CHAPTER 9

7.1K 430 68
                                    

9: Kekesalan

"Argh!"

"Sakit!"

"Jangan!"

Terpejam rapat mata Danielle tika menyaksikan penyeksaan di bilik bawah tanah.

"AKU DAH PESAN BANYAK KALI! JANGAN CUAI!" Sekali lagi libasan cepati menyinggah kuat di belakang badan Eve.

"DIA NAMPAK MUKA KAU!"

"Argh!"

"DIA CIUM KAU!"

"Argh!"

Meringkuk tubuh Eve menahan kesakitan, keperitan dan kepedihan.

Seksa.

Raungan demi raungan bergema.

"BAIK KAU MAMPUSLAH, CELAKA!" Serentak itu, kaki dihayunkan mahu menendang kuat jasad bernyawa yang sudah terkulai lemah.

"Diego!"

Mendengarkan jeritan Danielle, terhenti hayunan kakinya. Eve sudah terlalu lemah. Baju yang tersarung di tubuhnya sudah koyak rabak akibat seksaan. Boleh nampak kesan biratan merah di setiap inci bahagian yang terdedah. Darah merah pekat mengalir dari dahi, pipi, bibir, celah kuku, dan juga bahu.

Bahu yang menjadi mangsa combat knife milik Diego pagi tadi.

"Dahlah tu, Diego. Kau memang nak dia mati ke?" Sayu suara Danielle menyoal.

Diego tersenyum sinis.

"Siapa ketua? Aku ke kau?"

Danielle terdiam.

"Libas dia 20 kali," arah Diego tanpa belas kasihan.

Eve hanya diam menanti hukuman fizikal yang bakal diterimanya.

"Diego..." Daniel mati kata. Seumur hidupnya, tak pernah dia menyakiti Eve. Kasihnya pada Eve terlalu dalam.

"Lambat. Tambah 10," putus Diego kejam.

Danielle yang terkejut dengan kata-kata Diego terus merampas cepati dari tangannya. Dengan teragak-agak, dia mendekati Eve.

Mata Eve yang sudah hampir tertutup sepenuhnya ditatap sayu. Hatinya sakit melihat keadaan perempuan itu. Tapi memang begini lah nasib seorang Anna Evelyn.

'Maafkan aku,' desis Danielle dalam hati. Dengan keadaam terpaksa, cepati dihayunkan laju.

Kenapa laju?

Bagi menyingkatkan tempoh kesakitan Eve.

Walaupun bilangan libasannya tetap sama.

Libasan demi libasan.

Raungan semakin lemah.

Pergerakan berkurang.

Air mata terhenti.

Tiada lagi pujuk rayu.

Tubuh itu kaku dengan mata yang terpejam.

Selesai dengan libasan ke 30, Danielle berhenti. Laju dia menerpa ke arah Eve.

"Eve!" Kepala Eve dipangku dan diletakkan atas pehanya. Pipi putih gebu yang dicemari air mata dan cecair merah diusap perlahan.

Seksanya kau, Eve.

Menempuh keperitan realiti di usia muda. Sedangkan remaja seusiamu sedang bergembira dan bergelak ketawa di luar sana. Tiada kesengsaraan sebegini yang perlu ditanggung mereka.

Malam ini, kau disakiti. Darah membasahi segenap anggota. Torehan, lebam, biratan menjadi perhiasan. Gelapnya dunia jika mahu dibandingankan dengan remaja lain. Perbezaannya ketara.

Durjana dari Neraka ✔ [TERBIT]Where stories live. Discover now