggoreng cucur ni", bebelku. Aku tak peduli dengan orang keliling.

"Sorry mama", balas abang Saiful. Dia mencuit pipiku. Aku terkejut. "Ada tepung kat pipi tu", jelasnya mengenyit mata.

"Oyi mama. Papa yef mama", kata Adryan. Amboih budak ni... masa ramai orang la dia cakap macam macam. Aku tarik hidungnya, abang Saiful tersenyum simpul. Kerja aku belum siap lagi. Mujur Hana baik saja sepanjang hari dengan kak Shila. Cuma bila dah selesai majlis baru dia merengek.

*****

Hasri

"Hasri, you should try this. Homemade prawn fritter with peanut sauce". Saiful meletakkan 4 keping potongan cucur yang disirami dengan kuah kacang, macam selalu Lia buat untuk aku. Banjir.

Memang dari sampai tadi, bau cucur udang dah menusuk lubang hidung. Tapi takkan nak pergi cari sampai ke dapur orang kan?. Selesai majlis tahlil dan bacaan doa selamat, baru Saiful letakkan bekas berisi cucur di meja buffet.

Nak menitik air mata ni saat gigitan pertama cucur udang. Aku rindu. Aku tau ni Lia yang masak.

"Sedap kan?", tanya Saiful yang terus duduk didepanku. Aryan diribanya turut menggigit cucur. Aku mengangguk.

"Aryan suka sangat cucur udang ni", ujar Saiful bila Aryan mengambil satu lagi potongan cucur.

"Sedap sangat ke sampai air mata kau nak jatuh tu?", tanya Man. Aku cepat cepat kesat.
"Kau rasa la. Aku rindu rasa ni", balasku. Maka semeja pergi merasa, semuanya yang hadir reunion tempoh hari.

"Papa, hot. Nak mama". Saiful mengangkat Aryan yang berpeluh peluh - basah baju melayunya dan berjalan ke rumah, aku hanya dapat pandang Lia yang sedang mendukung bayi perempuan dari bawah khemah. Aryan kemudian berdiri disebelah Lia, mengekor saja ke mana Lia pergi.
Lia masih membawa auranya, pakai baju apa pun lawa. Hari ni dia memakai baju kebangsaan vietnam -Ao Dai tona pink dan berselendang.

"Kan aku dah kata, dia kawin baru. Lawa bini baru dia. Muda lagi tu". Ada suara sumbang masih ingat perbualan tempoh hari. Masing masing diam bila Saiful datang dan duduk bersama.

*****

Emilia

Badan Hana panas pula aku rasa. Ni mesti sebab kurang rehat dan ramai orang tadi. Baby Hana ni sangat sensitif. Tambahan pula Hana ni lahir tak cukup bulan. Lebih sebulan tinggal di unit penjagaan rapi untuk bayi pramatang. Dan setiap hari aku berada disisinya. Walaupun masih belum mengerti, aku tau dia perlukan sentuhan dan kasih sayang.

Aku buka baju Hana dan jaramkan dengan air. Aryan, kubiarkan dengan mami dan daddy iaitu Kak Shila dan suaminya.

"Emi penat?", tegur abang Saiful. Agakya baru selesai kerja kerja mengemas di bawah dan luar.

"Hana demam", aku mengubah topik perbualan kami. Aku membetulkan cara duduk, segan.

"Kawan kawan abang kirim salam. Semua puji cucur dan kuah kacang tu. Ada yang menangis bila kunyah cucur tu".

Aku tergelak tapi kena perlahan, takut Hana sedar. "Biar betul abang ni".

"Betul la"
"Siapa?"
"Hasri". Tawaku mati tiba tiba.
"Dia.."
"Yang kita jumpa masa lunch hari tu". Aku terdiam.

Usai abang Saiful bersolat isyak, aku bergerak keluar. "Emi nak kemana?"

Aku menunjuk ke bilik sebelah.
"Tidur sini malam ni. Abang risau tak tersedar kalau Hana terjaga atau panas sangat badannya nanti".

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now