Cikgu menarik aku naik ke atas, masuk ke biliknya.

"Itu janji kita kan?", ungkit cikgu.
"Abah janji nak jaga saya. Abah janji dengan Ustaz Hanafi nak bernikah dengan saya secara betul selepas SPM. Ada??"
Cikgu meraup mukanya. Aku berdiri disisi katil.

"Maafkan abah, bukan abah tak nak cuma.."

"Cuma abah masih teringatkan kekasih lama yang datang kembali? Abah masih cintakan dia kan? Takpe, Emilia sedar diri. Emilia tau asal usul. Keturunan abah orang baik baik, mestilah jodoh pun dari golongan yang baik. Semoga abah berbahagia".

"Bukan macam tu. Emilia tak faham", nada abah agak mendatar dan menyesal.
"Bagitau apa yang saya tak faham", suaraku meninggi.
"Abah dah terlanjur dengan dia masa kursus hari tu. Dia tengah subur".
Aku jatuh terduduk, air mataku tumpah. Double tumpah. Yang tertunda dalam kereta tadi dan yang ini.

"Abah nak ulangi nikmat malam kita bersama tapi Emilia takde. Dia datang ke bilik selepas kami dinner".

"Cukup. Tu urusan abah dengan dia. Lepaskan Emilia". Aku menekup telinga. Tak sanggup nak mendengar apa apa lagi. Nak gugur jantung ni bila abah nyatakan ketelanjurannya. Sampai hati abah.

Aku menyelak langsir untuk ke bilik Suhaila. Ada Ayie berdiri di sebelah luar bilik Along. Ayie memandangku dengan rasa simpati, seolah ingin berkata sesuatu. Aku tak hiraukannya. Aku penat menangis, hati aku sakit dalam tempoh kurang 24 jam.

Sedang aku dengan mak dan Kimi duduk dibawah rumah sambil mencolek buah jambu dengan serbuk asam, abah balik selepas menghantar Ayu pulang. Suhaila sedang bersiap untuk ke kelas, entah apa dimekapnya, lama sangat. Aku ni menunggu dia je, takkan nak masuk kereta dan duduk dengan Ayie berduaan.

"Mak tak nak ikut sekali ke hantar kami?", tanyaku bila Suhaila cantik bergaya tersenyum simpul berjalan ke arah kami.

"Tak la. Mak nak tanya along pasal kenduri dia dengan Ayu. Tadi dia pergi bincang dengan keluarga Ayu. Nak buat sekali dengan Ayie ke tak?".

Aku tersentak, pantas Kimi menggenggam tanganku dan berbisik, "Sabar. Jangan menangis". Wwwwaaaa... mamat ni tau pula perasaan aku. Ada telepati ke dia ni.

"Cantiknya anak mak ni.. pergi kelas ke pergi dating?", usik mak tatkala Suhaila menyalaminya.
"Ala mak. Kelas akhir ni. Apa salahnya kan. Kami ada makan makan lepas kelas". Dia mencubit pehaku.
"Haah mak. Ada makan makan". Apsal aku tak tau pun hal ni. Bingung dan bengong sekejap.
"Balik lambat la kan?". Kami hanya tertawa besar dengan soalan mak. Faham faham je la mak.

"Nak pergi mana ni? Ashu pergi dating tu. Paling kurang 2 jam", Hasri memulakan bicara sebaik aku masuk kereta. Aku mengangkat bahu tanda tak tahu. Ye la, aku bukan biasa dengan daerah ni.

"Jom", Ayie menekan minyak. Aku terkejut bila terkehadapan sebab belum mengenakan tali pinggang keledar.

"Gi mana?"
"Tempat orang bercinta". Dia tersenyum penuh makna. Aish.. tunang orang ni bukan main lagi.

"Cantikkan?" Aku bersetuju dengan keindahan matahari terbenam.

Kami duduk diatas batuan tepi pantai. "Ayie tanya ni Emilia jangan marah ye". Aku meneguk air dari botol, dahaga. Sejak dari keluar rumah, tak minum.

"Siapa Along dalam hidup Emilia?". Aku memejamkan mata, dah agak dah mesti kes malam tadi.

"Cikgu kat sekolah"
"Dia tak pernah bawa balik student tau. As far as I know. Tapi tak tau la kalau masa Ayie kat Aussie, dia ada bawa balik student pula". Aku diam mendengar.
"Yang kita sembang semalam ada kena mengena ke dengan hidup Emila?", aku memandangnya, mata kami bertentangan, aku tak mampu nak menjawab. Baik aku cari idea sebelum dia tanya tentang kejadian dalam bilik abah.
"Dah azan maghrib. Jom cari surau dulu. Lepas tu Emilia nak makan, dah lapar", aku mengelak dari memberi sebarang jawapan.

Seperti kebiasaan, selepas makan malam aku dan Suhaila suka duduk di pangkin luar kalau tak hujan. Kalau hujan, kami duduk di tangga.
Hakimi datang kearahku bertongkat. Aku senyum melambai padanya, mengajak dia duduk di pangkin. Suhaila tadi elok je bersembang dengan aku, bila buah hati telefon, mula la cari port lain. Tak puas berdating, telefon pula.

"Dah ok?", sapanya.
"Apa yang ok?", dia duduk disebelahku. Aku tergelak gelak dengan soalannya.
"Mak mana?", tanyaku. Padahal tau je, lepas makan malam, mak mesti duduk depan tv tengok drama kegemaran.
"Kat dalam la. Bosan tengok drama feberet mak". Aku menepuk pahanya, "tak baik la cakap macam tu".

"Along jadi kawin serentak dengan Ayie lagi dua minggu. Ikut tarikh kenduri Ayie. Tak jadi postpone", bisik Hakimi mencapai tanganku, digenggam kemas.
"Sabar ye", katanya perlahan. Aku tersenyum tawar, menahan air mata dari keluar. Aku gagal, menitis juga. Tangan sebelah lagi dikesatnya air mataku.

"Thanks..", kembang kempis hidungku menahan tangis dan malu.
"Mesti sakit kan?", soalnya. Aku hanya mampu tersenyum. Lagi nak tanya soalan tu.
"Kimi tau semuanya. Tak payahlah nak cover wahai kak iparku yang muda belia ni". Dia mencubit hidungku.
"Mana tau?"
"I am pschology student. Walaupun baru diploma, Kimi tau la maksud pandangan, senyuman, sentuhan korang".
"Eii... stop it. Malu la". Aku menekup mulutnya dari terus memuntahkan segalanya, silap silap kisah dalam kain aku pun dia tau. Tak padan dengan bertongkat.

"Amboih.. bukan main lagi" Aku kenal suara tu, dari arah belakang. Intonasi suara itu tak pernah aku dengar. Terus hilang semangat dan rasa gembira aku.

"Ayie, meh sini". Ayie yang baru sampai dari kedai, menongkat motor dan datang ke pangkin menjinjing sebuku roti Gardenia.

"Emilia binti Abdullah, dengan disaksikan dua adik lelakiku ini, aku ceraikan kau dengan talak satu".

Aku hanya mampu menutup mata, air mataku tak henti mengalir. Laju, laju sangat. Lebih laju dari malam aku minta dilepaskan. Tak sangka ianya sangat menyakitkan.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now