Bab 5

9.6K 438 0
                                    

Jam sudah menginjak ke pukul 2:00 pagi. Semua penghuni di PAA sudah bermimpi indah. Sudah waktu rehat buat mereka.

Namun, tidak bagi Dalia. Dia masih di meja kerja yang disediakan di biliknya. Fail yang mengandungi semua maklumat ahli-ahli Bravo masih leka menemani. Satu-satu helaian diselak.

Dia perlu meneliti setiap profil mereka. Sebelum menjadi leader, dia perlulah mengenali dan mengetahui apa kelebihan 'budak-budaknya'.

Lama mata ditancap pada profil seorang ahli bernama Imran Isa.

Nama: Imran bin Isa.
Umur:26 tahun.
Asal:-
Status:-
Sejarah pengajian:-
Kemahiran:-

Banyak maklumat tentang lelaki itu yang tiada. Kerutan di dahi sudah nampak kesan. Dalia mula curiga.

Apa yang tak kena dengan profil ni. Pasti ada sesuatu. Lama dia tenung fail itu. Kemudian mata beralih pula pada gambar yang dilekatkan. Seolah-olah tersenyum senget kepadanya gambar itu.

Dalia sudah bercakap sendiri.

"Hariz, kau tukar nama? Sapa hantar kau ni? Damn! Kau selalu kacau kerja aku! Kali ni jangan harap!"

"Macam mana profil kau boleh ada sikit je maklumat... atau jangan-jangan..."

Jari dipetik. Dalia menyandarkan belakang badan ke kerusi menghilangkan lelah.

"Shit!"

Dia maki lagi.

Dalia sudah tahu hal sebenar. Dengan tilikan yang dibuat, dia yakin. Memang benar bukan seorang pengintip di sini, tapi lebih!

Dia perlu cepat bertindak supaya PAA tidak musnah. Musnah di tangan musuh!

Tapi, siapa penghianat seorang lagi? Masih tertanya-tanya.

Kini, tujuan utama Dalia ke PAA bukan sahaja untuk menjadi team leader, tapi dia juga perlu jadi penyiasat!

"The game start!"

Senyuman senget terukir lagi.

***

"Ok semua hari ni kita adakan meeting untuk saya perkenalkan ahli baru AAWF. Dia akan menggantikan pegawai kita yang sedang menjadi penyiasat di PAA. Kapten Hariz..."

Tuan Hisham yang duduk di hadapan sekali dalam bilik mesyuarat sedang memulakan bicara.

Ahli-ahli yang lain masih leka mendengar. Mereka fokus kerana Tuan Hisham sendiri yang kendalikan mesyuarat. Mesti ada yang penting.

"Ok. Saya nak perkenalkan awak semua kepada Kapten Zayn."

Zayn bangun menuju ke hadapan. Dia menunjukkan tabik hormat. Yang lain jugak membuat benda yang sama.

Gembira dia apabila melihat ahli-ahli yang lain dapat menerima kehadiran pegawai baharu sepertinya.

"Kapten Zayn Mikael."

Zayn memperkenalkan diri. Begitu juga yang lain. Seorang demi seorang bangun memperkenalkan diri masing-masing.

Usai acara memperkenalkan diri, Tuan Hisham menambah fakta yang boleh membuatkan Zayn terkejut biawak!

"AAWF! Memandangkan Kapten Hariz di lapangan, saya akan lantik Kapten Zayn untuk mengetuai kalian semua. Saya harap semua setuju la ye."

Tuan Hisham senyum.

Yang lain sudah mengucapkan tahniah. Dari gaya mereka, kelihatan senang sekali mereka menerima berita baharu itu.

Zayn pula sudah pucat. Dah la baru lapor diri, dapat berita tergempar pulak. Kalau ada sakit jantung, dah 'jalan' dia tadi.

Tuan Hisham menghulurkan tangan untuk bersalaman sebelum mesyuarat ditunda.

"Tahniah Kapten Zayn."

"Er. Terima kasih Tuan."

Zayn masih terkulat-kulat. Memang masih tidak percaya dengan perkara yang dia dengar tadi.

"Ok semua mesyuarat ditunda pada masa yang lain. Saya bagi peluang awak semua kenal-kenal dulu dengan leader baru awak."

Tuan Hisham berlalu keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Ada senyuman di wajahnya.

TBC...

Miss Assassin✔Where stories live. Discover now