Nyawa

443 64 166
                                    

kali pertama aku tulis genre macam ni.

kali pertama aku tulis genre macam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Namun suasana di sebuah makmal rahsia di bawah tanah masih terang dan bising dengan bunyi mesin.

Noel melihat kalendar. Sedikit masa lagi semuanya akan siap dan lengkap. Dia mengerling melihat meja di tengah ruang. Mesin-mesin yang sudah diprogram sedang bekerja dengan teratur.

Dia menoleh kembali pada buku di hadapannya. Begitu lama dia memandangnya. Suatu perasaan aneh menyelusup di dalam dirinya. Entah mengapa memorinya selalu mengingatkannya tentang Irina.

Noel membuka buku itu. Diari milik Irina. Walaupun dia sudah habis membacanya, tetapi setiap kali dia teringatkan Irina pasti dia akan membacanya semula. Seolah menjadi rutin biasa baginya. Adakah ini yang dipanggil rindu?

Dia tersenyum membaca diari Irina. Helai demi helai diselaknya. Hinggalah terhenti pada satu muka surat.

Dia sahabat, dia peneman di kala sendirian. Mungkin sukar untuk dia tafsirkan hal rumit tentang perasaan, tapi itu yang buatkan dia unik. Aku rasa dia comel.

Beberapa kali aku ajarkan dia cara untuk senyum. Tapi, dia kerap bertanya kenapa kena senyum tanpa rasa apa-apa. Dia juga tanya apa maksud senyum.

Apa saja soalannya, aku akan jawab. Sebab dia ajar aku erti kesabaran. Sebab dia juga aku lulus ujian KBAT.

Apapun aku tahu, aku sayang dia. Mungkin lepas ni akan jadi sahabat dengan rasa cinta. Well, siapa tahu apa akan jadi kan. Lagipun hasil kerja aku memang berkualiti. Sebab tu dia kacak macam sekarang. Bak kata menteri Pasola, "Orang yang berbakat, gumpal kertas pun boleh jadi patung Monalisa."

IRINA
210510

Noel menutup kembali diari milik Irina. Dia tersenyum sendiri. Benar, perempuan itu sudah berjaya membuat dia tersenyum. Terasa panas dadanya apabila memori manis tentang Irina berputar. Tapi, manis itu cuma sementara. Irina meninggal dunia 5 tahun yang lalu kerana kanser.

5 Tahun Lalu

Irina terlantar di Hospital. Doktor sudah nyatakan bahawa jangka hayatnya takkan lama. Tubuhnya sudah menolak ubat yang telah di masukkan.

"Noel..."

Begitu halus suaranya memanggil. Namun, frekuensi suara itu mampu didengar oleh Noel. Tangan Irina digenggam erat olehnya.

"Kau rehatlah. Aku yakin kau akan sembuh." Pujuk Noel.

Irina menggeleng lalu tersenyum.

"Aku nak kau jaga diri bila aku tak ada nanti. Aku nak kau ambil semua barang aku dekat makmal dan simpankannya."

Noel mengelus rambut Irina. Suatu perasaan yang dia tak suka menyusup pada dirinya. Kenapa dia rasa macam ni. Ini ke rasa sedih?

Sapta Imagi | ✓Where stories live. Discover now