EPILOG

9.8K 313 1
                                    

Zamarul dan Dalia berdiri di hadapan tanah perkuburan. Dalia memandang ke atas. Rasa sekejap sahaja perkenalan. Kalau dia tidak ambik keputusan terburu-buru, pastinya masih lama dia boleh berkenalan dengan 'lelaki' itu.

"Dah? Uncle pergi dulu." Zamarul menepuk bahu Dalia. Dia mengangguk.

Lama Dalia merenung tanah perkuburan yang masih merah. Baru semalam lelaki-lelaki itu dikebumikan. Nafas ditarik dalam-dalam. Kaki kemudiannya dibawa ke arah Malik dan uncle Zamarul yang sudah menunggu di kereta.

Malik menanggalkan cermin mata hitam lalu disangkutkan ke tengkuk baju. Dia sempat membukakan pintu untuk Dalia. Uncle Zamarul sudah di dalam kereta.

"Dally ok?" Dalia mengangguk perlahan sebelum memboloskan badan ke dalam kereta.

Kereta yang dinaiki Dalia, Malik dan uncle Zamarul berhenti di tempat parkir kereta Cherry Elite Condo.

"Dally ok sorang-sorang?" Malik dan uncle Zamarul berpaling melihat wajah gadis itu.

"Uncle dengan abang tak payah la risau. Dally boleh duk sorang-sorang. Esok Dally balik banglo." Senyuman dihadiahkan dan dia membolosi kereta yang dipandu Malik.

"Susah nak percaya..." uncle Zamarul mengeluh.

"Don't worry pa. Dally tu kuat. Lebih kuat dari lelaki." Malik menepuk bahu uncle Zamarul.

***

Percutian ke London telah membuatkan Dalia gembira. Gembira dapat bertemu mamanya yang menetap di sana.

Setiap kali datang ke London, Dalia pasti takut. Dia takut mama akan menyuruh dia berhenti daripada terus menjadi Miss Assassin. Tapi, tidak kali ini. Wajah mama sangat tenang. Tidak langsung soal itu dibangkitkan.

"Dally ok? Macam ada masalah je mama tengok?" Soal Dahlia kepada anak perempuannya.

"Dally ok je ma. Penat sikit." Dalia berdalih.

"Ma..." Pandangan mata ditatap pada Dahlia.

"Yes." Dahlia merapatkan tubuhnya pada Dalia. Riak muka Dalia seperti ada masalah besar yang tidak boleh dia tanggung sendirian.

"Can I hug you. I miss you."

"Yes. You can." Dalia memeluk erat tubuh mamanya yang sudah hampir lima tahun dia tidak bertemu. Lama anak beranak itu berpelukan. Rasa ringan sedikit bahu Dalia.

Dalia membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sepanjang jambatan. Mahu mengambil angin yang segar.

Pasangan yang sedang berjalan membuatkan Dalia tersenyum.

"Cinta? Cinta tak pernah hadir dalam hidupnya. Dia tidak akan pernah mencintai dan kalau dicintai? Dia tidak akan membenarkannya. Dalia Ufaira adalah wanita dalam rupa lelaki. Tidak akan pernah lembut hati yang sememangnya keras. Tidak akan ada cintanya untuk sesiapa.

Dalia terus berjalan tanpa mempedulikan sesiapa. Biar dia sahaja yang ada di situ.

END

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now