Bab 4: Minggu Pertama Ujian Kenaikan Pangkat! Bahagian 1!

1.8K 74 3
                                    

~~~ Replying to Reviews! ~~~

Ziyuu-chan 145 (1-6-2018, Bab 3)
Scene Kaizo dan Fang sikit sahaja? Author masih cuba bermain – main dengan characters. Mungkin di lain – lain chapter lebih banyak scene brotherly!
Tahniah...ada banyak makna tu...hehehe!
Fang tak ambil ujian kenaikan pangkat sebab dia sudah lulus ujian kenaikan pangkat yang lepas tetapi kenaikan pangkatnya ditahan untuk sebab – sebab tertentu.
Thank you sebab menjadi pembaca dan reviewer yang setia!

Guest / Rian Iz (1-6-2018, Bab 3)
Kaizo sememangnya suka manjakan adiknya, cuba dengan gaya yang tersendiri!
Dalam fanfic ni, Koko Ci dan Tarung memang kenalan rapat keluarga Kaizo dan Fang.
Kejadian apa, yeah?
Terima kasih diucapkan sebab sudi membaca dan menghantar review!

user22485037
Syukur ada yang suka baca fanfic ini! Terima kasih atas sokongan!

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~

Suasana di Colosseum Headquarters TAPOPS sangat meriah pada pagi Majlis Perasmian Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS ke-250 tahun 5000. Anggota - anggota TAPOPS yang tidak menduduki ujian kenaikan pangkat memenuhi ruangan penonton, hadir untuk memberi sokongan kepada rakan - rakan seperjuangan. Mereka semua sedang menunggu majlis perasmian bermula.

Lans Koperal Yaya dan Ying telah ditugaskan untuk melindungi dan mengiringi wakil - wakil daripada penaja utama organisasi TAPOPS bersama dengan Marsyal Kadara, Laksamana Tarung, Kapten Kaizo dan dua orang Leftenan daripada stesen TAPOPS lain yang mereka tidak kenali. Mereka semua berada di port kapal angkasa headquarters TAPOPS, menunggu kedatangan wakil - wakil tersebut. Marsyal Kadara, Laksamana Tarung dan Komander Koko Ci berdiri di hadapan; Marsyal Kadara di tengah, Laksamana Tarung berdiri di sebelah kanannya manakala Komander Koko Ci berada di sebelah kirinya. Di belakang mereka pula adalah Yaya, Ying dan dua orang Leftenan tersebut.

Sebuah kapal angkasa seperti kapal angkasa yang dipandu Koko Ci tiba di port dan berhenti di hadapan mereka. Main hatch kapal angkasa tersebut dibuka dan sebuah landasan turun ke lantai port. Wakil penaja-penaja utama TAPOPS hadir bersama pengiring, pembantu dan pengawal peribadi sendiri.

Ratu Felira daripada Planet Ao hadir dengan Lady Marla dan enam orang pengawal peribadi dan enam orang dayang istana. Ratu Felira mempunyai sepasang mata berwarna merah terang dan berambut ungu gelap yang digayakan secara fukiwa. Di atas kepalanya pula adalah bunkin takashimada yang sesuai untuk seorang ratu. Baginda mengenakan persalinan junihitoe berwarna tema ungu, biru dan merah. Lady Marla pula berambut merah digayakan kemas dengan beberapa kanzashi berbentuk bunga. Dia pula berpakaian kimono berwarna hitam yang bercorakkan bunga berwarna merah dan kuning. Semua dayang istana berpakaian kimono kelabu bercorak bunga - bungaan. Rambut mereka digayakan kemas dan dihiasi ogi-bira kanzashi perak. Semua pengawal peribadi berpakaian perisai berwarna kelabu dan bercorak alun berwarna merah gelap. Mereka semua memakai topeng kuasa dan berpedang.

Raja Lanta daripada Planet Mermadia hadir bersama enam orang pengawal enam dan enam orang dayang istana. Raja Lanta berpakaian seperti Raja negara Eropah dan mempunyai sebilah pedang yang mempunyai berlian ditatah di pemegangnya.

Raja Growl daripada Planet Feline diiringi empat orang pengawal peribadi dan empat orang dayang istana. Raja Growl adalah alien humanoid yang menyerupai harimau. Baginda berambut soldier cut berwarna hitam dan matanya berwarna kuning. Badannya mempunyai corak harimau. Badannya berwarna putih dan corak harimaunya berwarna maroon. Seperti Raja Lanta, baginda juga berpakaian seperti Raja negara Eropah.

Ratu Jasmine daripada Planet Floria diiringi enam orang pengawal peribadi dan empat orang dayang istana. Baginda berambut hitam bob cut dan matanya berwarna coklat gelap. Baginda memakai ballgown satin berwarna hijau gelap dan dihiasi dengan lace putih bercorak floral.

Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS!Where stories live. Discover now