Part 17

2.7K 254 1
                                    

Hyo Mi mengemas barangnya setelah memberi ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran yang terakhir bagi sesi persekolahan pada hari ini. " Hyo Mi, aku nak tanya sikit boleh? " tegur satu suara. Hyo Mi mengangkat kepala memandang In Ha iaitu rakan sekelasnya. " Boleh. " balas Hyo Mi sopan.

" Kau dengan Jimin ada apa-apa ke? " soal In Ha. Sunmi yang berada di sebelah In Ha turut menanti jawapan Hyo Mi. Hyo Mi agak terkedu. Dia tidak tahu ingin membalas apa. Ini juga kali pertama mereka berdua menegur Hyo Mi. " Errrr...mmmm..." Hyo Mi teragak-agak. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberi jawapan yang sesuai.

" Takpe. Kami faham. " ujar In Ha. " By the way, kau orang memang nampak sepadan. Good luck ya. " puji Sunmi sebelum mereka berdua berjalan pergi. Hyo Mi mengukir senyuman nipis. Tidak menyangka ada juga rakan-rakannya yang menyokong dia dalam diam. Hyo Mi rasa bersyukur.

Setelah mengemas barang, dia berjalan ke lockernya untuk meletakkan buku yang tidak mahu dibawa pulang. Sebaik sahaja pintu locker dibuka, sekeping sticky notes tertampal di lockernya. Sticky notes itu diambil dan dibaca. Kemudian dia tersenyum nipis.

' Jangan lupa teman saya training. Kalau tak, awak kena pujuk saya macam pagi tadi. >< '

Hyo Mi melekatkan sticky notes tersebut di dalam buka catatannya dan kemudian pintu locker ditutup. Dia berjalan ke arah padang tempat Jimin berlatih. Langkahnya terhenti apabila dia teringat sesuatu. Kakinya melangkah ke kafeteria untuk membeli sesuatu.

Beberapa minit kemudian, sebuah plastik dijinjing lalu berjalan ke dewan bola keranjang. Dia menyerahkan jus sayur dan roti kepada Yoongi, Taehyung dan Hoseok yang berada di situ. Kemudian dia melangkah ke padang semula. " Hai kau orang. " sapa Hyo Mi mendekati rakan-rakan Jimin yang sedang duduk bersembang di tepi padang.

" Hai Hyo Mi! " sapa mereka kembali. Riak wajah mereka kelihatan amat teruja apabila melihat Hyo Mi menjinjing beg plastik. " Hyo Mi beli apa tuhhh..." tegur Jungkook sudah menggosok tangannya. Hyo Mi tergelak melihat reaksi Jungkook. " Jus sayur-sayuran dan roti. Jus ni bagus untuk tenaga. " ujar Hyo Mi.

Sementara menunggu Jimin berlatih, mereka berempat rancak bersembang. Perbualan mereka kadang-kadang diselangi dengan tawa apabila Jin membuat lawak hambarnya itu. Jimin sekadar memerhati dari jauh. Dia tersenyum melihat Hyo Mi ketawa dan gembira.

" Chim, kamu rehat 5 min jap. " arah Cikgu Jong. Jimin mengangguk laju lalu melangkah ke tempat Hyo Mi dan rakan-rakannya bersembang. " Hai sayang. " sapa Jimin. " Wuuuuuuu...." usik rakan-rakannya membuatkan Hyo Mi merah padam. Jimin mengambil tempat di sebelah Hyo Mi untuk menghilangkan lelah.

Hyo Mi mencapai botol air dari dalam beg sukan Jimin lalu diserahkan kepada Jimin. " Gomawo..." ucap Jimin lembut. Jimin meneguk airnya. Kemudian Hyo Mi mengeluarkan tisu dari begnya lalu peluh di dahi Jimin dilap. Jimin tersenyum melihat Hyo Mi yang pandai menjaganya.

" Ni yang makin sayang ni..." bisik Jimin perlahan. Bimbang rakan-rakannya mengusik mereka lagi. Hyo Mi menggigit bibir menahan malu. " Aigoo kyeopta. " puji Jimin lalu mengusap lembut kepala Hyo Mi. " Sembang dengan dia orang dulu...lepas Chim habis training, kita lepak kafe okay? " ujar Jimin. Hyo Mi mengangguk faham.

Jimin tersenyum lalu berjalan semula ke tengah padang untuk berlatih. Hyo Mi asyik sekali memerhati Jimin berlatih. Dia sendiri tidak menyangka yang dia dapat melihat dan menemani Jimin berlatih. Terasa lapang dadanya ketika ini.

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now