Bab 3: Fang Dalam Bahaya!

2.2K 82 21
                                    

~~~ Replying to Reviews! ~~~
yeahitsmeFANGirl (12-26-2017, Bab 1)
Yes, this is a chaptered fic, but I plan to turn this into series!
The reason why Fang's promotion is withheld will be revealed in later chapters, haaa, this is exciting!
Your question about many authors from Malaysia implying friendship / bromance between Fang and Boboiboy...well actually I'm not so sure myself! To me, they are best friends and rivals at the same time, which makes their friendship a little bit different compared to their other friendships.
Hopefully I can portray them how I envisioned them to be.
Thanks so much for your review!

Ziyuu-chan 145 (12-27-2017, Bab 1)
Hello, terima kasih atas review anda! Untuk fanfic ni, aku cuba untuk menceritakan hubungan Fang sebagai adik yang cuba untuk berdikari namun masih mencari perhatian abangnya dan Kaizo sebagai abang yang tegas dan pada masa yang sama agak protective dan melindungi Fang dengan cara yang tersendiri. Jadi part brotherly akan ada, cuma aku akan cuba sesuaikan dengan perwatakan mereka yang aku fikirkan. Sudah tentu, aku akan cuba untuk tidak jadikan mana - mana karakter OOC.

Ziyuu-chan 145 (1-1-2018, Bab 2)
Haiyaa, mana boleh bagitau masalah apa maa!Mana seronok!

Guest / Rian Iz (1-2-2018, Bab 2)
Silakan meneka...namun author ini tidak akan beritahu apa - apa. Hahaha!Teruskan membaca!

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~

Misi pemindahan tiga belas power sphera ke bilik kebal utama power sphera di HQ TAPOPS telah laksanakan dengan sempurna. Kesemua power sphera yang dipindahkan tidak putus - putus mengucapkan terima kasih kepada Boboiboy dan rakan - rakannya kerana menyelamatkan mereka dan menempatkan mereka di tempat yang selamat.

Kaizo sempat bertanya kepada ImpiBot buat kali terakhir, sama ada power sphera itu masih mahu mengikut mereka pulang ke stesen TAPOPS atau tidak. ImpiBot tidak berganjak dari keputusannya untuk kekal bersama Boboiboy.

Perjalanan pulang ke stesen TAPOPS juga aman sahaja, tiada serangan daripada mana - mana musuh.

Sekembalinya mereka ke stesen TAPOPS, mereka semua pergi berjumpa Komander Koko Ci untuk melaporkan kejayaan dan maklumat misi. Komander Koko Ci memaklumkan Fang tentang arahan daripada Laksamana Tarung. Fang adalah salah seorang daripada anggota TAPOPS tahap pangkat C yang diarahkan untuk memberikan latihan tempur pada anggota TAPOPS tahap pangkat D. Fang mengesyaki hal ini berkaitan dengan penahanan kenaikan pangkatnya, namun dia tidak berkata apa dan menerima arahan tersebut dengan sukarela.

Kaizo dan Lahap pula telah menerima misi yang seterusnya dan dijadualkan untuk bertolak sebaik sahaja kapal angkasa Masquerade bersedia untuk misi seterusnya.

Boboiboy, Yaya, Gopal dan Ying diberikan cuti selama sehari untuk mereka berehat.

Ochobot dan ImpiBot pula akhirnya bertemua secara berhadapan. Kedua - dua power sphera itu seronok berborak. Ochobot bercerita mengenai kehidupan sehariannya bersama Boboiboy dan Tok Aba, manakala ImpiBot bercerita mengenai kisahnya menyembunyikan diri daripada kuasa - kuasa jahat yang memburu power sphera.

Boboiboy dan Gopal masih berada di bilik kawalan bersama Komander Koko Ci setelah yang lain - lain meninggalkan bilik kawalan. Kemudian, mereka menyatakan hasrat mereka untuk menduduki ujian kenaikan pangkat TAPOPS. Terlebih dahulu, Komander Koko Ci membacakan proses ujian serta peraturan - peraturan yang perlu diikuti. Usai hal - hal tersebut, Komander Koko Ci meminta mereka mengisi permohonan untuk menduduki ujian itu di komputer bilik kawalan. Nama Boboiboy dan Gopal ditarik daripada senarai anggota TAPOPS aktif bagi memberi ruang kepada mereka untuk berlatih.

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~

Keesokkan harinya, Boboiboy, Gopal dan Ochobot berada di kafeteria stesen TAPOPS sewaktu masa sarapan pagi. Tray makanan Boboiboy dan Gopal masih mempunyai banyak makanan, air minuman mereka pula sudah diminum hampir separuh. Mereka sedang menunggu kedatangan Yaya, Ying dan ImpiBot, yang terlewat kerana jogging pagi.

Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS!Where stories live. Discover now