Saksi

417 49 241
                                    

Dari dapur terdengar suara perempuan separuh usia memanggil seseorang

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


Dari dapur terdengar suara perempuan separuh usia memanggil seseorang. Namun tidak berjawab. Akibat terlalu geram, dia menuju ke arah ruang tamu.

"Engkau dah pekak ke? Bagai nak terkeluar anak tekak aku panggil nak mintak tolong." Kedua mata Mak Jenab dibeliakkan. Dia bercekak pinggang sambil memarahi anaknya.

Si anak langsung tidak mengambil peduli. Matanya tertancap terus pada skrin televisyen. Makinlah si emak naik angin. Dengan rasa tak puas hati dia mematikan televisyen.

"Alah mak ni tengah best citer ni." Rungut si anak.

"Eh Akbar, Tv ni ke yang beranakkan kau. Tv ni ke yang bagi kau makan. Aku panggil kau nak mintak tolong, kau buat tak tahu je. Bila aku matikan Tv ni tahu pulak kau nak menjawab." Kalau bukan disebabkan itu anaknya dah lama dia hambat dengan batang mop.

"Alah mak ni. Asyik nak membebel je. Tak boleh ke nak tengok orang senang sikit." Akbar sudah bermasam muka.

"Amboi, banyak betul kau nak bersenang ya. Umur kau dah layak kahwin tau tapi duduk rumah tak bekerja. Kau bukannya cacat. Dah cukup bagus makan minum aku tanggung. Ada ke gila aku tanggung kau sampai tua. Hah itu pun kalau aku hidup lagi. Bilalah kau nak berubah ni Akbar oi." Mak Jenab melepaskan keluhan beratnya. Nasib baik cuma seorang je anaknya. Kalau ada sepuluh orang macam Akbar memang pengsan dibuatnya.

Entah mengapa keadaan hari ini agak panas. Begitu juga dengan jiwa muda Akbar. Seolah terasa dengan kata-kata emaknya.

"Jadi mak menyesal ke ada anak macam Bar? Mak menyesal ke tanggung anak tak guna macam Bar ni?" Akbar mula meninggi suara.

PAP! PAP! PAP!

Bukan satu tetapi tiga tamparan hinggap di muka Akbar.

Akbar memegang wajahnya. Terkejut dengan tindakan ibunya.

"Sampai hati mak kan." Akbar lantas mengambil kunci motornya lalu keluar dari rumah.

Panggilan ibunya langsung tak diendahkan. Biarlah dia membawa jiwa yang lara jauh dari rumah. Sudahlah tak dapat tahu siapa anak kandung Mas Joko dan Buk Siti dekat Tv tadi, ditambah pula dengan bebelan dan tamparan ibunya.

Kini dia menyesal keluar dari rumah. Dia tak tahu nak ke mana. Kalau dia balik sekarang, mesti dia yang malu. Puas melepak di kedai makan Pak Kodi, dia melepak pulak di kedai baju hipster si Bijan. Hari sudah semakin gelap. Akbar mengambil keputusan akhir yang bijak untuk menuju ke arah Masjid. Mungkin inilah jalan terbaik untuknya.

Selesai solat maghrib dan Isyak, dia meminta izin untuk tidur di Masjid. Pak Iman, Pak Bilal dan segala Pak membenarkan dia bermalam di Masjid kerena mereka mengenali Akbar dan Mak Jenab.

Akbar baring di hujung sudut di dalam Masjid. Matanya tak dapat dilelapkan. Sesekali dia lihat telefonnya. Mak Jenab langsung tak telefon.

Akbar cuba melelapkan mata. Matanya dipejam rapat. Namun tiba-tiba dia terdengar bunyi pili air dipusing di luar Masjid. Bunyi air memecah suasana. Fikirnya mungkin ada yang mahu solat. Kini dia terdengar pula bunyi kipas terbuka.

Sapta Imagi | ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt