*******

Hasri @ Ayie

"Along, tau tak kampung Emilia kat mana?", tanya Suhaila ketika kami beramai ramai menonton The Insidious, di Astro.
Along mengelengkan kepala, Ayu yang dok peluk lengan Along menyoal, "kenapa tanya along pasal kampung Emilia?".
Ringan je mulut aku nak jawab, nanti bocor semua rahsia pula. Mau juga mak masuk hospital.
"Kaklong tak tau ke, Emilia tu student along", jawab Suhaila tanpa berselindung. Riak wajah Ayu berubah.

Lisa pun mengendeng je kat aku bila kat rumah mak. Penatlah layan perempuan ni. Asyik nak melekap je. Manja sangat. Masa honeymoon, aku kena palau. Langsung tak dipedulinya. Esok hari terakhir cuti aku. No... bukan cuti. Lebih kepada rehat sebelum menyertai syarikat baru di Penang. Lisa tetap di sini, tak mahu mengikut aku. Katanya kerja dia kerja kerajaan, nak minta tukar susah. Aku ni kerja swasta, bila bila pun boleh pergi mana mana tempat yang menawarkan gaji dan keistimewaan lebih menarik. Lagipun, mak dia ada di sini. Yelah, alasan je tu. Macam aku tak tau, dia tak nak tinggalkan skandalnya di sini.

"Along, cuba call Emilia. Dah lama mak cuba, tak dapat dapat. Risau la mak". Mak akhirnya bersuara, ada air di sudut matanya.

Aku menyeluk poket dan terus mencari namanya di Contact.. tekan dan "nombor yang anda hubungi tiada dalam perkhidmatan", walaupun mak suruh along.

"Mak tak tanya Kimi? Diorang kan rapat", akhirnya along bersuara.

"Tak tau juga. Dah tanya Kimi dah", keluh mak.

Mana dia pergi ni? Hatiku hiba melihat mak melangkah lemah ke bilik.

******

Emilia

"Adik, you duduk situ ke?", tanya pekerja restoran yang menghantar pinggan kotor padaku. Aku mengangguk. Rambut depanku terjuntai, mengganggu pandangan kutiup agak naik ke atas. Nak tolak dengan tangan, tak boleh sebab penuh bersabun.

"You pindah la adik", katanya mencangkung disebelahku. Bau pahit macha ni, berapa hari tak cuci baju ni ke bau peluh dia?

"Kenapa? Ok la bilik situ. Murah".
"Situ tempat perempuan tak baik".
"Ha?? Tak faham"
"Aiyo... situ tempat orang jual orang la. You tak pernah kena kacau?
"Tak. Sapa mau ini rupa anney?", aku ketawa dan meneruskan kerja.

Malam tu, aku lagi penat. Hari ketiga aku datang bulan. Biasalah perempuan dan datang bulan, memang lemau satu badan. Datang bulanku banyak membuatkan aku lesu tapi tempohnya pendek. Malam ni aku tak nak makan nasi kandar lagi, terasa nak makan tomyam. Nak yang pedas dan masam.

"Bang... bungkus tomyam seafood satu, kaw ", aku membuat pesanan dan menunggu tomyam. Termenung mengenangkan nasib aku. Baru kerja tak sampai seminggu kat restoran ni, dah sakit satu badan. Susahnya nak cari duit. Lusa sekolah bermula, abah dapat mengajar sekolah mana agaknya? Sama dengan isterinya kot atau masih di sekolah lama. Teringat pula kat mak. Dah lama tak call mak, sejak kredit dah habis. Lagipun aku tak nak sedih sangat. Kalau bercakap dengan mak, mesti spoil mood aku. Tapi aku rindu mak. Aku rindu ibu, kat mana dia sekarang?

"Kurang ajar betul budak ni" kata seorang lelaki yang tak kukenali merentap tangan aku ketika mendekati pintu rumah tumpangan. Aku tak pernah layan tegurannya. Memang selalu dia tegur aku, setiap kali aku balik kerja. Dia seolah olah menunggu aku lalu di situ.

"Tauke, ni budak berapa? Saya mau dia", tanganku direntap kuat. Tindakan spontanku, plastik berisi bungkusan tomyam kuhayun ke mukanya. Pecah... dia menjerit, tanganku dilepasnya. Nak tunggu lagi?? Baik aku lari masuk bilik.

"Aduhh... laparnya", perut aku berbunyi. Aku teguk air kosong, memang ada termos dan botol besar di tengah tengah rumah ni. Aku memang ambil di situ je. Percuma. Nak keluar dah tak berani. Takut lelaki tadi ada lagi.

"Emi.. bukak pintu ni", mesti kak Lily bilik sebelah.
"Nah roti kacang merah. Lapar kan?". Aku mengangguk, memeluknya dan terus menangis.
"Terima kasih kak".
"Ni je akak dapat bagi. Nak belikan tomyam, tak dapat la".
"Eh.. tak pe. Ni pun dah cukup".
"Makan ye. Ada customer tunggu akak. Lambat nanti dia marah sebab bayar ikut jam".

Aku dah lali dengan bunyi bunyi dari bilik sekelilingku. Dari duduk Blok A, itulah bunyi setiap hari dan malam.

"Adik, semalam saya dengar adik sudah pukul itu jantan", cucianku terhenti. Cepat betul cerita ni tersebar.

"Bukan pukul anney, saya terkejut jadi saya terhayun tomyam kat kepala dia". Anney gelak terkekeh kekeh.

"Melecur tau itu orang. You baik baik, itu orang jahat. Suka budak muda macam adik. Baik cari bilik lain la adik. Nanti dia kidnap lepas tu jual sama you", nasihatnya. Aduh anney... jangan la cakap macam ni.

Malam tu, setelah kenyang makan mee goreng baru aku balik. Eh.. singgah kedai kejap, nak ganti roti kak lily semalam.

Alahai... jantan keparat semalam ada kat depan pintu, merenung aku tajam. Macam nak ditelan aku ni.

"Aku nak kau malam ni", sewaktu aku lalu didepannya.
"Saya tak layan sesiapa. Saya tidur je di sini",  aku terus melangkah masuk.
"Kalau kau ada di sini, kau sebahagian dari perempuan perempuan ni".
"Saya bayar sewa bilik. Saya kerja kat restoran depan tu. Pergi cari perempuan lain".
"Tapi aku nak kau". Dia mengekoriku sehingga ke depan bilik.
"Maaf.. tolong hormati saya". Aku terus menutup pintu bilik.
"Hei.. perempuan macam kau ni, tak payah hormat. Buat penyedap batang je". Pintu bilik aku ditendang kuat.
Aku malas nak layan. Aku penat. Lagipun takut dia apa apakan aku.

Setelah bersalin baju, aku nak keluar untuk mengisi air ke dalam botol. Ada seorang lelaki berdiri di koridor membelakangi pintu bilikku, bukan lelaki tadi. Lega, dia dah pergi. Aku melangkah keluar dan menutup pintu..
"Emilia..", aku tergamam mendengar suara itu.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now