"Boleh tapi dengan syarat". Lia memandangkan seolah bertanya apa.

"Lia kena suap Ayie makan". Aku ke sofa tanpa menunggu jawapan darinya.

"Mengada betul tau. Nak suap bagai", rungut Lia membuatkan aku tersengih sebab berjaya melihat Lia dari sisi lain. Aku nampak ada kesan hitam dibawah matanya, tak cukup tidur kot. Mesti bangun awal untuk belajar.

"La... kata nak Lia suapkan. Ni kenapa kotorkan tangan pegang nasi ni?", bebel Lia bila aku mengoyakkan daging ayam dan menggaulkan dengan nasi.

"Buka mulut. Lia suap Ayie, Ayie suap Lia". Lia membuka mulut, mengunyah nasi sambil tersenyum. Suka la tu.

Minggu peperiksaan memang menyeksakan aku, Lia tak mahu melayanku seperti selalu. Katanya penat bila bersama denganku. Memang Lia nampak penat kebelakangan ni, makan pun kurang berselera, aku perasan dia semakin kurus, ada masanya dia muntah sewaktu menggosok gigi di waktu pagi.

Anis tak habis habis dengan kes tercium kami. Bosan betul aku. Kalau boleh aku tampal mulut dia dengan ducktape, dah lama aku buat. Setiausaha dan pengurus dari departmen Anis pernah bertanya tentang hubungan kami, aku kata aku tak minat pada Anis. Cukup takat tu, ni hal peribadi aku.

Aku kerap pulang lewat sekarang, saja memberi ruang untuk Lia menelaah pelajaran. Keputusan semester sebelum ni sangat memberangsangkan, harapnya semester akhir ni pun cemerlang. Malah dah ada tawaran pekerjaan yang diterimanya.

*******

Emilia

Aku berserabut dengan apa yang aku lihat tadi. Aku tak boleh kelihatan begini depan Ayie, apa aku harus buat??

Aku membuka peti sejuk, ada ayam setengah ekor, ada pes nasi ayam. Aku buka bahagian sayuran, ada tomato, timun dan daun salad. Ni memang wajib ada sebab kami selalu buat sandwich.

Ayam aku nyahbeku menggunakan microwave. Sementara tu, uniform aku tukar dengan pakaian lebih santai. Aku harus kelihatan tenang. Tarik nafas dalam dalam Emilia. Semua langkah memasak aku ikut sepertimana tertulis di label botol pes nasi ayam. Ayie muncul tatkala aku memotong tomato. Geram, sakit hati, cemburu semua ada, aku harus kawal sebaiknya. Buat seolah tiada apa apa. Aku menyambutnya seolah aku teramat rindukannya. Memang aku rindu dia sangat sangat.

Aku rasa bahagia sangat bila Ayie menyuapkan nasi ayam ke mulutku dengan tangannya sendiri. Aku terasa bagai dibelai sepenuh jiwa. Kami bermesra malam itu lebih kasih sayang. Ye ke? Atau aku saja yang rasa begitu?

Emel tawaran pekerjaan aku terima sehari sebelum peperiksaan akhir bermula. Aku tertekan bila teringatkan kata kata Ayie tentang pengakhiran hubungan kami.

Hello Emilia, apapun kau akan tinggalkan Hasri sebab kau akan bernikah dengan Izham. Kau dah lupa Izham? Mentang mentang dia sibuk sekarang, asyik berada di luar kawasan. Walaupun jarang berjumpa namun Izham tak lupa bertanya khabar.

Hari besar kami hampir tiba, aku masih belum memberitahu Ayie. Aku semakin tertekan. Mujur segala urusan pernikahan dan kenduri, Izham sudah melantik perancang perkahwinan.

Satu kucupan singgah dipipiku membuatkan aku tersedar dari lena. Ayie disebelah, tangannya melekap di dada dan perutku. Ye, tadi kami berasmara sepuasnya. Ayie menjemput aku di kolej selepas kertas terakhir, kami terus menjamu selera untuk makan tengah hari. Dari dalam kereta lagi, Ayie telah menunjukkan betapa dia menginginkan aku. Hampir semua butang bajuku ditanggalnya, tangannya tak henti menyentuh tubuhku. Aku tau aku mengabaikan dia sepanjang minggu peperiksaan.

"Dah pukul berapa?", aku terpisat pisat, masih lagi mengantuk.
"Nearly 6", jawabnya kemudian menggigit putingku yang semakin terjojol, tangannya menyelinap masuk ke dalam selimut.
"Pukul berapa nak balik rumah mak kalau macam ni?", tanyaku bila Ayie memasukkan jari ke dalam lubang kesedapan. Cecair mulai keluar bila jari Ayie keluar masuk dengan laju. Tubuhku mengejang kesedapan, Ayie memasukkan senjatanya dan meneruskan keinginannya.

"Jom mandi, lepas dinner kita balik rumah mak", kata Ayie. Aku terdiam, "tapikan malam".
"Takpe, Ayie yang drive. Lia tidur la".

Sepanjang perjalanan, adakala aku tertidur, takut pula nak biarkan Ayie memandu seorang diri. Mana tau dia mengantuk pula. Kami tiba di rumah mak sebelum subuh. Raya haji ni, kak ngah, kak lang dan Suhaila tak balik sebab cuti singkat. Kereta Satria GTi Kimi saja yang ada di depan rumah mak.

"Assalamualaikum", ucap Ayie perlahan, mengetuk tingkap bilik Kimi. Kimi membuka tingkap agak lambat, Ayie menyuluh bilik Kimi menggunakan lampu telefon, mata Kimi mengecil. "Kenapa tak telefon?", tanya Kimi menggaru dadanya sambil memberi ruang untuk kami masuk ke rumah.

"Aku telefon banyak kali masuk voicemail", balas Ayie. Aku ditariknya rapat.

"Habis bateri la tu. Korang ni kawin je la, kan senang", kata Kimi bila Ayie memelukku sebaik masuk rumah.

"Lia muda lagi", balas Ayie. Kimi menggelengkan kepala dan masuk ke biliknya.

"Sayang, Lia naik dulu la nak tidur. Sementara belum subuh ni", aku mencium bibirnya sebelum bergerak ke tingkat atas.

Selepas menukar pakaian ke baju shirt dan kain batik, aku pun berbaring dan terus terlelap. Rasanya sekejap sangat aku tidur, loceng telefon yang telah kusetkan berbunyi. Aku bangun, dengan tuala tersangkut di bahu, aku turun ke bawah untuk mandi.

"Eh, Emilia. Bila sampai?", tanya mak terkejut. Dia sedang menjerang air. Aku nampak di atas meja makan sudah ada barang barang untuk dimasak dan dijadikan hidangan hari raya pertama.

Aku menyalami dan memeluk mak seeratnya rindu sangat. "Tumpang Ayie. Dia mesej tanya nak ikut balik raya tak. Mestilah nak, rindu kat mak".

"Emilia mandi dulu ye. Kejap lagi tolong mak masak". Mak tersenyum dan melepaskan pelukannya.

Balik dari solat raya, kami berempat menjamu selera. Kimi dan Ayie berselera sungguh makan lontong mak.

"Mak, ada udang tak dalam peti?", tanya Ayie menyicah nasi impit dengan rendang ayam dan kuah kacang.

"Ada. Kenapa?", tanya mak pelik.

"Lia, petang nanti buat cucur udang. Cicah dengan kuah kacang ni sedap". Kata kata Ayie membuatkan aku berhenti menyuap. Tu memang kegemaran Ayie. Setiap 2 minggu memang menu tu dimintanya. Samada beli atau aku masak.

Petang raya tu, kami bersantai di pangkin sambil makan cucur udang dengan kuah kacang setelah penat menolong ibadah korban di surau. Aku tak pergi, mak dan anak anak bujang sahaja ke surau.

"Emilia, tadi Hajah Maimon tanyakan kamu", mak membuka bicara. Aku menuangkan air teh ke cawan masing masing. Ayie membetulkan silanya.

"Sapa Hajah Maimon?", tanyaku sambil meletakkan cucur udang yang telah kupotong empat berserta kuah kacang ke dalam piring dan kuberikan kepada Ayie. Dia suka cucur udang banjir. Garfu kuhulurkan padanya.

Mak menjawab "Makcik yang duduk sebelah Emilia tadi, masa solat raya". Piring lain berisi cucur udang kuserahkan kepada mak. Mangkuk kecil berisi kuah kacang kuletakkan di tepi piring tadi.

"Dia nak apa mak?", tanya Kimi menyicah cucur udang dengan sos cili saja. Katanya pelik makan dengan kuah kacang.

"Dia nak kenalkan Emilia dengan Ehsan, anak tunggal dia tu", balas mak.

"Tapi mak cakap Lia dah ada yang punya", tutur mak jelas dan padat. Aku perasan yang Ayie mengangkat kepalanya sebentar memandangku sebelum meneruskan aktiviti suapannya. Hati aku bergendang seperti hendak berperang.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now