"Lia rasa kita kena balik hari ni juga. Kalau esok, nanti Lia kurang sehari berpuasa dengan mak. Dah rugi".
"Habis, Ayie macam mana?"
"Macam mana apa?", Lia kelihatan keliru.
"My nights will be lonely without you", bisikku sambil menjilat cupingnya.
"Heiii... apa ni? Public la sayang. Kan puasa", Lia ketawa besar sambil mencubit lenganku.
"Ala... lately ni kan every night kita bersama. Lagipun, Lia dah mula cuti ni".
Aku pura pura kecewa.

"Lia, pinjam telefon kejap".
"Nak buat apa?", tanyanya pelik. Aku mula curiga bila dia terus memeriksa notifikasi.
"Ayie nak tengok Ig company", jelasku sambil mengambil telefon dari tangannya. Kami hanya berehat dalam kereta sementara menunggu waktu berbuka. Tempat duduk di rnr penuh, jadi aku dan Lia hanya membeli makanan ringkas dan kembali ke kereta. Aku tak kesah di mana pun berbuka, asalkan dengan Lia.

Berderet gambar terpapar di skrin, terbaru gambar berbuka puasa semalam, yang sebelum sebelum ni pun ada. Siapalah yang jaga akaun ig ni, banyak sangat gambar aku. Paling terbaru, gambar aku mengesat kotoran di bibir Lia dan sebelah tanganku memegang bahunya dengan caption 'sweet loving couple- our AM Hasri'. Banyak lagi gambar aku dengan Lia. Dia ni mesti tak suka Anis. Saja bagi Anis hangat hati.

******

Emilia

"Lia tidur sini dulu malam ni. Ayie balik la rumah mak. Esok Lia.."

"Ayie nak tidur sini sekali", celah Ayie sebelum aku sempat menghabiskan ayat. Berusaha untuk masuk ke dalam bilik hotel murah di pekan, tempat aku menginap untuk malam ni. Takkanlah nak balik sekereta dengan Ayie sekali lagi, malam malam begini. Aku menghalang jadinya tubuh kami bersentuhan.

"Lia...", Ayie seolah merayu, hidungnya digesel ke dahiku.
"Ayie nak kena tangkap basah? Ni hotel tak de bintang tau", ugutku.
"So?"
"Nak kawin dengan Lia?", soalku.
Ayie terdiam, merenungku seolah tak berpuas hati, " Ok. Ayie balik dulu, nanti lama pula mak tunggu".

Terasa sunyi dan takut pula tidur seorang dalam hotel murah gini. Padahal dulu, bilik yang aku sewa lagi teruk dari ni. Mungkin sebab bunyi orang lalu lalang diluar, buat aku teringat peristiwa lama.

Esoknya, aku tiba di rumah mak hampir tengah hari. Sempatlah membeli serba sedikit bahan untuk dimasak berbuka nanti. Mak sedang berbual dengan Ayie di bawah rumah. Meleret senyum Ayie saat aku turun dari teksi. Mak memang dah siap berjalan ke arah teksi yang berhenti. Mak memeluk aku erat, siap menangis kerinduan. Ayie membiarkan aku dan mak bersembang manakala dia masuk ke dalam bilik Kimi. Hanya kami bertiga dirumah. Yang lain hanya akan balik petang raya. Bukan main lagi mak kesukaan bila aku memberi baju kurung yang dibeli di bazar raya.

"Emilia penat kan. Pergi masuk rehat dulu. Tapi mak belum kemas bilik Suhaila tu. Apa pun mak belum buat untuk raya ni. Dah seorang diri, hilang semangat nak beraya", ujar mak pilu.

"Takpe.. nanti Emilia buatkan". Aku mengangkat beg ke bilik Suhaila. Memang berhabuk pun tingkat atas. Kesian mak, dah tua tinggal seorang. Mana nak larat buat semua ni. Aku mengikat rambut dan menyanggul tinggi. Kain aku lucutkan. Hanya tinggal baju kurung. Lengan baju kulipat ke paras siku. Aku turun ambil penyapu, kain buruk, baldi berisi air dan pencuci lantai serta mop.
Langsir  dan sarung kusyen kerusi kayu di ruang tamu atas, aku buka untuk dibasuh. Pintu bilik cikgu dikunci, agaknya cikgu tak mahu ada sesiapa masuk walaupun dia tak tinggal di situ. Pintu bilik kakngah terbuka, langsir pintu kuselak, aku masuk nak mengemas, Ayie berbaring seolah tidur, bila pula dia ada kat sini. Tadi kan masuk bilik Kimi.

"Lia.." namaku dipanggil saat aku ingin berundur. Aku menoleh.

"Sini la..", dia mengisyaratkan supaya baring disebelahnya. Aku menggeleng, "nak kemas rumah la".

"La... kat sini rupanya. Puas mak cari kat bawah". Mak hanya naik separuh tangga apabila melihat aku melipat langsir, cadar, kusyen yang perlu dihantar ke kedai dobi untuk dicuci sementara Ayie menyapu sawang.

"Mak cari siapa?", tanyaku.
"Cari Ayie. Nak minta belikan kelapa parut nanti, nak buat kuih".
"Ok mak", jawab Ayie.
Selesai berkemas, memasang langsir, kusyen dan cadar yang bersih, kami keletihan. Ayie menarik aku ke dalam pelukannya.
"Sayang, panas la. Rimas".
"Buka la baju kalau panas, macam Ayie"
"Eii gatal. Tak kuasa nak melayan", aku bangun dan masuk ke bilik mengambil tuala sebelum ke bilik air untuk mandi.

"Amboi Ayie, berselera benar makan", tegur mak bila Ayie menambah nasi.
"Sedap mak. Lia masak lauk favourite Ayie", jawab Hasri.
Mak memandang aku, "Emilia tau lauk kegemaran Ayie?".
Aku dah sesak nafas, "ermmm... masak je tadi. Ikut ilham masa tu. Mak pun tak cakapkan nak masak apa ayam yang Emilia beli tu".
Mak mengangguk, menyuap buah melaka ke dalam mulutnya.

"Lia, mintak mangkuk air basuh tangan tu"
"Lia, nanti buatkan kopi macam biasa"
pinta Ayie tanpa rasa bersalah. Tak tertelan buah melaka ni di tekak aku bila mak memandang kami berdua silih berganti. Dia ni, dah kenapa???

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now