Lokasi kami melepak tak jauh pun dari kondo, boleh berjalan kaki. Aku toleh ke belakang dengan harapan dia akan berlari mengejarku tapi hampa. Emilia masih di situ. Aku biarkan dia bersendirian.

******

Emilia

"Kak, tiket ke Nilai ada?"
"Takde dik. Kalau kajang atau seremban ada la".
"Kalau saya beli tu, macam mana saya nak ke Nilai ye?"
"Hurm... akak pun tak pasti la. Ada komuter rasanya".
"Saya beli ke Kajang la. Untuk seorang".
"Bila?"
"Hari ni"
"Cepat dik. Lagi 10 minit bas nak jalan"

Semak perut aku sepanjang perjalanan. Aku tutup telefon. Aku tak bagitau Ayie pun. Aku tau Ayie sibuk hari ni, malam tadi tiba tiba dia mendapat emel ada mesyuarat tergempar hari ni. Lanjutan dari tu, aku tidur kesejukan sedang Ayie menghadap komputer - buat kerja. Ayie awal ke pejabat pagi ni untuk menyiapkan bahan pembentangan dalam mesyuarat.

-kimi, free tak?

-whats up my honey bunny?😍

-i'm on my way to kajang. I am in the bus. Could you pick me up?

-the hell!! Baru nak bagitau. Pukul berapa?

-lagi setengah jam sampai

-hold it!!  Are you nut? Semalam tak cakap. Kau ni

- last minutes decision. My bad baby

-bad my ass. Mujur bos dah keluar meeting. Tunggu kalau aku lambat

-luv u much baby😘

-time ni la baru nak kiss kiss. Bongok la kau

Aku tertawa gelihati... Kimi, sekarang tinggal di rumah along. Yer.. rumah aku tumpang dulu. Kerja di Bangi. Rasanya tak jauh pejabat Kimi dan stesen bas ni.

Aku leka membelek fb cerita tentang keputusan SPM tiba tiba ada kereta berhenti depan aku dan hon dengan kuat. Kimi melambai.

"Hantu kau. Sibbaik aku tak melatah", seranahku sebaik naik kereta.
"Kau mesej sapa, leka sangat"
"Mana der. Baca berita pasal result SPM la"
"Kau makin seksi kan sekarang ni". Aku menjeling padanya- puji ke perli?
"Mana ada. Biasa je"
"Dulu badan kau mana ada curvy macam ni. Sekarang dengan kebaya kau ni, ramai yang nangih sebab tak tackle kau dulu. Silap silap along pun keras tengok kau"
"Woiii... cakap la elok elok", bahunya kutumbuk.

"Kau dah ready nak jumpa along? Berdua?" Aku diam. Tak nak layan.
"Bukan kau mat motor ke? Kenapa bawa kereta ni pula?". Aku ubah topik.
"Pasal eksiden hari tu la. Mak bebel tiap hari. Sudahnya kak ngah berikan aku kereta lama dia".
"Untung ada adik beradik"
"Kau pun untung ada Ayie"
"Part tu aku tak pasti, sapa yang untung", gumamku.
"Kau ada orang yang jaga kau, sayang kau..."
"Sayang?? Aku ni mistress dia je la. Lisa tu yang dia sayang".
"Dia sayang la.. "
"He never say it", gumamku.

"Aku hantar je tau, kena masuk opis balik ni", kata Kimi membelok masuk ke simpang sekolah.
"Tak pe. Ni pun dah ok sangat. Nak balik nanti aku fikirlah macam mana"
"Kau tidur sini ke balik Penang?"
"Not sure. Thanks Kimi"
Aku keluar dari perut Satria Gti milik kakngah yang sekarang menjadi kepunyaan Kimi.

Aku melangkah masuk ke sekolah dengan penuh debaran. Sempat aku periksa keadaan rambut, mekapku yang ringkas (ye, aku dah pandai mekap sebab Ayie hantar aku ke kelas grooming, macam macam aku belajar tentang penampilan diri), baju. Ok, sekadarnya. Jap... swafoto dan muatnaik ke ig.

Keadaan sekolah dah tenang sebab aku sampai pun dah lewat. Ramai dah balik cuma tinggal beberapa pelajar cemerlang yang ada sesi bergambar dan temubual dengan pihak redaksi sekolah. Aku nampak Cikgu Adnan masih duduk di meja di tengah tengah dataran perhimpunan dan ada fail di atas meja tersebut. Aku pergi padanya dan memberi salam. Dia agak terkejut memandangku lalu bertanya, "Nama" sambil membuka fail berisi slip keputusan.

"Emilia binti Abdullah"
Cikgu Adnan mengangkat muka dan merenungku lama, lain sangat ke rupa aku sekarang? Kemudian dia menyelak satu persatu slip memeriksa namaku sambil bertanya.
"Buat apa sekarang?"
"Kerja, cikgu"
"Di mana?"
"Kampung. Saya balik kampung".
"Ni slip awak. Tahniah".
"Terima kasih cikgu". Aku berdiri tercegat memandang slip itu. Tak percaya aku lulus semua matapelajaran, walaupun tak berapa cemerlang.

Satu persatu cikgu yang pernah mengajarku, aku jumpa dan mengucapkan terima kasih. Haa.. ustaz. Aku nampak kelibat ustaz berjalan ke arah kantin. Aku berjalan laju, ye la takkan nak berlari dengan tumit tinggi dalam kawasan sekolah. Ala... ustaz dah masuk bilik makan guru. Redah la, sekejap je. Aku mengetuk pintu dan memberi salam.

Aku nampak ustaz sedang duduk bersama Cikgu Sal dan seorang guru lelaki lain. Cikgu Sal tersenyum melambai aku. Dia memeluk aku sebaik aku berdiri di sebelahnya, "Emilia kan?Cikgu rindu awak. Anak cikgu pun selalu cakap rindu kakak. Tidur rumah cikgu malam ni ye", ujarnya. Aku serba salah, nak tanya suaminya ada ke tak.
"Insya Allah", balasku mencium tangannya dan mengucapkan terima kasih pada Cikgu Sal dan ustaz atas jasa mereka.

"Dengan kami boleh la sekadar terima kasih. Dengan suami, hadiah apa nak bagi? Mengajar kamu siang malam", tanya ustaz. Aku tergamam...
Cikgu Sal memandang aku dan ustaz, "suami? Emilia dah kawin?"
"Allah. Maafkan ustaz Cikgu Hilmi, Emilia.. lupa pula ni rahsia". Cikgu Hilmi baru tiba, meletakkan pinggan berisi nasi dan lauk pauk.

"Emilia, duduk. Join kami", arah Cikgu Hilmi. Aku duduk di tempat yang dikosongkan oleh cikgu lelaki tadi, cikgu baru.
"I tak tau pun you both dah kawin", luah Cikgu Sal.
"Semua ni tak dirancang. Ustaz cadangkan idea ni sebab I nak duduk serumah dengan Emilia", jelas Cikgu Hilmi makin segak, bahagia la tu. Hari ni baru aku boleh belek betul muka dia tanpa gangguan Ayu.
"Kan elok stay dengan I, kenapa you ambil dia duduk dengan you?", Cikgu Sal tak puas hati. Cikgu Hilmi mengeluh, aku tau dia enggan bercerita hal sebenarnya.

"Tak pe la. Benda dah jadi. Tujuannya pun dah nyata, objektif dah tercapai. Kami pun dah berpisah".
Ustaz terkejut, "dah cerai? Bila?"
"Dah habis eddah pun ustaz. Saya pun dah menikah baru. Isteri saya dah mengandung", jelas Cikgu Hilmi tersenyum simpul, telinga aku sakit tiba tiba.

******

Hilmi

Ustaz menggelengkan kepala. Aku tau dia menyesal. Dia mengharapkan aku menyelamatkan dan mendidik Emilia, aku gagal. Aku pula yang hanyut dalam dakapan Ayu masa tu.

Hari ni, Emilia memang cantik. Sayangnya dia bukan milikku lagi. Sakit dada aku mengenangkannya. Aku nampak tadi Hakimi menghantarnya di luar sekolah. Aku berdiri di koridor pejabat. Cara Emilia berjalan dalam busana kebaya hijau emeraldnya, sangat mempesonakan. Berbeza sungguh dengan masa sekolah. Pelajar lain yang datang pun tak membawa aura yang sama sepertinya walaupun bergaya dan berbusana jenama mahal.

"Emilia nak balik kampung malam ni?", soalku selepas kami keluar dari kantin, berjalan beriringan.
"Belum pasti lagi", jawabnya ringkas.
"Ni nak pergi mana?"
"Tunggu bas dan ke bandar kot", balasnya tersenyum dibibir pinknya.

"Jom naik sekali", pelawaku bila melintasi keretaku sebelum sampai ke pagar sekolah. Memang ada kerja lain nak dibuat tapi nak dapat peluang keemasan untuk berdua dengan Emilia,  tak boleh dilepaskan. Tadi dah kecewa juga, ingatkan dia tak datang.

Honda City baruku meluncur di atas jalan raya, "hows life now?"
"Ok. Better. And thanks cikgu, result saya cantik". Cikgu? Bukan abah lagi?
"Baguslah. Result cantik, Emilia pun cantik", pujiku.
Emilia tersenyum. Aku mencapai tangannya dan mengucup, Emilia menarik tangannya. Aku tau dia terkejut. "Sorry. Tu spontan. Saya tak niat pun".
"Cikgu boleh turunkan saya di depan tu", katanya dingin.

"Emilia, tak ingat masa kita bersama dulu? Tak nak ulangi rasa tu?", bisikku memegang pahanya. Aku cuba menggodanya.
"Cikgu!! Saya tak nak. Itu memori pahit saya. Tolong turunkan saya", jerit Emilia.
Aku sakit hati bila teringat dia dan Kimi berbual mesra, bertepuk tampar depan aku dulu. Belakang aku mungkin lebih lagi. Kelajuan kereta aku tambah.

" Cikgu, jangan curang pada kak Ayu sebagaimana cikgu curang pada saya dulu. Tolonglah, dia mengandung. Kesiankan dia".

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now