"Ish! Awak ni suka buat saya terkejut tau" marah Sharifah . Tapi tak marah mana pun .

Ayat entah apa apa labu ....

"Eleh, comel betul dia terkejut macam tu . Rasa nak angkat sayang bawa masuk bilik je sekarang" Bisik Hakimi lagi . Pelukan di pinggang Sharifah makin dia ketatkan .

Terbuntang mata Sharifah bila dengar apa yang Hakimi katakan .

"Tak senonoh betullah otak tu . Asyik nak fikir benda yang tak elok je"

"Tak apalah. Bukan dengan orang lain pun dengan sayang je . Sayang jom kita buat anak nak tak?"

Sharifah memukul bahu Hakimi. Geram pulak bila Hakimi asyik cakap benda yang tak senonoh je . Ni kalau Aiman dengar macam mana?

"Sana lah, pergi buat anak sorang sorang . Awak tak nampak ke, yang saya tengah buat apa ni"

"Macam mana pulak nak buat sorang sorang?"

"Ibu" panggil Aiman tiba tiba .

Sharifah bersyukur bila Aiman datang menyelamatkan dirinya daripada Hakimi . Kalau tak dengan dia dia sekali terpengaruh dengan otak kotor Hakimi tu .

"Ye sayang" Sharifah menolak perlahan tubuh Hakimi .

Hakimi pasrah bila Aiman tiba tiba mengacaunya dengan Sharifah . Baru nak rancang bagi Aiman adik .

"Ibu lambat lagi ke nak siap masak? Aiman lapar lah" kata Aiman . Tangannya mengosok gosok perutnya tanda lapar .

Sharifah tersenyum . Rambut Aiman di usap perlahan .

"Ibu tengah masak lah ni sayang . Kejap lagi siap lah . Tapi sayang boleh tolong ibu tak?"

"Tolong apa ibu?"

"Tolong bawa papa Aiman tu main jauh jauh . Papa Aiman tu asyik kacau ibu je nak masak"

"Okay ibu"

Aiman menuju ke arah papanya yang sedang bersandar di kabinet dapur . Tangan papanya di tarik .

"Jom papa, teman Aiman main dekat depan . Papa tak di benarkan duduk dekat dapur . Sebab papa asyik kacau ibu je nak masak" ujar Aiman .

Hakimi melepaskan nafas panjang . Matanya memandang Sharifah yang sedang memeluk tubuh itu . Terdapat senyuman sinis di bibir merah itu .

"Tak apa sayang, kali ni sayang menang . Sayang tunggu malam nanti . Abang buat sampai sayang tak boleh nak bangun . Tunggu lah"

Sharifah mengangkat keningnya dan bibirnya di cebik kan .

"Tak kesah pun . Werkk"

Sharifah menjelirkan lidahnya pada Hakimi .

***

"Mummy .. mummy" Melina mengerakkan sedikit tubuh mummy nya yang sedang lena itu .

Merissa membuka sedikit matanya bila terasa dirinya di ganggu . Bibirnya mengukirkan senyuman bila wajah Melina menyapa pandangannya .

"Ye sayang" ujar Merissa perlahan . Dia cuba bangun untuk duduk . Tiba tiba terasa ada satu tangan di belakang tubuhnya untuk membantunya bangun .

"Terima kasih" ucap Merissa .

Danial tersenyum dan mengangguk perlahan . Sesekali tangannya mengurut perlahan belakang tubuh Merissa .

"Pizza cheese sayang abang dah beli. Sayang nak makan sekarang?" tanya Danial .

Merissa mengangguk laju .

"Sayang tunggu kejap eh"

Sementara menunggu Danial bawakan Pizza, Merissa mengelus wajah Melina dari tadi memandangnya tidak lepas .

"Kenapa Mel pandang mummy macam tu?"

"Kenapa muka mummy nampak macam hantu?"

Soalan Melina mengundang tawa Merissa .

"Macam hantu? Muka mummy buruk sangat ke?"

Melina mengangguk laju .

"Muka mummy macam ni mungkin mummy terlalu penat kut"

Merissa membelai rambut keperangan Melina yang parah dada itu .

"Kesian mummy . Mungkin mummy penat sebab bawa adik adik Mel kan?" Kata Melina . Tangan kecilnya dibawakan ke perut Merissa dan di usap perlahan .

"Ye sayang . Mana abang abang Mel?"

"Abang Danny dengan abang Danish ada dekat rumah . Diaorang tak nak ikut sebab nak duduk dengan opah"

"Sayang nah Pizza yang sayang nak" Sampuk Danial tiba tiba . Di tangannya ada sekotak Pizza yang bersaiz besar .

"Terima kasih . Mel nak?"

Melina mengangguk dan tersenyum lebar terukir di bibir .

"Abang tolong angkat Mel letak kat sebelah Rissa" pinta Merissa .

Danial mengangkat tubuh kecil Melina dan di letakkan di sebelah Merissa . Muka Melina nampak sangat teruja bila dapat duduk di sebelah mummy nya .

"Abang nak?" tanya Merissa pada Danial bila nampak Danial hanya berdiri memandangnya bersama Melina .

"Tak apa . Sayang makan lah" Danial tersenyum . Dia duduk di kerusi yang terdapat di sisi katil Merissa .

Sesekali dia rasa serba salah bila tengok wajah Merissa yang terlalu pucat itu . Tengok sahaja bibir Merissa yang pecah pecah itu lagi membuat dia rasa serba salah .

Tiba tiba dia teringatkan pengorbanan yang Merissa pernah buat untuknya . Terlalu banyak, sampaikan dia tak mampu kira .

Lagi lagi bila teringatkan kisah silam nya yang mana dia merampas barang paling berharga milik Merissa . Dan dia juga yang meninggalkan Merissa seorang diri semasa Merissa mengandungkan Danny . Di sebabkan dia juga Merissa pernah di buang keluarga

***
1103 words
Vote and comment. Thanks!

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now