Part 19

2.7K 247 0
                                    

" Alahai cantiknya anak eomma ni. " puji Pn. Park mengelus lembut pipi Hyo Mi. Hyo Mi sekadar tersenyum. " Appa setuju. Macam tak layak je Jimin ni dengan kamu. " gurau En. Park. " Appa! " rengek Jimin menghentak-hentak kaki. En. dan Pn. Park sekadar ketawa melihat gelagat anaknya.

" Dah, jom. Nanti kita lambat. " ujar En. Park lalu berjalan ke keretanya untuk menghidupkan enjin. Pn. Park sudah memboloskan diri terlebih dahulu sementara Hyo Mi masih menunggu Jimin membetulkan sutnya melalui pantulan cermin tingkap.

" Dah hensem dah Chim. " perli Hyo Mi. Jimin sekdar mencebik mendengar Hyo Mi memerlinya. " Jom. " ajak Jimin menarik tangan Hyo Mi untuk kereta. Pintu tempat duduk belakang dibuka untuk Hyo Mi. Setelah Hyo Mi masuk ke dalam kereta, baru Jimin masuk.

" Eomma...kita nak ke mana? " soal Hyo Mi memandangkan dari petang tadi Jimin tidak mahu menjawab soalannya. " Chim tak bagitahu? " tanya En. Park pelik. " Tak. Dia asyik senyum je. " balas Hyo Mi mengadu. " Kamu ni, Chim. Mesti Hyo Mi terpinga-pinga dari tadi. " marah Pn. Park.

Jimin sekadar tersengih. Hyo Mi menghadiahkan sebuah jelingan buat Jimin yang suka mempermainkannya. " Kita nak pergi majlis kawan appa. Anniversery kawan appa dan birthday isterinya. " balas Pn. Park menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Hyo Mi.

[ Ballroom Garden Great ]

Hyo Mi mengekori Jimin, En dan Pn. Park dari belakang. Sebenarnya dia rasa malu untuk menghadiri majlis sebegini jika mahu dibandingkan dengan tarafnya. Jimin yang perasan Hyo Mi berada di belakangnya mula menarik tangan Hyo Mi supaya berjalan di sisinya.

Tangan Hyo Mi digenggam lembut. Hyo Mi sekadar memandang Jimin. Jimin menghadiahkan senyuman. " Don't worry, dear. I'm here. " ujar Jimin cuba menyedapkan hati Hyo Mi. Hyo Mi tersenyum mendengarnya. Dia membalas genggaman tangan Jimin membuatkan senyuman Jimin semakin melebar.

Selepas mereka bertemu dengan tuan punya majlis, En. dan Pn. Park menyuruh Jimin membawa Hyo Mi mengambil makanan sementara mereka berbual dengan rakan mereka. " Jom sayang. Chim lapaaaaaaaaar sangat. " ujar Jimin mengusap perutnya. Hyo Mi menahan tawa melihat gelagat Jimin.

Mereka memilih meja setelah makanan diambil. En. dan Pn. Park menyertai mereka di meja setelah beberapa minit kemudian. " Boleh kami tumpang meja? " tanya satu suara. Kami semua mengangkat kepala. " yah! Seung Jo! " ujar En. Park. Mereka berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa. Ibu bapa mereka mula berbual rancak.

" Hai Jimin. "

Hyo Mi dan Jimin mengangkat kepala apabila mendengar satu suara manja yang menegur Jimin. Masing-masing terkedu apabila bersua muka. Hyo Mi segera menunduk memandang makanannya. Tidak sanggup menerima panahan mata tajam daripada Yoon Ha yang nyata tidak suka kehadirannya.

" Apa dia buat kat sini? " soal Yoon Ha pada Jimin. " Dan kenapa dia duduk dengan family you, Jimin? " tambah Yoon Ha lagi. Terpejam mata Hyo Mi mendengar soalan Yoon Ha. Jimin menggenggam tangan Hyo Mi di bawah meja menyalurkan semangat.

" Eh, ini siapa? Cantiknya dia. " tanya Pn. Han selaku eomma kepada Yoon Ha. " Ini? Anak saya. " balas Pn. Park tersenyum. " Cantik betul dia. Kalau saya ada anak lelaki, boleh la jodohkan. Hahahaha " gurau Pn. Han lalu ketawa. Pn. Park juga ketawa. " Eomma, Yoon lagi cantik daripada dia okay. " pintas Yoon Ha meluat.

" Ya sayang. Eomma tahu. " balas Pn. Han. Jimin pula memandang Hyo Mi yang nampak tidak selesa. " Jimin dah berpunya ke? " soal Pn. Han. " Dah hehe. " balas Jimin lalu tersengih. Genggaman tangannya dengan tangan Hyo Mi masih belum dilepaskan. " Nampaknya takde peluang la kita nak berbesan. " gurau Pn. Han dengan Pn. Park.

Kemudian mereka ketawa. " Ada peluang eomma. Belum tentu hubungan mereka kekal. " sampuk Yoon Ha tersenyum sinis. " Tapi yang pasti, mesti kekasih you lebih sempurna daripada perempuan sebelah you kan? " ujar Yoon Ha menyindir. " Dia dah cukup sempurna di mata I. " balas Jimin tenang sambil tersenyum.

Kemudian dia menoleh memandang Hyo Mi. Mereka saling berbalas renungan membuatkan Yoon Ha semakin panas hati. Mujur juga eomma mereka tidak dengar perbualan panas mereka. Jika tidak, tentu berlaku salah faham antara ibu bapa mereka pula.

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now